Penulis : Mohd. Ismail Mohd. Tambi,
Jumlah Muka surat : 236 Pages
Sinopsis
Sudah tiba masanya untuk lelaki mengetahui berkenaan seksual mereka. Tanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri mampu menjernihkan hubungan dengan pasangan.
LELAKI mempunyai masalah kesihatan tersendiri sama seperti kaum wanita yang juga ada masalah kesihatan mutlak yang mereka alami. Walaupun kewujudan masalah kesihatan mutlak lelaki dan perempuan atau masalah kesihatan Gender Based itu benar, kemudahan untuk pengendaliannya berbeza bagi kedua-dua jantina. Bagi lelaki, kemudahan kesihatan diberi secara am dan bagi wanita ia lebih teratur dengan pakarnya sekali. Lelaki juga memerlukan kemudahan yang sama di mana masalah kesihatan mutlak mereka perlu diberi perhatian oleh tidak kurang dari pakar kesihatan lelaki atau pakar sakit tuan atau andrologis. Ini masih belum wujud lagi.
Walau bagaimanapun, kemudahan bagi pengendalian kesihatan lelaki sudah dipertingkatkan. Kini, doktor peka dengan psikologi lelaki dan boleh memberi khidmat. Sudah tentu ia memuaskan. Yang penting, bagi lelaki yang mempunyai masalah kesihatan mutlak, mereka perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan. Ini perkara mencabar kerana lelaki tidak seperti wanita yang agak peka dengan isu kesihatan dan terbuka untuk berjumpa doktor.
Lelaki hanya berjumpa doktor apabila dia betul-betul sakit atau terpaksa. Tetapi mereka agak terbuka bagi mendapatkan rawatan secara sendiri ataupun daripada individu yang tidak bertauliah seperti tukang urut, penjual ubat di tepi jalan ataupun mencuba ubat daripada kawan-kawan. Lebih-lebih lagi apabila mereka fikir masalah mereka itu perkara peribadi dan sukar hendak berbincang dengan orang yang tidak dikenali kecuali kawan rapat.
Masalah kesihatan yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya mungkin menjejaskan kualiti hidup. Sedikit sebanyak ia mempengaruhi kemampuan dan fungsi syahwat. Apabila lelaki itu mengalami kelemahan daripada aspek fungsi kelelakiannya, baru dia terbuka hendak mendapatkan rawatan moden. Dia tidak lagi mencuba segala penawar yang ditawarkan oleh sesiapa.
Tujuan penulis memperkenalkan buku ini adalah memberi sedikit maklumat kesihatan lelaki dan isu sakit tuan. Dengan harapan, golongan lelaki tidak mensia-siakan kesihatannya dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang isu kesihatan mutlak lelaki dan menggunakan maklumat yang diketengahkan itu bagi menilai dan mengenali tahap kesihatan mereka dan keterbukaan mereka berjumpa doktor sekiranya masalah kesihatan mereka belum lagi dapat diselesaikannya.
Buku panduan ini juga diharap dapat memberi manfaat kepada wanita yang ingin mengetahui aspek kesihatan mutlak lelaki. Ini kerana, dia akan berdampingan dengan lelaki dan hidup bersama lelaki apabila dia sudah berkahwin. Ke-mungkinan dia akan mempunyai anak lelaki. Si ibu tadi dapat menggunakan maklumat itu bagi membimbing anak lelakinya itu ke alam dewasa kelak.
Sebahagian besar daripada soalan dan jawapan yang dipaparkan di dalam buku ini dipetik daripada ruang kolum Sakit Tuan Harian Metro yang pernah disiarkan sejak lima tahun dahulu. Jadi, jawapan yang diberi berubah dari semasa ke semasa dan mengikut perkembangan teknologi perubatan dan kesihatan lelaki.
Penulis tiada bekalan lain kepada kaum lelaki Malaysia kecuali maklumat dan pengetahuan kesihatan mutlak mereka yang penulis harap dapat dimanfaatkan mereka sepanjang hayat. Akhir sekali penulis ingin dedikasikan buku panduan ini kepada keempat-empat anak lelaki penulis iaitu Mohd Rafeek, Mohd Dali, Muhamad Danial dan Muhammad Shafeeq. Semoga mereka menjadi lelaki perkasa.
