Hidup Tenang Walaupun Berhutang
Penulis : Shamsuddin Abdul Kadir
Jumlah Muka surat : 176Sinopsis
HUTANG- Anda tidak akan aman selagi tidak melawannya. Malah anda akan kekal sebagai 'hamba' kepadanya.
Anda perlu membaca buku ini sekiranya anda salah seorang daripada golongan berikut:
-Baru menamatkan pengajian dan bercadang membeli ataupun sudah memiliki kereta dengan cara berhutang.
-Pasangan suami isteri yang berhutang bagi membeli alat kelengkapan rumah seperti televisyen, mesin basuh dan perabot.
-Menggunakan kad kredit bagi menampung kos hidup seharian.
-Gelisah diburu 'along' atau ceti haram walau ke mana sahaja anda pergi.
-Ada gaji tetapi masih tidak cukup melunaskan segala hutang.
-Sering dihubungi pihak bank supaya membayar hutang yang tertunggak.
Hutang sukar dipisahkan dengan kehidupan manusia pada zaman ini. Ia dapat dikawal sekiranya orang yang berhutang bijak menggunakan instrumen hutang. Buku ini menerangkan cara efektif mengurus hutang dan menerangkan implikasi sekiranya anda gagal membendung penggunaan hutang yang tidak perlu.
Anda berpeluang menjadi kaya sekiranya bijak berhutang. Tetapi anda juga akan papa kedana atau bankrap sekiranya tidak tahu menggunakan hutang dengan baik.
Isi Kandungan
Prakata
Bab 1 Gelora Hutang
Bab 2 Tanda Banyak Hutang
Bab 3 Kenapa Anda Berhutang?
Bab 4 Jenis-jenis Pinjaman
Bab 5 Kenapa Hutang Masih Tidak Habis?
Bab 6 Urus Kewangan dengan Bijak
Bab 7 Bagaimana Bebas daripada Hutang?
Bab 8 Pentingnya Merancang Kewangan
Bab 9 Jangan Buat Hutang Lagi
Bab 10 Hidup Aman Tanpa Hutang
Tip untuk Semua
Kad Kredit Oh Kad Kredit!
Indeks
Biodata PenulisPTS Professional Publishing Sdn BhdNo posts found
New post
Bestsellers
Categories

