Penulis : Mohammad Kayum A. Badaruddin, Jumlah Muka surat : 190
Sinopsis
Mesyuarat adalah elemen penting dalam menentukan hala tuju organisasi. Ada kalanya ia mungkin membebankan pekerja. Justeru, ia perlu dikendalikan dengan lebih efektif bagi menjimatkan kos dan masa. Segala keputusan mesyuarat juga penting bagi memastikan kelangsungan organisasi pada aras yang ditetapkan.
Mesyuarat Efektif membantu eksekutif merancang dan mengendalikan mesyuarat yang melibatkan anggota organisasi. Antara teknik dan strategi berkesan daripada buku ini: -Memulakan mesyuarat dengan matlamat dan diakhiri dengan pelaksanaan -Mengawal ketepatan masa dan konflik semasa berbincang -Mempelajari penggunaan teknologi moden bagi menghasilkan mesyuarat interaktif
Fast Track Executive ditulis khas untuk eksekutif ataupun pengurus yang sentiasa mengejar masa. Dilengkapi dengan ikon bagi memudahkan sesiapa sahaja yang membacanya.