Isi Kandungan
Prakata
Bahagian 1: Kesihatan Lelaki Unggul
Pengenalan
Bahagian 2: Seksualiti Lelaki
Pengenalan
Disfungsi Seksual Lelaki (DSL)
Masalah Kurang Keinginan Syahwat dan Daya Seksual
Gangguan Keberahian Seksual
Gangguan Pencapaian Orgasma atau Anorgasmia
Dispareunia atau Sakit Semasa Melakukan Hubungan Kelamin
Amalan Sihat ke arah Kesihatan Seksual yang Membina
Bahagian 3: Pengenalan Sakit Tuan
Pengenalan
Mengenali Anggota Seksual Kendiri Lelaki
Bahagian 4: Soal Jawab dengan Doktor
Soal Jawab 1: Masalah Zakar Senget
Soal Jawab 2: Masalah Testis
Soal Jawab 3: Buah Dada Timbul
Soal Jawab 4: Membesarkan dan Memanjangkan Zakar
Soal Jawab 5: Tidak Mendapat Klimaks
Soal Jawab 6: Sakit Angin Pasang
Soal Jawab 7: Zakar Kecil
Soal Jawab 8: Kencing Tidak Tus
Soal Jawab 9: Zakar Gondol
Soal Jawab 10: Zakar Membengkok
Soal Jawab 11: Testis Besar Sebelah
Soal Jawab 12: Cepat Terangsang
Soal Jawab 13: Cepat Klimaks
Soal Jawab 14: Kekerapan Hubungan Seksual
Soal Jawab 15: Cecair Keluar
Soal Jawab 16: Pancutan Air Mani Tidak Kuat
Soal Jawab 17: Tompok Darah pada Air Mani
Soal Jawab 18: Hubungan Kelamin
Soal Jawab 19: Air Kencing Bercampur Darah
Soal Jawab 20: Melambatkan Ejakulasi
Soal Jawab 21: Alat Kelamin Kecil
Soal Jawab 22: Suami Lemah Semasa Melakukan Hubungan
Soal Jawab 23: Testis Lanjut
Soal Jawab 24: Air Mani Cair
Soal Jawab 25: Bengkak Alat Kelamin
Soal Jawab 26: Air Mani Meleleh
Soal Jawab 27: Kecederaan Urat Saraf
Soal Jawab 28: Onani Sebelum Melakukan Hubungan
Soal Jawab 29: Alami Mimpi Basah
Soal Jawab 30: Masalah Kembung
Soal Jawab 31: Masalah Cepat Ereksi
Soal Jawab 32: Warna Merah Membangkitkan Rangsangan
Soal Jawab 33: Kanser Buah Zakar
Soal Jawab 34: Penjagaan Kesihatan Kesuburan
Soal Jawab 35: Ubat Antigemuk
Soal Jawab 36: Belum Dikurniakan Zuriat
Soal Jawab 37: Hentakan pada Kemaluan
Soal Jawab 38: Butir Kecil di Kedua-dua Belah
Batu Zakar
Soal Jawab 39: Dara Ataupun Tidak?
Soal Jawab 40: Tidak Pernah Lagi Merasai Pancutan
Air Mani
Soal Jawab 41: Air Mani Berketul-ketul
Soal Jawab 42: Rawatan Kesuburan
Soal Jawab 43: Masalah Uretra
Soal Jawab 44: Benjol pada Bahagian Testis
Soal Jawab 45: Kerandut Zakar Mengeluarkan Air
Soal Jawab 46: Masalah Organ Seks
Soal Jawab 47: Zakar Tidak Tegang
Soal Jawab 48: Air Mani Cair
Soal Jawab 49: Onani pada Usia Muda
Soal Jawab 50: Buah Zakar Lebih Kecil daripada Ibu Jari Kaki
Soal Jawab 51: Saiz Zakar Kecil
Soal Jawab 52: Hubungan Jenis
Soal Jawab 53: Khayal Mengenai Seks
Soal Jawab 54: Ari-ari Sebelah Kiri Sakit
Soal Jawab 55: Bengkak pada Salur Air Mani
Soal Jawab 56: Parut Berkedut Sekeliling Kepala Zakar
Soal Jawab 57: Alat Sulit Tidak Normal
Soal Jawab 58: Kerandut Zakar Ada Ketumbuhan
Soal Jawab 59: Zakar Tidak Seimbang
Soal Jawab 60: Ubat Kencing Tidak Tus
Soal Jawab 61: Zakar Mengecil
Soal Jawab 62: Zakar Bengkok dan ke Bawah Apabila Menegang
