Magnet Cinta
Penulis : Zamri Mohamad,
Jumlah Muka surat : 160
Buku yang menghadiahkan kepada pembaca tip-tip menarik bagi menawan dan memikat hati kaum Adam. Persoalan bagaimana memahami hati si lelaki dan cara-cara terbaik menyampaikan hasrat kepadanya bakal terjawab di sini.
Buku “Magnet Cinta : Membuat Sesiapapun Tertarik Hati Setiap Masa Setiap Waktu” karya Zamri Mohamad menghadiahkan pembaca tip-tip menarik bagi menawan dan memikat hati kaum Adam. Persoalan bagaimana memahami hati si lelaki dan cara-cara terbaik menyampaikan hasrat kepadanya bakal terjawab di sini.
Buku ini mengandungi 4 bahagian utama, di mana bab pertama memberikan pendedahan tentang cara bagi pasangan menyalurkan rasa hati kepada yang tersayang. Ia mengetengahkan pendekatan dari hati ke hati melalui lisan dan bahasa badan.
Bahagian kedua pula memaparkan konsep kasih sayang, cinta, rindu dan harapan dari perspektif orang lelaki. Seterusnya di bahagian ketiga pembaca dihidangkan dengan panduan-panduan bagaimana orang sekeliling dapat membantu bagi melunakkan hati dan terus-menerus menyintai diri. Kemudiannya bahagian keempat menyenaraikan halangan-halangan yang memungkinkan nilai cinta tidak dapat ditafsir oleh kaum Adam. Ia juga disusuli dengan tip-tip persediaan bagi berhadapan dengan cabaran dan halangan sebelum dan selepas proses 'penaklukan' cinta seorang lelaki.
Apa yang membuatkan buku ini lebih menarik, ia dikupas dan diadun dengan bersandarkan pengalaman, kajian, catatan cerita menarik dan pemerhatian penulis. Paparan kisah-kisah serta cerita-cerita yang menemani pembaca sepanjang penerokaan “Magnet Cinta” mampu memberikan penjelasan yang lebih mendalam tentang isu-isu yang diutarakan. Kata-kata yang berbentuk 'kad-kad cinta' yang menarik turut menghiasi laman pembacaan dan amat praktikal untuk pasangan suami dan isteri.
Isi Kandungan
Prakata
Bahagian 1: Bahasa kita bahasa hati.
1. Rentak bahasa badan ikut tarian hati.
2. Tanam pinang rapat-rapat.
3. Hormat dan sayang datang bersama.
4. Tingkatkan keyakinan jiwa kekasih
5. Aku dan dia menjadi Spielberg bersama.
6. Teman perjalanan bersama.
7. Tembok keyakinan terhadap pasangan.
8. Sepuluh kata-kata manis pengikat hati
9. Satu bahasa dua makna.
10. Jadilah orang pertama di sisi yang tersayang.
Bahagian 2: Melihat dunia dari kaca mata si dia.
11. Saya suka dan dia minat.
12. Hangat, mesra dan ceria di bawah satu bumbung.
13. Jiwa cinta takut-takut juga.
14. Jutawan cinta yang pemurah.
15. Lelaki juga perlukan sentuhan emosi.
16. Keratan resipi sang suami.
17. Permintaan lampu hijau.
18. Pamerkan minat kita terhadap kesukaannya.
19. Cinta pisang goreng.
20. Rancangan realiti cabaran berkomunikasi dengan si dia.
21. Hobi pemikat hati.
22. Si suami pun cemburu dengan isteri.
23. Lain tubuh, lain perangai.
24. Berselerak sana-sini sistematik namanya.
25. Dengar-dengarkan, jangan ketinggalan.
26. Satu suara empat corong
Bahagian 3: Kempen pilihan raya cinta.
27. Jenamakan pasangan dengan jenama positif
28. Jenama diri, jenama yang dikenang-kenang.
29. Kempen menaikkan nama yang dikasihi.
30. Anak-anak pelembut hatinya.
31. Anak-anak orang kuat kempen menawan hati.
32. Tanah liat acuan diri sendiri.
33. Selami dasar hatiku.
Bahagian 4: Hati-hati ombak menghempas pantai.
34. Usahlah cepat melatah.
35. Geramnya saya!
36. Ombak emosi, ada yang surut ada yang naik.
37. Kritikan, si penembak hati yang tepat.
38. Tujuh halangan berganti-ganti menanti di balapan
Biodata Penulis
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()


