Sinopsis
Aku ada pakej yang lengkap bagi menjadi JUARA di tempat kerja. Tetapi mengapa aku tidak dapat naik pangkat?
Banyak keistimewaan yang akan diperoleh jika dapat naik pangkat. Selain gaji dan status hidup naik, pengaruh juga semakin bertambah. tetapi paling menyeronokkan adalah mendapat kuasa kerana bukan semua orang layak menggunakan kuasa dalam organisasi ataupun syarikat. Justeru, naik pangkat adalah idaman bagi mereka yang bekerjaya. Tetapi bagaimanakah cara efektif hendak naik pangkat?
Ada orang menggunakan taktik kotor bagi memperolehnya. Mereka akan menggunakan apa sahaja metode supaya cepat naik pangkat. Tetapi cara ini lambat laun akan terbongkar. Akibatnya, orang itu pasti dibuang kerja.
Aku Mahu Naik Pangkat membongkar rahsia yang mampu membuat bos dan rakan-rakan di tempat kerja senang berurusan dengan anda. Walaupun tidak menggunakan strategi kotor, anda tetap dinaikkan pangkat kerana anda bijak menyesuaikan diri di tempat kerja. Selain itu, anda juga hebat berkomunikasi dan pandai mengurus konflik serta masalah. Hasilnya, pengaruh anda semakin banyak.
Isi Kandungan
Prakata
Bab 1: Persekitaran Organisasi
Organisasi Sebagai Satu Sistem
Iklim Kerja dan Hubungan Manusia dalam Organisasi
Persekitaran Kerja dan Budaya Kerja
Bab 2: Peranan dan Kedudukan dalam Organisasi
Semua Orang Mempunyai Peranan
Pelbagai Peranan Ahli Organisasi
Pemimpin Penceria Organisasi
Teknik Supaya Nampak Sibuk dan Efektif
Menghadapi Persaingan Sesama Pekerja
Bab 3: Panduan dan Kemahiran Bekerja Secara Efektif
Membina Hubungan Baik di Kalangan Pekerja
Cara Membina Hubungan Baik
Membina Kepercayaan Ahli Organisasi
Kemahiran Bekerja Secara Efektif
Bab 4: Berpolitik dalam Organisasi
Hakikat Politik Pejabat
Benarkah Politik Itu Kotor?
Kemahiran Berpolitik dan Hubungan Interpersonal
Punca Politik Pejabat Wujud
Aspek Politik Negatif
Menyeimbangkan Politik Kotor dengan Profesionalisme
Bab 5: Setia kepada Pemimpin
Tanggungjawab Setia kepada Pemimpin dan Organisasi
Jenis-jenis Kesetiaan
Bab 6: Budaya Memendam Rasa
Keterbukaan dan Pengaruh Budaya
Petah Berkata-kata Tanda Bijak?
Mengenali Budaya Memendam Rasa
Kemahiran Berkonfrontasi
Bab 7: Peranan Komunikasi di Tempat Kerja
Peranan Komunikasi dalam Dunia Pekerjaan
Mengapa Kita Berkomunikasi?
Mengurus Konflik
Mengarah dan Mematuhi Arahan
Bab 8: Jadilah Ahli Organisasi yang Berguna
Ciri-ciri Ahli Organisasi yang Berguna
Cara Menjadi Ahli Organisasi yang Berguna
Teknik Menjadi Ahli Organisasi yang Berguna
Ahli Organisasi yang Berguna dan Efektif
Bab 9: Ahli Organisasi yang Berani
Bab 10: Mengurus Kerjaya
Mengurus Kerjaya seperti Mengurus Perniagaan
Mengenal Diri Penentu Kerjaya
Tahap Kerjaya Seseorang
Panduan Meningkatkan Kerjaya
Bab 11: Tip Mengendalikan Bos
Bos pada Pandangan Pekerja
Mengenali Jenis-jenis Bos
Tip Mengendalikan Bos
Hakikat yang Perlu Difahami
Mahu Jadi Bos atau Pemimpin?
Bab 12: Tip Mengendalikan Rakan Sekerja
Perhubungan dalam Organisasi
Anggapan-anggapan Salah Berkenaan Hubungan Sesama Rakan Sekerja
Had Hubungan
Melayan Kerenah Pergaulan Orang yang Bermasalah
Penutup
Rujukan
Indeks