Penulis : Yeop Hussin Bidin Jumlah Muka surat : 160
Sinopsis
Kajian membuktikan kerja berpasukan memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti, produktiviti dan matlamat organisasi. Banyak kisah kejayaan sesebuah organisasi terhasil daripada kerja berpasukan yang berkesan. Apakah rahsia kerja berpasukan?
Kerja Berpasukan memberi anda panduan menyelenggarakan individu dalam organisasi supaya bekerja dalam satu pasukan. Ia juga membantu anda: - Membudayakan semangat kerja berpasukan di tempat kerja - Mengenal pasti kekurangan dan ancaman dalam mewujudkan suasana kerja berpasukan - Mewujudkan semangat mengutamakan organisasi di kalangan pekerja
Fast Track Executive ditulis khas untuk eksekutif ataupun pengurus yang sentiasa mengejar masa. Dilengkapi dengan ikon bagi memudahkan sesiapa sahaja yang membacanya.