Penulis : Zainuddin Zakaria, Goh Ying Soon Jumlah Muka surat : 200 Pages
Sinopsis
Mewujudkan organisasi yang bermotivasi dan berprestasi tinggi.
Sebagai eksekutif yang berkaliber, anda perlu memotivasikan subordinat, memberikan inspirasi yang terbaik kepada mereka, membantu mereka memupuk semangat keusahawanan dan mencungkil potensi yang tersembunyi dalam diri mereka bagi menghasilkan prestasi kerja yang paling cemerlang.
Mudah difahami dan dapat dimanfaatkan pada apa-apa situasi, Memotivasi Pekerja menyingkap:
-Persoalan mengapa, apa, bila dan bagaimana memotivasi pekerja.
-Langkah-langkah praktikal dalam melahirkan pekerja cemerlang.
-Kaedah mewujudkan suasana kerja yang seronok demi kebaikan psikologi.
-Cara membantu pekerja supaya bersemangat dan bertenaga untuk bekerja.
Fast Track Executive ditulis khas untuk eksekutif ataupun pengurus yang sentiasa mengejar masa. Dilengkapi dengan ikon-ikon bagi memudahkan sesiapa sahaja yang membacanya.