Penulis : Ahmad Fadzli Yusof, Amin Idris a.k.a Abid Abdullah Jumlah Muka surat : 176
Buku kecil ini memberikan anda serba sedikit panduan bagaimana hendak menjadi seorang pemimpin hebat, berwibawa, berkarisma, berpengaruh, dihormati bukan ditakuti dan efektif samada dalam bidang memimpin mahupun mengurus.
Setiap hari, setiap masa dan setiap detik, anda pasti akan bergaul dengan orang lain tidak kira siapa mereka. Keadaan ini berlaku dalam kerjaya anda sama ada di dalam syarikat perniagaan mahupun dalam organisasi persatuan. Dalam keadaan tersebut, anda mesti menonjol dari orang lain, menjadi lebih hebat dan mampu untuk meninggalkan kesan serta impak kepada orang lain khasnya organisasi anda.
’Peralatan’ yang paling sesuai di sini ialah Kepemimpinan’. Dengan kuasa ’memimpin’, anda boleh bangkit dan menonjol di tengah kehebatan orang ramai, dengan kuasa ’memimpin’ juga anda dapat membantu orang lain sekaligus menghasilkan kepuasan hidup yang maksimum.
Mungkin selama ini, perkara yang menghantui hidup anda ialah anda tidak yakin dengan diri sendiri, anda tidak tahu bagaimana untuk membina daya memimpin, anda kekosongan idea untuk membina kualiti diri seorang pemimpin. Atau anda berpengalaman sebagai pemimpin, tetapi anda tidak berpuas hati dengan prestasi anda.
Buku ini mungkin boleh menjadi jawapan dan menghalau ’hantu-hantu’ dalam diri anda. Buku ini memberi panduan dan asas kepada anda untuk meningkatkan kualiti memimpin pada diri anda. Malah, buku ini membantu anda dalam segala aspek dalam gaya berbeza dan moden iaitu memahami erti ’kepemimpinan’, bagaimana memimpin orang lain, pemimpin yang hebat mengurus dan juga cara untuk mengatasi masalah anda ditenggelami masa. Ditambah pula dengan fakta-fakta santai sebagai rujukan untuk anda menaik tarafkan lagi kualiti daya memimpin anda.
Justeru, percayalah jika anda membuat keputusan memiliki buku ini, sesungguhnya anda telah melakukan satu perkara yang hebat dalam hidup anda. Permulaan yang hebat menjanjikan hasil yang hebat!
Isi Kandungan
Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini? Anda Sibuk? Urus Masa Anda...
Bahagian I: Urus Masa Anda
PDA 1: Etika Masa Individu Cemerlang PDA 2: Salah Faham pada Penggunaan Masa PDA 3: Masa Perlu Dirancang PDA 4: Membuat Jadual Waktu PDA 5: Menggunakan Sistem Catatan Peribadi PDA 6: Mahirkan Diri Mengurus Masa
Bahagian II: Uruskan Kerja Anda
PDA 7: Merancang Tugasan Harian Anda PDA 8: Mengurus Tugasan dan Kerja PDA 9: Membuat Senarai Semak yang Mesra PDA 10: Menentukan Keutamaan PDA 11: Bagaimana Menguruskan Kerja PDA 12: Bertindak Segera: Panduan pada Masa Kecemasan PDA 13: Mengagih Tugasan PDA 14: Sediakan Perancangan Alternatif PDA 15: Menyelesaikan Masalah di Tempat Kerja
Bahagian III: Tingkatkan Kuasa Masa Anda
PDA 16: Lakukan Perubahan Segera PDA 17: Tabiat-Tabiat Kerja yang Cemerlang PDA 18: Bekerjasama Dengan Orang Lain PDA 19: Komunikasi Mesra Dapat Menjimatkan Masa PDA 20: Petua Mengurus Kertas
Bahagian IV: Pelihara Masa Anda
PDA 21: Bijak Membuat Keputusan Menjimatkan Masa PDA 22: Jangan Bazirkan Masa Sendiri PDA 23: Jerat Masa PDA 24: Internet... Jangan Sampai Membazirkan Masa PDA 25: Mengelakkan Pembaziran Masa PDA 26: Membaca dengan Pantas
Bahagian V: Cabaran Mengurus Masa
PDA 27: Alasan Selalu Bertangguh, Periksa Diri Sendiri PDA 28: Tangguhkan kerja…Kenapa? PDA 29: Tekanan Mendesak Masa dan Kerja PDA 30: Jangan Memaksa Diri... Belajar Katakan Tidak. PDA 31: Memendam Rasa Hingga Tergadai Masa? PDA 32: Menangani Stres dan Tekanan Biodata