Loading...

Hantar Percuma

Pesta Buku Online 2014

7 Formula Hidup Sukses

7 Formula Hidup Sukses

: ISBN 983-3372-08-2


Old price: RM23.00  

Price: RM20.70

You save: RM2.30 (10%)
-10%
Delivered in 1-3 business days
10 days

Penulis : Jaafar Muhammad,
Jumlah Muka surat : 256

 

Sinopsis

Pegangan hidup yang menentukan nilai dan membentuk sikap individu. Tingkah laku adalah cermin bagi pegangan hidup. Salah laku, disiplin diri yang rendah, menyeleweng, membazir, sombong, mudah kecewa, tidak yakin, malas, penakut dan kedekut berpunca daripada pegangan hidup yang keliru.

Segala ingatan dan puji-pujian hanya kepada Tuhan, tuan punya seluruh alam yang maha pengasih lagi maha penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan yang dikasihi Nabi Muhammad pemimpin dan pendidik umat yang agung.

Sebahagian besar kandungan buku ini adalah hasil dari-pada pengalaman dan kajian saya semasa bertugas di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada tahun 1988 hingga 1999. Saya menjalankan pelbagai pen-dekatan mengajar saudara baru dan berdialog dengan yang bukan Islam, berdepan dengan pelbagai latar belakang bangsa dan agama. Saya juga banyak menerima input-input pengalaman dan pembacaan ke atas kekeliruan masyarakat Islam dan bukan Islam khususnya semasa mengendalikan rancangan Dialog Tasawwur Islam di Radio Malaysia Negeri Sembilan sejak 1992 hingga 1998.

Daripada kajian dan pengalaman, saya membuat kesimpulan salah laku masyarakat Islam dan respon yang tidak baik daripada masyarakat bukan Islam ke atas Islam adalah berpunca daripada kekeliruan asas dalam kehidupan iaitu berkenaan Tuhan, tanggapan ke atas alam, manusia, kerasulan dan akhirat.

Perilaku adalah cermin kepada pandangan hidup yang membentuk nilai dan sikap individu. Kejadian salah laku, disiplin diri yang rendah, menyeleweng, membazir, anomic, sombong, mudah kecewa, tidak yakin, malas, penakut, kedekut, inferiority complex dan sikap-sikap negatif berpunca daripada pandangan hidup yang keliru. Sedangkan, tauhid dan pandangan hidup yang benar membentuk nilai dan sikap yang positif.

Sesungguhnya, manusia adalah harta Tuhan yang bernilai. Potensi dan kualiti diri manusia bergantung pada apa yang ada dalam jiwa iaitu hati dan akal. Sebagai orang kepercayaan Tuhan, kita diamanahkan supaya menjaga dan membangunkan hartanya di bumi ini.

Tuhan menyatakan dalam surah al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud, “Dua punca utama manusia mengkhianati amanah Allah iaitu kesesatan hati dan kekeliruan akal.” Kesesatan yang bahaya adalah tidak kenal dan mensyirikkan Tuhan. Manakala, kekeliruan yang ketara adalah kekeliruan berkenaan kehendaknya.

7 Formula Hidup Sukses adalah modul latihan yang menggunakan pendekatan tauhid secara aplikasi dalam membangunkan harta Tuhan yang bernilai ini supaya mereka berperanan menjaga dan memajukan harta Tuhan yang lain dengan baik dan betul iaitu sesuai dengan kehendaknya.

Saya banyak menerima maklum balas daripada sahabat-sabahat yang mengatakan 7 Formula Hidup Sukses berkesan sebagai asas pengurusan nilai dan budaya organisasi. Khususnya dalam membentuk pandangan hidup dan cara berfikir.

Modul ini pernah dijadikan sebagai asas kepada pelaksanaan Pengurusan Strategik Transendental oleh Koperasi Belia Islam (M) Bhd, asas penghayatan nilai-nilai Kristal Telekom Selangor, asas pembinaan team building kepada Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Sembilan, program retreat kakitangan dan pensyarah Kolej Negeri Sembilan, asas induksi kakitangan Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) Jalan Ipoh Kuala Lumpur, program retreat Kampung Baru Medical Center Kuala Lumpur dan program motivasi kepada pekerja-pekerja On Semiconductor di SCG Industries Malaysia Sdn Bhd Seremban.

Bagi tujuan latihan, saya mengubahsuai tajuk, istilah dan pendekatan supaya menepati kumpulan sasar dan objektif yang ingin dicapai. Namun begitu, asasnya tidak lari daripada membangunkan pandangan hidup tauhid sebagaimana yang terkandung dalam 7 Formula Hidup Sukses.

