Penulis : Mohd Liki Hamid, Jumlah Muka surat : 367 Pages
Sinopsis
Buku ini membincangkan fakor-faktor yang menjadi asas serta membolehkan tamadun itu lahir dan berkembang pada suatu ketika dahulu, serta bagaimana ia kemudiannya mengalami kejutan.
Buku ini adalah edisi kedua dari buku Pengajian Tamadun Islam-Sejarah, Pencapaian dan masa Depannya. Bagi edisi kedua ini, beberapa tajuk ditambah sejajar dengan keperluan sukatan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan dalam pengajaran kursus Tamadun Islam.
Salah satu topik yang diterangkan dengan baik dalam buku ini adlah konsep 'Negara Islam' dan strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad dalam mendorong serta memimpin pengikut-pengikutnya menubuhkan sebuah negara Islam. Sebagai seorang ahli politik dan ketua negara Islam yang pertama di dunia, beliau meninggalkan sunahnya kepada semua supaya dapat ditiru oleh sesiapa yang bercita-cita mahu menubuhkan 'Negara Islam' hari ini.
Diharapkan melalui buku ini, para pelajar dapat membuat rujukan dengan lebih mudah dan cepat dalam pembelajaran mereka. Apa yang lebih penting, menerusi buku ini pelajar dan pembaca mendapat gambaran mengenai Islam dan Tamadun Islam dengan lebih tepat dan menyeluruh. Pemahaman yang tepat dapat mempertingkatkan penghayatan dan pengamalan yang lebih mendalam khususnya di kalangan pelajar dan pembaca Islam. Bagi pembaca dan pelajar bukan Islam pula, ianya dapat menghapuskan prasangka dan rasa sangsi yang mungkin wujud ke atas Islam dan Tamadun Islam.
Buku ini sesuai dibaca oleh guru sejarah, petugas jabatan agama, imam, ketua kampung, pemimpin belia, penulis khutbah, pendakwah, ahli-ahli politik dan para pelajar.
Isi Kandungan
Prakata
Bahagian Satu: Pengenalan Ilmu Ketamadunan Bab 1: Takrif Dan Prinsip-Prinsip Asas Tamadun Bab 2: Pembinaan, Perkembangan dan Kemerosotan Tamadun Bab 3: Interaksi Antara Tamadun
Bahagian Dua: Tamadun Islam: Konsep dan Asas Utama Bab 1: Tamadun Islam: Definisi Dan Ciri-ciri Bab 2: Al–Quran Dalam Tamadun Islam Bab 3: Sunah Dalam Tamadun Islam Bab 4: Akidah Dalam Tamadun Islam Bab 5: Syariah Dalam Tamadun Islam Bab 6: Akhlak Dalam Tamadun Islam Bab 7: Islam Dan Konsep Ad-Din Bab 8: Konsep Jihad Dalam Tamadun Islam
Bahagian Tiga: Penghayatan Tamadun Islam dan Persekitaran Awal Bab 1: Pesekitaran Awal Tamadun Islam: Pembinaan Peribadi Dan Keluarga Bab 2: Pesekitaran Awal Tamadun Islam: Pembentukan Masyarakat dan Negara Islam
Bahagian Empat: Sistem Nilai dan Institusi dalam Tamadun Islam Bab 1: Institusi Sosial Dalam Tamadun Islam Bab 2: Institusi Politik Dalam Tamadun Islam Bab 3: Institusi Ekonomi Dalam Tamadun Islam
Bahagian Lima: Ilmu Dan Pendidikan dalam Tamadun Islam Bab 1: Konsep Ilmu Dalam Islam Bab 2: Konsep Dan Falsafah Pendidikan Islam Bab 3: Budaya Ilmu Islam Bab 4: Kepelbagaian Ilmu Dalam Islam Bab 5: Islam Dan Sains
Bahagian Enam: Cabaran Kontemporari Tamadun Islam Bab 1: Tamadun Islam Dan Tamadun Barat Bab 2: Pertembungan Tamadun Islam dan Tamadun Barat Bab 3: Tamadun Islam Dalam Era Pasca Kolonialisme Bab 4: Tamadun Islam Dan Globalisasi Bab 5: Masa Depan Tamadun Islam