Soal Jawab 63: Penggunaan Kondom
Soal Jawab 64: Ikat Salur Peranakan
Soal Jawab 65: Teknik Persetubuhan
Soal Jawab 66: Gambir Sarawak Melambatkan
Pancutan
Soal Jawab 67: Nafsu Seksual Berkurangan
Soal Jawab 68: Tahap Seksual Menurun
Soal Jawab 69: Zakar Lemah Selepas Pembedahan
Soal Jawab 70: Zakar Kecil, Mengecut, Pendek dan Lemah
Soal Jawab 71: Jumlah Air Mani Sedikit dan Berketul-ketul
Soal Jawab 72: Sengal pada Bahagian Zakar
Soal Jawab 73: Masalah Salur Darah
Soal Jawab 74: Senak pada Bahagian Zakar
Soal Jawab 75: Amalan Senaman Sihat
Soal Jawab 76: Penyakit Buah Pinggang dan Tenaga Batin
Soal Jawab 77: Tidak Memakai Seluar Dalam
Soal Jawab 78: Kerandut Zakar Kiri Kecil
Soal Jawab 79: Cepat Tewas
Soal Jawab 80: Urat Tersimpul
Soal Jawab 81: Anggota Sulit Kecil
Soal Jawab 82: Cepat Tewas dan Lemah Syahwat
Soal Jawab 83: Testis Sebesar Telur Puyuh
Soal Jawab 84: Lemah Tenaga Batin
Biodata Penulis
No posts found
New post

Information
Categories
- Umum
- Business Law
- Careers & Employment
- Entrepreneurship / Keusahawanan
- Finance
- Leadership
- Marketing & Sales
- Operation & Management
- Children
- Aku, Kau & Bola
- Aku, Kau & Komik
- ARDH
- Budak Takraw
- Dear Yayah
- Dunia Didi
- Hibrid
- Kartini
- Lili Lulu Lala
- Shootz
- Takaza
- TwinX
- Computing & Internet
- Diet & Health
- Academic Administration
- Careers
- Cocuricullum
- Colleges & Universities
- Counseling
- Dictionary
- Languages & Linguistics
- Pedagogy
- Pre-School
- Special Education
- Umum
- Akidah dan Teologi
- Biography
- Comparative Studies
- Ibadah dan Amalan Harian
- Islam dan Spiritual
- Islamic Creative
- Islamic Law
- Islamic Lifestyles
- Politics & History
- Quran & Hadith
- Love & Relationship
- Non-Fiction
- Novel & Literature
- Parenting & Family
- Promotion
- Science Fiction & Fantasy
- Self Improvement
- Social Sciences
- Technical & Professional
- Teen
- Wakaf Buku PTS 2011
- Novel Sejarah Islam
- Aizam Aiman
- Ain Maisarah
- Lily Haslina
- Aliff Danial
- Kusyi Hirdan
- Farihah Iskandar
- Natasha Effyzal
- Bahruddin Bekri
- Majidah Mat Jusoh
- Alif Firdaus Azis
- Ainin Naufal
- Ezee Rahmani
- Siri Dear Yayah
- Siri Usahawan Cilik
- Siri Young Aisyah
- Siri Budak Psikik
- Siri Kembar Terpilih
- Siri Sherlock Holmes
- Siri Adam Kecil
- Siri Dunia Sains Aiman
- Siri Kembara Hafiz
- Siri Koleksi Cerita Rakyat Jepun
- Siri Penyiasat Ekstrovert
- Siri Si Manis Amni
- Siri Muaz & Haikal
- Siri 31 Kisah Teladan
- Siri 31 Kisah Srikandi
- Siri Sarah
- Siri Si Puteri
- Resipi
- Fotografi & Komputer
Hubungi Staf Bookcafe (Isnin - Jumaat : 9.00 Pagi - 5.45 Petang)
|
Zulkifli Abdullah (En. Zul)
Email : zulkifli@pts.com.my YM : zul.malc@yahoo.com HP : 016 - 6618 159 |
Muhammad Husaini Senin (En. Husaini)
Email : husaini@pts.com.my HP :
016 - 6615 262
|
Nurdianah Bt Abdul Kadir Malim (Cik Diana)
Email : diana@pts.com.my HP : 016 6611 972
|







