Penulis : A. Razak A. Muthalib, Ahmad Fadzli Yusof
Jumlah Muka surat : 170
Buku ini adalah salah satu buku yang ingin turut sama membantu anda mempertingkatkan kemahiran anda menguruskan masa seharian anda. Tidak kira sama ada anda seorang pengarah urusan syarikat, eksekutif, pegawai kerajaan, kerani, ahli sukan, artis, penjaja aiskrim, pelajar, guru, pensyarah atau sesiapapun; buku ini tetap sesuai dan relevan.
Masa adalah kehidupan. Kita hidup dalam masa. Jika kita gagal mengurus masa, itu hampir bermaksud kita juga gagal mengurus kehidupan. Ramai orang yang berjaya kerana mereka berjaya merancang, mengawal dan mengguna masa mereka. Orang yang gagal 'dipergunakan oleh masa' mereka.
Mungkin anda sudah bertemu dengan banyak buku-buku pengurusan kerja sebelum ini. Ada yang banyak membimbing anda dan ada yang kurang. Ada yang bahasanya mudah dan ada yang penuh dengan jargon-jargon yang sukar difahami. Ada yang tebal dan ada yang nipis. Ada yang mahal dan murah. Masing-masing ada kelebihan yang tersendiri.
Buku ini adalah salah satu buku yang ingin turut sama membantu anda mempertingkatkan kemahiran anda menguruskan masa seharian anda. Tidak kira sama ada anda seorang pengarah urusan syarikat, eksekutif, pegawai kerajaan, kerani, ahli sukan, artis, penjaja aiskrim, pelajar, guru, pensyarah atau sesiapapun; buku ini tetap sesuai dan relevan. Setiap hari anda perlu menyelesaikan kerja dan tugasan; kecuali mereka yang benar-benar pemalas dan gagal. Tetapi jika anda ingin mempertingkatkan diri anda untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang, bab-bab selepas ini mungkin sangat berguna untuk anda.
Mungkin buku ini tidaklah terlalu komprehensif, tetapi patut dimiliki oleh setiap mereka yang mementingkan masa yang produktif. Dengan tip yang ringkas dan terus kepada idea sebenar, anda boleh mengetahui bagaimana untuk merancang tugasan harian, menentukan prioriti, menggerakkan perancangan, mengagihkan tugasan, dan yang paling menyeronokkan; bagaimana untuk mengelakkan PENANGGUHAN. Dengan memiliki buku ini, kami optimis ia akan dapat membantu anda. Akhir sekali, saya berharap agar buku kecil ini akan dapat memberikan perubahan kepada pembaca semua. Perubahan yang positif terhadap tabiat kerja seharian. Semakin cemerlang dan berjaya. Semakin cekap dan berkesan. Bertemu nanti kita di puncak kejayaan!
Isi Kandungan
Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini?
Anda Sibuk? Urus Masa Anda...
Bahagian I: Urus Masa Anda
PDA 1: Etika Masa Individu Cemerlang
PDA 2: Salah Faham pada Penggunaan Masa
PDA 3: Masa Perlu Dirancang
PDA 4: Membuat Jadual Waktu
PDA 5: Menggunakan Sistem Catatan Peribadi
PDA 6: Mahirkan Diri Mengurus Masa
Bahagian II: Uruskan Kerja Anda
PDA 7: Merancang Tugasan Harian Anda
PDA 8: Mengurus Tugasan dan Kerja
PDA 9: Membuat Senarai Semak yang Mesra
PDA 10: Menentukan Keutamaan
PDA 11: Bagaimana Menguruskan Kerja
PDA 12: Bertindak Segera: Panduan pada Masa Kecemasan
PDA 13: Mengagih Tugasan
PDA 14: Sediakan Perancangan Alternatif
PDA 15: Menyelesaikan Masalah di Tempat Kerja
Bahagian III: Tingkatkan Kuasa Masa Anda
PDA 16: Lakukan Perubahan Segera
PDA 17: Tabiat-Tabiat Kerja yang Cemerlang
PDA 18: Bekerjasama Dengan Orang Lain
PDA 19: Komunikasi Mesra Dapat Menjimatkan Masa
PDA 20: Petua Mengurus Kertas
Bahagian IV: Pelihara Masa Anda
PDA 21: Bijak Membuat Keputusan Menjimatkan Masa
PDA 22: Jangan Bazirkan Masa Sendiri
PDA 23: Jerat Masa
PDA 24: Internet... Jangan Sampai Membazirkan Masa
PDA 25: Mengelakkan Pembaziran Masa
PDA 26: Membaca dengan Pantas
Bahagian V: Cabaran Mengurus Masa
PDA 27: Alasan Selalu Bertangguh, Periksa Diri Sendiri
PDA 28: Tangguhkan kerja…Kenapa?
PDA 29: Tekanan Mendesak Masa dan Kerja
PDA 30: Jangan Memaksa Diri... Belajar Katakan Tidak.
PDA 31: Memendam Rasa Hingga Tergadai Masa?
PDA 32: Menangani Stres dan Tekanan
Biodata