Isi Kandungan

Bab 1 :Prakata vii

Formula 1 :Bahasa Kehidupan
Bab 1 :Sudah Berubah
Bab 2 :Ubah dalam Jiwa
Bab 3 :Tidak Faham Bahasa
Bab 4 :Proses Memahami dan Menyedari Kehendak Tuhan

Formula 2 :Kenali Pemilik Kehidupan
Bab 5 : Tuhan adalah Pemilik
Bab 6 : Pemilik Harta
Bab 7 : Tanda Membuktikan
Bab 8 : Tak Kenal Maka Tak Cinta
Bab 9 : Pencipta dan Pereka Bentuk
Bab 10 :Pemimpun dan Pengurus Alam
Bab 11 :Penyedia Keperluan Alam
Bab 12 :Pemerintah Alam
Bab 13 :Pengajar dan Pendidik Alam
Bab 14 :Pemberi Hukuman
Bab 15 :Menghidup dan Mematikan
Bab 16 :Adakah Alam ini ada Pencipta?
Bab 17 :Mana Salahnya?
Bab 18 :Mengakui Tuhan Sebagai Pemilik
Bab 19 :Kesannya
Bab 20 :Mengabdikan Diri
Bab 21 :Makna Hamba
Bab 22 :Gantikan Perkataan Sembah
Bab 23 :Hamba Perlu Bekerja
Bab 24 :Siapakah Hamba?
Bab 25 :Cintakan Dia
Bab 26 :Ingat Selalu padanya
Bab 27 :Sayangkan Pemberiannya
Bab 28 :Menghina Diri kepadanya
Bab 29 :Taat kepadanya
Bab 30 :Menghina Diri kepada Pemilik Kemuliaan
Bab 31 :Menghina Diri dan Taat seperti Nabi Muhammad
Bab 32 :Bimbang dan Takut kepadanya
Bab 33 :Bimbang Tidak Dapat Kasih Sayangnya
Bab 34 :Bimbang Terlanggar Hukumnya
Bab 35 :Bimbang dan Takut Seksaannya
Bab 36 :Bimbang dan Takut seperti Nabi Muhammad
Bab 37 :Bergantung kepadanya
Bab 38 :Bergantung Harap Seperti Nabi Muhammad
Bab 39 :Berserah Diri kepadanya
Bab 40 :Berserah Diri Seperti Nabi Muhammad
Bab 41 :Kehidupan adalah Pengabdian
Bab 42 :Pengabdian yang Salah dan Betul
Bab 43 :Kesan Tauhid 1

Formula 3 : Hala Tuju Kehidupan
Bab 44 :Unsur Kejadian
Bab 45 :Jiwa Lebih Penting
Bab 46 :Tujuan Hidup
Bab 47 :Cara Mengabdikan Diri
Bab 48 :Tugas
Bab 49 :Tanggungjawab
Bab 50 :Senarai Tanggungjawab
Bab 51 :Keperluan dan Peralatan
Bab 52 :Nilai dan Potensi Diri
Bab 53 :Berjaya dalam Hidup

Formula 4 : Alam Kehidupan
Bab 54 :Pejabat dan Peralatan
Bab 55 :Tidak Betul Sekularisme dan Rahbani
Bab 56 :Pandangan Hidup Rabbani
Bab 57 :Tahu Ciri dan Sifat Peralatan
Bab 58 :Makna Hidup Kurang Tepat dan Lebih Tepat
Bab 59 :Kehidupan adalah Peperiksaan
Bab 60 :Kehidupan adalah Perniagaan

Formula 5 :Peraturan Kehidupan
Bab 61 :Definisi Agama
Bab 62 :Definisi Din
Bab 63 :Definisi Islam
Bab 64 :Peraturan Hidup Pegawai Tuhan
Bab 65 :Din Islam
Bab 66 :Agama Mana Lebih Dahulu?
Bab 67 :Manual Kehidupan
Bab 68 :Rukun Pengabdian
Bab 69 :Rukun Islam dalam Proses Pembangunan Manusia

Formula 6 :Pimpinan Kehidupan
Bab 70 :Tanda Kasih Sayang
Bab 71 :Kerasulan Sebagai Tanda Kasih Sayang Tuhan
Bab 72 :Mesej dan Fungsi Rasul
Bab 73 :Salah Anggapan ke Atas Rasul
Bab 74 :Tamadun Manusia Sebelum dan Selepas Kedatangan
Nabi Muhammad
Bab 75 :Kerasulan dan Sistem Hidup Islam Sebelum
Nabi Muhammad
Bab 76 :Kerasulan dan Sistem Hidup Islam Semasa
Nabi Muhammad

Formula 7 :Penilaian Kehidupan
Bab 77 :Penilaian Kerja
Bab 78 :Betulkan Dulu Makna Amal
Bab 79 :Elemen Kerja atau Amal
Bab 80 :Kerja adalah Bukti Pengabdian
Bab 81 :Lima Hari Kehidupan
Bab 82 :Dunia Tempat Kerja
Bab 83 :Akhirat Tempat Terima Ganjaran
Bab 84 :Dunia akan Hancur
Bab 85 :Kerja adalah Bukti yang kekal
Bab 86 :Upah Diberi kepada Pekerja Berdaftar
Bab 87 :Pekerjaan dan Kehidupan
Bab 88 :Tidak ada Masa Pencen
Bab 89 :Puisi - Puisi
Bab 89 :SUKSES
Bab 96 :Biodata Penulis

Cara Beli Buku Online

Hubungi Bookcafe

Newsletter

Bulk Order

Ain Mai

bookcafe footer