Penulis : Siti Faaizah Ismail, Jumlah Muka surat : 112
Wang! Wang! Wang! Hendak makan perlu ada wang. Hendak membeli-belah perlu ada wang. Hendak pergi berjalan pun perlu ada wang. Malah, hendak masuk tandas awam pun kena ada wang. Itulah kehidupan masa kini. Pendek kata, manusia tidak dapat hidup tanpa wang kerana segala-galanya memerlukan wang. Tetapi awas! Jangan sampai jadi hamba wang. Wang untuk hidup, bukan hidup untuk wang. Jumlah wang yang kita ada tidak penting. Yang pentingnya, bagaimana kita mengurus wang yang kita ada itu.
Anak-anak membesar, menjadi orang yang bijak pandai tetapi mereka mungkin tidak bijak mengendali wang. Semuanya kerana mereka tidak diasuh dan dididik sejak kecil bagi mengurus wang. Apatah lagi sistem persekolahan kita tidak menyediakan pendidikan kewangan kepada kanak-kanak dan ia tidak disajikan dalam rancangan televisyen. Hasilnya, mereka mengalami masalah kewangan dan sentiasa bergantung harap pada ibu bapa sepanjang masa kerana tidak mempunyai kemahiran mengurus wang.
Ramai ibu bapa berpendapat, adalah rumit bagi memberi perhatian pada pendidikan wang anak-anak apatah lagi dengan kesibukan ibu bapa bekerja. Ada pula yang menganggap pendidikan di sekolah sudah mencukupi bagi anak-anak menjadi orang yang bijak dalam semua hal. Itu salah sama sekali. Anak-anak yang tidak diajar mengendalikan wang menyebabkan mereka tidak ada tanggungjawab bagi mengurus wang apabila meningkat dewasa.
Isi Kandungan
Pendahuluan
Senario Wang Pengurusan Wang dalam Keluarga
Bab 1: Anak-anak dan Wang Ambil Kira Peringkat Umur Anak Jadual Perkembangan Anak Langkah Memperkenalkan Anak dengan Pengurusan Kewangan
Bab 2: Mengajar Anak Mengurus Wang Kaedah Konsisten Cara Mengajar Anak Berkenaan Wang Cara Anak Menerima Wang Konsep Wang
Bab 3: Mengurus Wang Bermula dengan Elaun Konsep Elaun 10 Rahsia Elaun Hubungan Elaun dengan Kerja Rumah Hubungan Elaun dengan Kerja Sekolah Hubungan Elaun dengan Kasih Sayang
Bab 4: Melentur Anak Melalui Simpanan Simpanan Prinsip Simpanan Tabung Ikan Paus Jadikan Impian Satu Kenyataan Buku Wang Saku
Bab 5: Bijak Berbelanja Bagaimana Anak Anda Berbelanja? Prinsip Perbelanjaan
Bab 6: Nilai Murni dalam Perkongsian Perkongsian Prinsip Perkongsian
Bab 7: Perangkap Hutang dan Urus Niaga Kredit Kredit, Hutang dan Pinjaman Prinsip Pinjaman
Bab 8: Mengurus dan Merekod Belanjawan Belanjawan Prinsip Belanjawan
Bab 9: Bijak Melabur Celik Saham Contoh Unit Amanah Prinsip Pelaburan SSPN
Bab 10: Latih Anak Jadi Usahawan Usahawan Kecil Prinsip Keusahawanan Idea Mudah dan Kreatif bagi Mendapatkan Wang Mudah Tetapi Lumayan
Bab 11: Pengaruh Iklan Anak-anak dan Iklan Peranan Iklan Sejauh Mana Iklan Memainkan Peranan?
Bab 12: Penutup Soalan Anda Jawapan Anda Bibliografi Lampiran: Saidina Indeks