Berita Gembira Buat Pesakit & Doktor
Penulis : Khairul Ghazali
Jumlah Muka surat : 176 PagesSinopsis
Penyakit yang kita tanggung melatih diri supaya bersabar dan bertawakal kepada Tuhan. Tuhan maha pengasih. Jauh sekali Tuhan mentakdirkan penyakit itu semata-mata menyusahkan manusia di muka bumi ini.
Penyakit tidak dapat dielakkan, ia pasti mengunjungi setiap insan sama ada tua, muda mahupun kanak-kanak. Penyakit tidak mengenal jantina dan umur. Semua manusia diserangnya pada bila-bila masa yang dikehendakinya.
Imam Abu Abdullah mengatakan sabar menghadapi bala dan penyakit adalah termasuk antara kunci syurga. Ertinya, syurga itu baru dapat dibuka dengan menggunakan kunci sabar dalam menghadapi sebarang penyakit dan kesusahan.
Sakit sebenarnya adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia mengajar dan mendidik. Setiap penyakit tidak kira kecil ataupun besar adalah takdir Tuhan yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa penyakit sama ada secara langsung dari Tuhan ataupun melalui orang lain, kita mula melatah. Mulalah kita terasa Tuhan itu tidak adil dan sengaja hendak menyusahkan kita.
Tuhan maha pengasih dan jauh sekali Tuhan takdirkan penyakit hanya menyusahkan hambanya. Marilah kita sama-sama mencungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan kepada kita.
Penyakit yang kita tanggung sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji seperti sabar, reda, tawakal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Tuhan, mengharapkan per-tolongan Tuhan, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya.
Nabi Muhammad berkata, “Tidak ada suatu apa pun yang menimpa seorang mukmin, walau duri sekalipun kecuali Tuhan menuliskannya sebagai kebaikan ataupun dihapuskannya segala kesalahan.”
Dengan itu, sebenarnya sakit mengandungi hikmah dan keindahan walaupun ia terasa sakit dan menyusahkan.
Buku ini cuba mendedahkan mengenai hikmah dan keindahan di sebalik sakit, selain mengandungi panduan bagi merawat dan menghiburkan pesakit. Hanya kepada Tuhan kita berserah diri supaya segala yang kita usahakan mendapat rahmat dan redanya...dengan izin Tuhan.Isi Kandungan
Kata Pengantar
Bahagian 1: Penyakit Jasmani dan Rohani
Bab 1 Penyakit Jasmani
Bab 2 Penyakit Rohani
Bab 3 Kerosakan yang Ditimbulkan oleh Penyakit Rohani
Bab 4 Penyakit Nafsu
Bahagian 2: Sakit Sebagai Penghapus Dosa
Bab 1 Menghapus Dosa dan Kesalahan
Bab 2 Khabar Gembira
Bahagian 3: Perkara-perkara yang Patut Dilakukan oleh Orang yang Sakit
Bab 1 Sabar
Bab 2 Takut kepada Tuhan dengan Mengharap Kebaikannya
Bab 3 Larangan Mengharap Kematian
Bab 4 Memperbanyakkan Wirid dan Doa
Bab 5 Pantang Larang bagi Orang Sakit
Bahagian 4: Cara-cara Bersuci dan Sembahyang bagi Orang yang Sakit
Bab 1 Bersuci
Bab 2 Sembahyang
Bahagian 5: Menziarahi Orang Sakit
Bab 1 Sunat Menziarahi Orang Sakit
Bab 2 Adab Menziarahi Orang Sakit
Bahagian 6: 25 Rawatan kepada Pesakit
Bab 1 Rawatan Pertama
Bab 2 Rawatan Kedua
Bab 3 Rawatan Ketiga
Bab 4 Rawatan Keempat
Bab 5 Rawatan Kelima
Bab 6 Rawatan Keenam
Bab 7 Rawatan Ketujuh
Bab 8 Rawatan Kelapan
Bab 9 Rawatan Kesembilan
Bab 10 Rawatan Kesepuluh
Bab 11 Rawatan Kesebelas
Bab 12 Rawatan Kedua Belas
Bab 13 Rawatan Ketiga Belas
Bab 14 Rawatan Keempat Belas
Bab 15 Rawatan Kelima Belas
Bab 16 Rawatan Keenam Belas
Bab 17 Rawatan Ketujuh Belas
Bab 18 Rawatan Kelapan Belas
Bab 19 Rawatan Kesembilan Belas
Bab 20 Rawatan Kedua Puluh
Bab 21 Rawatan Kedua Puluh Satu
Bab 22 Rawatan Kedua Puluh Dua
Bab 23 Rawatan Kedua Puluh Tiga
Bab 24 Rawatan Kedua Puluh Empat
Bab 25 Rawatan Kedua Puluh Lima
Bahagian 7: Surat Takziah kerana Kematian Anak
Bab 1 Nasihat Pertama
Bab 2 Nasihat Kedua
Bab 3 Nasihat Ketiga
Bab 4 Nasihat Keempat
Bab 5 Nasihat Kelima
Bahagian 8: Surat untuk Seorang Doktor
Bab 1 Rawatan Keimanan
Bab 2 Kerinduan yang Mendalam kepada Cahaya Keimanan
Bahagian 9: Makanan Haram Sebagai Sumber Penyakit
dan Kaedah Rawatannya
Bab 1 Makanan Halal Rawatan Utama Mencegah Penyakit
Bab 2 Makanan Haram Punca Segala Penyakit
Bab 3 Islam dan Kesihatan
Bab 4 Perut Pusat Gerakan Segala Anggota dan Asal-usul Munculnya Penyakit
Bahagian 10: Empat Sikap Manusia dalam Menghadapi Sakit
Bab 1 Ingkar
Bab 2 Kurang Yakin
Bab 3 Mengingati Tuhan Dikala Sakit dan Lupa Dikala Sihat
Bab 4 Beriman dengan Penuh Keyakinan
Bahagian 11: Sabar Menghadapi Bala dan Penyakit
Sebagai Kunci Syurga
Bab 1 Kunci Syurga
Bab 2 Dapat Pahala Tanpa Hisab
Bab 3 Penebus Dosa
Bab 4 Pahala dan Ganjarannya Dibayar Tunai
Bab 5 Perbendaharaan Taat
Bahagian 12: Keindahan dan Hikmah di Sebalik Sakit
Bab 1 Qisas
Bab 2 Bukti Tuhan Sayang
Bab 3 Ujian dari Tuhan
Bab 4 Membersihkan Dosa
Bab 5 15 Faedah dan Hikmah Sakit
Biodata PenulisPTS Millennia Sdn BhdNo posts found
New post
Bestsellers
Categories

