Penulis : Samsudin Wahab
Jumlah Muka surat : 200 Pages
Sinopsis
Sebuah buku yang paling lengkap dijadikan panduan sebelum, semasa dan selepas mengadakan sesuatu majlis rasmi.
Menganjurkan satu majlis rasmi dengan lancar dan berjaya memang tugas yang sukar. Banyak perkara kecil boleh menjadi isu besar jika terlepas pandang.
Buku ini menerangkan dengan jelas bagaimana menguruskan sesuatu majlis atau acara. Panduan dalam buku ini merangkumi prosedur sebelum, semasa dan selepas majlis berlangsung. Panduan ini mengelakkan daripada kejadian yang tidak diduga berlaku dalam majlis anda.
Panduan praktikal dalam buku ini meliputi perancangan, penyediaan kertas kerja, penjadualan, peruntukan belanjawan, pemilihan tarikh dan tempat, keperluan logistik, percetakan dokumen, sumber pembiayaan, pemasaran, komunikasi, pendaftaran, penyediaan makanan serta etika dan kualiti acara.