Loading...

Hantar Percuma

Pesta Buku Online 2014

55 Petua Kerja Berpasukan

55 Petua Kerja Berpasukan

: ISBN 983-3372-10-4


Old price: RM18.00  

Price: RM16.20

You save: RM1.80 (10%)
-10%
Out-of-stock
10 days
Add to wish list

Penulis : Mohd Fadzilah Kamsah, Ahmad Naim Jaafar,
Jumlah Muka surat : 172 Pages

 

Sinopsis

Buku kecil ini menyediakan 55 petua ringkas yang berguna sebagai panduan apabila bekerja dengan orang lain. Ia merangkumi asas-asas kerja berpasukan, menghadapi kerenah orang yang beraneka ragam, bagaimana hendak membina kebersamaan, mengagihkan kerja dan peranan, mengendalikan mesyuarat, teknik komunikasi dan menghadapi konflik

Anda sememangnya perlukan orang di sekeliling bagi meneruskan hidup ini. Tidak kira sama ada melakukan kerja sekolah, kerja rumah, bercedung di bendang, tugasan universiti, kertas kerja pejabat, projek korporat, jual beli saham, konsert amal dan hampir kebanyakan kerja; kita perlukan orang lain di sekeliling kita. Justeru, kita semua perlu memahirkan diri bekerjasama dengan orang lain. Salah satu kemahiran penting adalah kemahiran bekerjasama dalam satu pasukan.

Buku kecil ini menyediakan 55 petua ringkas yang mungkin berguna sebagai panduan untuk anda semasa bekerja dengan orang lain. Ia merangkumi asas-asas kerja berpasukan, menghadapi kerenah orang yang beraneka ragam, bagaimana hendak membina kebersamaan, mengagihkan kerja dan peranan, mengendalikan mesyuarat, teknik komunikasi, dan menghadapi konflik. Selain daripada itu, terdapat tiga aktiviti pilihan yang sesuai untuk ‘menyegarkan’ semangat kerjasama anda dan rakan-rakan.

Sebahagian petua di dalam buku ini diadaptasi daripada buku Mengurus Kerja Berpasukan yang diterbitkan pada awal 2004. Jika anda sudah pun memiliki buku itu, jangan pula rasa rugi memiliki buku ini. Ini kerana, idea-idea itu diolah dan ‘dicanai’ semula dengan tambahan fakta dan ilmu daripada sumber-sumber lain. Selain daripada itu, buku idea-idea di dalam buku ini disampaikan dalam bentuk yang lebih mudah dan menarik. Tidak sedikit idea-idea baru berdasarkan cerita-cerita benar dan pengalaman-pengalaman yang diperoleh sepanjang penglibatan kami dalam bidang pembinaan insan. Apabila ada idea yang sudah anda tahu, anggaplah ia sebagai satu tazkirah. Apabila ada idea baru, anggaplah ia ilmu yang patut dimanfaatkan.

Isi Kandungan

Lihatlah di Sekeliling Kita!

Bahagian 1: Bekerja dengan Orang Lain
Petua 1 Kerja Berpasukan atau Kerja Berkumpulan
Petua 2 Dulu Lain, Sekarang Lain
Petua 3 Kerja Berpasukan: Belajarlah daripada Angsa
Petua 4 Hadapi Tekanan Bersama

Bahagian 2: Banyak Udang Banyak Garam
Petua 5 Pendiam: Air yang Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya
Petua 6 Kera Sumbang dan Si Perahsia
Petua 7 Pekak Badak dan Mat Jenin
Petua 8 Berdolak-dalik: Ada Sahaja Alasannya
Petua 9 Kaki Komplen: Asyik Bising Sahaja!
Petua 10 Si Manja dan Buah Betik
Petua 11 Agresif dan PBM
Petua 12 Pelumba Pecut dan Pengacau
Petua 13 Perfectionis dan Ensiklopedia
Petua 14 Pesimis dan Prejudis

Bahagian 3: Bina Kebersamaan
Petua 15 Kaedah Aur dan Tebing: Tetapkan Keperluan dan Tugasan
Petua 16 Hasil MOU Pasukan
Petua 17 Bijak Berinteraksi, Bijak Bekerjasama
Petua 18 Apa Tugas Kita?
Petua 19 Kaedah KAK
Petua 20 Wawasan Sama Dipikul, Gagasan Sama Dijinjing
Petua 21 3K: Kebersamaan, Kesefahaman, Kebanggaan
Petua 22 Satukan Hati Mereka

Bahagian 4: Bina Peranan Bersama
Petua 23 Fahami Roda Pengurusan Pasukan
Petua 24 Serahkan kepada yang Layak
Petua 25 Serahkan kepada yang Layak (2)
Petua 26 Serahkan kepada yang Layak (3)

Bahagian 5: Kemahiran Bermesyuarat
Petua 27 Cemerlangkan Mesyuarat Anda
Petua 28 Matriks Membuat Keputusan
Petua 29 Libatkan Semua Orang!

Bahagian 6: Jadi Pasukan yang Kreatif!
Petua 30 Buka Pintu Idea, Kalau Tutup Nanti
Kepanasan
Petua 31 Suis ‘Bagaimana Kalau...’
Petua 32 Suis ‘Bagaimana untuk...’
Petua 33 Suis ‘Terbalikkan dan Terbalikkan Lagi’
Petua 34 Suis ‘Masukkan Kegunaan Lain’
Petua 35 Suis ‘Qiyas’

Bahagian 7: Membina Komunikasi yang Hebat
Petua 36 Ikhlaskan Niat dan Sucikan Hati,
Ia Terserlah Melalui Kata-kata Kita
Petua 37 Kita Semua Sama, Sampaikan Ia!
Petua 38 Beri Peluang, Bukan Mengongkong
Petua 39 Kaedah A & R
Petua 40 Jadi Pemimpin yang Memotivasikan!
Petua 41 Serupakan Cakap dengan Bikin

Bahagian 8: Mengagihkan Tugasan
Petua 42 Guna Kaedah Siapa Lagi?
Petua 43 Kaedah Memotong Kek Harijadi
Petua 44 Kaedah Mencari Bayang-bayang
Petua 45 Merenjis Air Mawar
Petua 46 Turun ke Akar Umbi

Bahagian 9: Mengendalikan Konflik
Petua 47 Dengar, Jangan Tutup Telinga
Petua 48 Bertenang, Jangan Melenting
Petua 49 Padamkan Api Kemarahan
Petua 50 Jadikannya Idea Pasukan, Bukan Individu

Bahagian 10: Permainan untuk Kejayaan
Petua 51 Carilah Bintang Kesayangan
Petua 52 Simbol Pasukan Kita
Petua 53 Baguskah Mesyuarat Kita?
Petua 54 Masaklah Juadah Kegemaran Kita! Petua 55 Sukan Rasmi Kami!

Penutup
Bahan Cadangan dan Rujukan
Biodata Penulis

Cara Beli Buku Online

Hubungi Bookcafe

Newsletter

Bulk Order

Ain Mai

bookcafe footer