Penulis : Ahmad Amri Zainal Adnan, Nurasyikin Ahmad Jumlah Muka surat : 176
Buku ini mengupas 44 kesilapan lazim yang dilakukan dalam urusan bisnes harian. Kesilapan-kesilapan ini dikategorikan kepada tiga punca utama iaitu kesilapan daripada diri sendiri, kesilapan merancang dan kesilapan dalam pemasaran. Turut diselitkan cara-cara mengatasinya dengan efektif. Anda berpeluang menjadi usahawan yang berjaya sekiranya mengetahui punca-punca bisnes gagal . Pengetahuan awal ini boleh dijadikan pencetus motivasi dan cabaran mendepani 'sepak terajang' dunia bisnes.
Mana-mana bisnes hanya berjaya apabila ia diasaskan daripada perspektif usahawan. Bisnes yang berjaya adalah bisnes yang dicipta mengikut realiti dunia bisnes, bukan kerana pemilik bisnes itu. Dengan kata lain, bisnes yang berjaya tidak dibina oleh orang yang luar biasa, tetapi ia dibina oleh orang yang membuat perkara luar biasa.
Semua orang boleh jadi usahawan yang terbilang, anda cuma perlu tahu bagaimana caranya. Ikuti langkah demi langkah yang terkandung dalam buku ini dan anda pasti berjaya sebagai usahawan.
Sesuai bagi usahawan dan individu yang bercita-cita menceburi bisnes supaya kesilapan-kesilapan lazim ini dapat dielakkan seterusnya berjaya dalam bisnes.
Isi Kandungan
Prakata Bahagian 1 : Kesilapan pada Diri Kesilapan 1: Tidak Mengenal Potensi Diri Kesilapan 2: Tidak Kenal Dunia Bisnes Kesilapan 3: Sikap yang Menghalang Kejayaan Kesilapan 4: Tidak Mengambil Pengajaran daripada Kesilapan Kesilapan 5: Tiada Kemahiran Komunikasi
Bahagian 2 : Kesilapan dalam Perancangan Kesilapan 6: Matlamat Bisnes Tidak Jelas Kesilapan 7: Tiada Pelan Jangka Panjang Kesilapan 8: Tiada Modal Pendahuluan Kesilapan 9: Tidak Tahu Membuat Anggaran Perbelanjaan Kesilapan 10: Tidak Mengurus Perbelanjaan Syarikat Kesilapan 11: Konsep Bisnes yang Kabur Kesilapan 12: Tidak Mengkaji Pasaran Kesilapan 13: Gagal Mengurus Masa Kesilapan 14: Tidak Merancang Jadual Kerja Kesilapan 15: Salah Memilih Nama Syarikat Kesilapan 16: Salah Memilih Lokasi Bisnes Kesilapan 17: Organisasi Tidak Terurus Kesilapan 18: Mengambil Pekerja yang Salah Kesilapan 19: Tidak Mengambil Berat Hal Pekerja Kesilapan 20: Terlalu Bergantung pada Kebolehan Individu Kesilapan 21: Tidak Peka pada Perkembangan Teknologi
Bahagian 3 : Kesilapan dalam Pemasaran Kesilapan 22: Pemasaran Tanpa Profil Syarikat Kesilapan 23: Tidak Kreatif Menjana Idea Kesilapan 24: Tiada Pelan Pemasaran Kesilapan 25: Tiada Networking Kesilapan 26: Kad Nama Tidak Memperkenalkan Bisnes Kesilapan 27: Salah Tafsir Nilai Produk Kesilapan 28: Tiada Penjenamaan Kesilapan 29: Tidak Tahu Pelanggan Sasaran Kesilapan 30: Mutu Khidmat Pelanggan yang Rendah Kesilapan 31: Mengabaikan Khidmat Selepas Jualan Kesilapan 32: Tidak Fokus pada Pelanggan Sedia Ada Kesilapan 33: Tidak Mahir Seni Berunding Kesilapan 34: Gagal Menarik Perhatian Pelanggan Kesilapan 35: Tidak Tahu Teknik Jualan yang Berkesan Kesilapan 36: Tidak Peka kehendak Pengguna Kesilapan 37: Kesilapan dalam Membuat Iklan Kesilapan 38: Iklan Tidak Sampai kepada Matlamat Kesilapan 39: Menganggap Semua Pengguna Internet sebagai Pelanggan Kesilapan 40: Tiada Blog Perniagaan Kesilapan 41: Semasa Stok Berlebihan Kesilapan 42: Berdepan Persaingan Sengit Kesilapan 43: Membersihkan Imej yang Tercalar Kesilapan 44: Berhadapan dengan halangan Bisnes Bibliografi Indeks Biodata Pengarang