Loading...
Tip Menawan Hati Pelanggan

Tip Menawan Hati Pelanggan

: 978-983-3586-21-9


Old price: RM19.00  

Price: RM16.15

You save: RM2.85 (15%)
-15%
In stock
10 days

Pelanggan yang setia dan menghargai perkhidmatan yang diberi adalah petunjuk dalam kejayaan dan kemajuan perniagaan. Lebih ramai pelanggan melanggan produk yang dikeluarkan syarikat, lebih berjaya dan maju perniagaan itu. Malangnya banyak syarikat yang tidak endah kepada pentingnya kewujudan pelanggan. Peniaga perlu memahami kewujudan pelanggan bukan hanya pada suatu masa sahaja, tetapi mereka diperlukan daripada mula syarikat beroperasi sehingga ke akhirnya. 

 Setiap topik yang dibincangkan disertai dengan contoh semasa supaya ia relevan dengan situasi perniagaan kini selain memastikan pembaca mendapat gambaran jelas berkaitan penerangan yang diberikan. Kami turut memastikan cara-cara melayan pelanggan yang dicadangkan sesuai dengan budaya dan nilai-nilai universal yang dapat digunakan di pelbagai lokasi dan pada bila-bila masa.

Saya berharap buku ini dapat dijadikan alat bagi lebih memahami konsep khidmat pelanggan yang hebat selain menyediakan alternatif baru dalam menghadapi dunia yang mengiktiraf pelanggan sebagai raja, pelanggan sentiasa benar dan dapat menyelesaikan masalah mereka adalah produk utama. Strategi yang perlu anda utamakan adalah, bagi memenangi hati pelanggan untuk jangka masa panjang. Ini adalah ciri utama kejayaan perniagaan ataupun usahawan. Cuba amalkan panduan dan cadangan yang dinyatakan di dalam buku ini, mudah-mudahan ia dapat membantu perniagaan anda berkembang maju. Kuncinya adalah menawan hati pelanggan dan menjadikan mereka sebagai pelanggan setia. Ini adalah tugas yang nampak mudah tetapi sebenarnya penuh dengan cabaran. Dalam hal ini, kejayaan anda bergantung pada empat perkara utama:

  • Kesedaran berkaitan teknik yang sesuai dengan per-niagaan anda.

  • Mahu mencuba idea-idea baru.

  • Prihatin pada perkara kecil yang memberi kesan yang besar.

  • Mengguna pakai panduan di dalam buku ini dengan konsisten.

     

    Dedikasi

    Prakata

    BAB 1

    Kenali Pelanggan dan Perkhidmatan Anda

    BAB 2

    Bertanggungjawab pada Hak Pelanggan

    BAB 3

    Tingkatkan Jualan Individu

    BAB 4

    Tingkatkan Keyakinan Pelanggan pada Organisasi

    BAB 5

    Memikat dan Menawan Pelanggan Baru

    BAB 6

    Tingkatkan Kesetiaan Pelanggan

    BAB 7

    Manfaatkan Pertemuan Pertama

    BAB 8

    Tingkatkan Kemahiran Mendengar

    BAB 9

    Melayan Pelanggan dengan Media Tulisan

    BAB 10

    Menangani Pelanggan yang Kecewa

    BAB 11

    Berikan Apa yang Mereka Mahu

    BAB 12

    Menyampaikan Berita Negatif

    BAB 13

    Bantu Pelanggan Membuat Keputusan

    BAB 14

    Yang Cantik Itu Budi, yang Indah Itu Bahasa

    BAB 15

    Tingkatkan Khidmat Anda

    BAB 16

    Menambah Baik bagi Mencapai Kejayaan

    BAB 17

    Meningkatkan Setia Pelanggan dengan Laman Web

    BAB 18

    Khidmat yang Baik dengan Pengurusan yang Mantap

    BAB 19

    Menangani Pelanggan yang Cerewet

    BAB 20

    Hargai Pelanggan Anda

    BAB 21

    Akhlak Islam dalam Melayan Pelanggan

    Rujukan

    Indeks

Kedai Buku Online PTS Bookcafe

Cara Beli Buku Online

Tawaran Harian Bookcafe

Tawaran Hujung Minggu

Promosi Haji

Zulkifli Abdullah

Zulkifli Abdullah (En. Zul)
Email :
zulkifli@pts.com.my
YM :
zul.malc@yahoo.com
HP :
016 - 6618 159

En. Husaini

Muhammad Husaini Senin (En. Husaini)
Email :
husaini@pts.com.my
HP :
 016 - 6615 262

Cik Diana

Nurdianah Bt Abdul Kadir Malim (Cik Diana)
Email :
diana@pts.com.my 
HP :
016 6611 972