Buku yang mengungkap persoalan membina kekayaan menurut perspektif Islam dalam konteks kita yang hidup dan mendepani cabaran abad ke-21.
Buku ini juga menghuraikan konsep-konsep seperti kaya, rezeki, zuhud dan kepentingan mengingati mati sebagai dorongan motivasi buat pembacanya mengejar kekayaan dunia tanpa mengabaikan kejayaan di akhirat.
Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan kekayaan dan kewangan peribadi daripada perspektif Islam? Bagaimanakah perkara ini berbeza dengan pengurusan kekayaan dan kewangan peribadi konvensional? Mengapakah kita, terutamanya umat Islam perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan kekayaan dan kewangan peribadi secara Islam? Adakah perkara ini mampu dilaksanakan dalam konteks ekonomi Malaysia pada masa kini?
Ini adalah antara persoalan-persoalan yang dirungkai dalam buku ini bagi memberikan kefahaman asas dalam hal pengurusan kekayaan dan kewangan peribadi daripada kaca mata Islam. Buku ini menghuraikan beberapa persoalan pokok dan strategi-strategi asas berkaitan dengan tajuk ini.
Ilmu berkaitan dengan pengurusan kekayaan dan kewangan peribadi adalah penting untuk semua. Malangnya, pendedahan berkenaan dengan kemahiran ini kurang ditekankan. Ataupun dapat dikatakan ia tidak diajar secara formal dalam sistem pendidikan kita. Akibatnya, ramai yang menjadi hamba kepada wang dan harta kekayaan dunia.
Lebih kritikal lagi apabila penulisan berkaitan dengan soal pengurusan kekayaan dan kewangan perinadi secara Islam begitu sukar didapati terutamanya dalam bahasa Melayu. Menyedari majoriti orang Melayu di Malaysia adalah beragama Islam dan tahap literasi masyarakat dalam bidang ini begitu penting dipertingkatkan, buku ini diharap dapat memberi kefahaman asas dalam bidang ini. Selain itu, buku ini juga diharap dapat membuka jalan yang lebih luas kepada banyak lagi penulisan berkaitan dengan persoalan ini pada masa hadapan.
Semoga buku kecil ini mampu merangsang kesedaran masyarakat dalam soal pengurusan kekayaan dan kewangan peribadi secara Islam. Ini penting dalam usaha kita meningkatkan lagi kedudukan ekonomi ummah. Pada masa yang sama, kita mencapainya selaras dengan kehendak syariat Islam.
Isi Kandungan
Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini
Kata Pengantar
Prakata
Bahagian 1:Pengenalan
Bab 1: Islam dan Kekayaan
Bab 2: Memahami Pengertian Zuhud
Bab 3: Rezeki daripada Perspektif Islam
Bab 4: Kaya dengan Mengingati Mati
Bahagian 2: Tuntutan Pengurusan Kewangan
Secara Islam
Bab 5: Harta Kekayaan Sebagai Amanah
Bab 6: Jihad Memerangi Riba
Bab 7: Persediaan Menghadapi Hari Persaraan
Bahagian 3: Konsep Kekayaan
Bab 8: Harta Kekayaan Material
Bab 9: Kekayaan yang Hakiki
Bahagian 4:
Strategi Merancang
Bab 10: Insentif untuk Berjaya
Bab 11: Kepentingan Kebebasan Kewangan
Bab 12: Menetapkan Matlamat Kewangan
Bab 13: Menetapkan Matlamat Kewangan
Bab 14: Menyusun Strategi Meningkatkan Ekonomi
Bab 15: Menabung Sebagai Asas Membina Kekayaan
Bab 16: Mengatur Perbelanjaan Mengikut Kehendak Islam
Bab 17: Bersederhana Sebagai Langkah Berjimat
Bahagian 5:Hutang
Bab 18: Impak Krisis Kewangan Individu
Bab 19: Panduan Asas Mengurus Hutang
Bab 20: Masyarakat Kad
Bab 21: Berhemah Menggunakan Kad Kredit
Bahagian 6: Strategi Membina Kekayaan
Bab 22: Melengkapkan Diri dengan Ilmu Pelaburan
Bab 23: Menyusun Strategi Pelaburan
Bab 24: Perniagaan daripada Perspektif Islam
Bab 25: Menjadi Usahawan Beretika
Bab 26: Syarat Memaksimumkan Keuntungan Perniagaan
Bab 27: Meneroka Bidang Perniagaan di Internet
Bab 28: Cabaran dan Risiko Dunia Perniagaan
Bahagian 7:Strategi Menyucikan Kekayaan
Bab 29: Tuntutan Zakat dan Sedekah
Bab 30: Rezeki Halal Rezeki Berkat
Bab 31: Abdul Rahman Bin Auf Sebagai Idola