Buku ini memuatkan 66 kisah kejayaan usahawan terkemuka di Malaysia. Cerita-cerita yang dipaparkan dapat memotivasikan usahawan dalam menghadapi cabaran dunia perniagaan.
Siapakah itu usahawan? Adakah kita layak bergelar usahawan? Adakah gelaran usahawan itu khusus bagi orang tertentu sahaja yang sememangnya dilahirkan sebagai insan yang istimewa dan memiliki kelebihan?
Banyak teladan yang dapat diambil untuk dijadikan iktibar dan pedoman bagi mereka yang bercita-cita memulakan perniagaan. Antara yang menarik adalah pengalaman Tunku Tan Sri Abdullah Tuanku Abdul Rahman (MAA Holdings Berhad), Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Corporation), Datuk Lim Tong Yong (Pantai Holdings Berhad), Datuk AK Nathan (Kumpulan Kujuteraan Eversendai), Tan Sri Rozali Ismail (Puncak Niaga) dan banyak lagi.
Sebenarnya, sesiapa sahaja layak bergelar usahawan, termasuklah saya, saudara dan semua individu yang mempunyai impian, yakni impian bagi mencapai sesuatu yang bermakna kepada diri, agama, bangsa dan tanah air. Malah dalam buku ini, saudara akan dapat membaca banyak kisah kejayaan usahawan yang bermula dari bawah dengan sumber yang sedikit. Adakah mereka berputus asa? Adakah mereka menyalahkan orang lain? Adakah mereka terlalu mengharapkan bantuan? Tidak sekali-kali! Mereka tetap tabah dan sabar mengejar impian dan mengatasi segala cabaran.
Isi Kandungan
Daripada Pengarang Cerita 01 Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary Cerita 02 Tunku Tan Sri Abdullah Tuanku Abdul Rahman Cerita 03 Tan Sri Azman Hashim Cerita 04 Mohamed Ali Alabbar Cerita 05 Tong Kooi Ong Cerita 06 Tan Yew Sing Cerita 07 Robert Kuok Cerita 08 Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah Cerita 09 T. Ananda Krishnan Cerita 10 Tan Sri Quek Leng Chan Cerita 11 Tan Sri Lau Gek Poh Cerita 12 Tan Sri Teh Hong Piow Cerita 13 Tan Sri Tiong Hiew King Cerita 14 Tan Sri Lee Shin Cheng Cerita 15 Tan Sri Vincent Tan Cerita 16 John Chia Sin Tet Cerita 17 Puan Sri Chong Chook Yew Cerita 18 Micheal Ng Kweng Chong Cerita 19 Datuk Lee Oi Hian Cerita 20 Datuk Lim Tong Yong Cerita 21 Keluarga Loh Boon Siew Cerita 22 Keluarga Teo Cerita 23 Tan Sri Hamdan Mohamad Cerita 24 Tan Sri Mohd Saleh Sulong Cerita 25 Tan Sri Rozali Ismail Cerita 26 Tan Sri Tajudin Ramli Cerita 27 Datuk Yaw Teck Seng Cerita 28 Tan Sri Khoo Kay Peng Cerita 29 Datuk Tony Tiah Thee Kian Cerita 30 Henry Goh Cerita 31 M.P. Nathan Cerita 32 Dato’ Dr. Zahrah Abd. Kadir Cerita 33 Datuk Barkath Ali Abubacker Cerita 34 Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha Cerita 35 Cheff Azza Cerita 36 Tan Sri Yeoh Tiong Lay Cerita 37 Datuk Lin Yun Ling Cerita 38 Datuk Onn Mahmud Cerita 39 Tan Sri Lee Kim Yew Cerita 40 Datuk Tan Heng Chew Cerita 41 Datuk Chua Hock Chin Cerita 42 Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar Cerita 43 Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir Cerita 44 Datuk Tan Chin Nam Cerita 45 Harsukhlal Maganlal Kamdar Cerita 46 Chin Weng Keong Cerita 47 Datuk Lew Sip Hon Cerita 48 Dr. Goh Cerita 49 Mendiang Datuk Teo Hang Sam Cerita 50 Mendiang Chung Keng Kwee Cerita 51 Jasmani Abbas Cerita 52 Datuk AK Nathan Cerita 53 V.R. Srivatsan Cerita 54 Esmond Goei Cerita 55 K. Raman Cerita 56 Datuk Yatina Yahaya Cerita 57 Chew Cheng Kiat Cerita 58 Jude Allen Cerita 59 Harres Tan Cerita 60 Datuk Syed Azman Syed Ibrahim Cerita 61 Yuri Zaharin Wahab Cerita 62 Tan sri Abdul Khalid Ibrahim Cerita 63 Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir Cerita 64 Jahubar Sathik Abdul Razak Cerita 65 Marwilis Cerita 66 Tan Sri Mohamad Nadzmi Salleh