Loading...

Science Fiction & Fantasy

View as: 
List

****

Adi Gempa: Evolusi

: 978-967-5136-03-0

RM19.00
 
RM14.25
-25%

In stock

PTS Fortuna Sdn Bhd


Galaksi Muhsinin

: 978-967-5136-06-1

RM19.00
 
RM14.25
-25%

In stock

PTS Fortuna Sdn Bhd

Galaksi Muhsinin adalah satu umat. Mereka berbilang bangsa tetapi bersatu. Mereka maju tetapi bertakwa kepada Tuhan. Misi mereka cuma satu: menyebarkan rahmat ke serata alam.


Hibrid - Prekuel Kepada Komik-M

: 978-967-5136-34-4

RM18.00
 
RM13.50
-25%

In stock

PTS Fortuna Sdn Bhd


KEMBARA LANG SURYA - PENDETA GUA KHAYALAN

: 9789675136412

RM14.00
 
RM10.50
-25%

In stock

Kembara Lang Surya menampilkan elemen-elemen nusantara yang amat kuat seperti tatabicara, pakaian, ukiran dan senibina. Sebuah karya fantasi yang amat kuat untuk membina pengaruhnya sendiri.


Kudeta- Intro

: 978-967-5136-32-0

RM17.00
 
RM12.75
-25%

In stock

PTS Fortuna Sdn Bhd
ARMAN MESTI BERLARI DAN MENGEJAR DALAM MASA YANG SAMA”
 
Semuanya bermula tatkala sebuah pesawat pejuang milik tentera Singapura ditembak jatuh di Filipina. Pihak pejuang pemisah yang bermusuh dengan kerajaan Filipina telah dituduh bertanggungjawab. 
 
Setelah diselidiki, senjata yang digunakan untuk menjatuhkan pesawat Singapura itu dibangunkan oleh sebuah syarikat milik seorang rakyat Malaysia bernama Arman. Tidak perlu tunggu lama untuk Malaysia turut terheret dalam konflik pra-peperangan tiga penjuru ini. 
 
Arman kini berdepan dengan masa. Dia perlu melarikan diri dan mengejar dalam masa yang sama untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Dalam masa yang sama membongkar siapa dalang yang mahukan tiga neraga ini bertelagah.
 
Lebih dari itu, kunci api peperangan antara tiga negara berada di tangannya.
 
Kemudian muncul seorang gadis bernama Adrienne…


Kudeta- Klimaks

: 978-967-5136-33-7

RM17.00
 
RM12.75
-25%

In stock

PTS Fortuna Sdn Bhd
Kudeta: Klimaks adalah kesinambungan dari novel thriller besr-seller Fortuna, Kudeta Intro.
 
Filipina, Singapura dan Malaysia diambang konflik peperangan. Arman Dikejar oleh semua pihak. Semua bukti dihalakan kepada Arman.
 
Arman tercampak ke Mindanau dan menyusup masuk ke dalam kawasan Pihak Pemisah Filipina. Semuanya untuk membersihkan dirinya. 
 
Namun semuanya semakin kalut. Adrienne, gadis misteri itu mempunyai agenda tersendiri. Apa pula motif kedatangan seorang perisik Amerika Syarikat? Kenapa Amerika Syarikat begitu berminat untuk masuk campur dengan konflik 3 negara ini?
 
Perang sudah semakin hampir.
 
Nyawa manusia jadi taruhan.
 
Arman sudah tidak punya masa lagi.


Opera Angkasa

: 978-983-192-152-4

RM21.00
 
RM15.75
-25%

In stock

PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Opera Angkasa adalah novel fiksyen sains yang berlatarkan angkasa lepas. Pada masa akan datang, manusia tinggal di pelbagai planet dan setiap gugusan planet dikenali sebagai ‘sektor’. Manusia bergerak dari sektor ke sektor dengan kapal angkasa.  Arman dan krew kapal angkasanya sudah berminggu-minggu tidak ada kerja penghantaran kargo. Mereka singgah di sektor Prima Putra kerana ada orang menghubungi mereka untuk menawarkan kerja. Kerjanya mudah, menghantar pulang Faridah Hanum, anak saudara seorang senator, yang baru habis belajar di sekolah berasrama penuh si sektor Aminuddin Baki.  Dalam perjalanan, ada orang mengekori mereka. Mereka ditahan sekumpulan lanun. Rupa-rupanya Arman berhutang dengan mereka. Selepas Arman berjanji hendak melangsaikan hutang itu, kumpulan lanun itu berlalu pergi. Dalam keadaan tertekan akibat hutang itu, Arman mendapat panggilan daripada lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu menawarkan Arman sejumlah wang yang lumayan untuk ditukarkan dengan Faridah Hanum.  Arman menerima tawaran itu. Kapal angkasanya menukar haluan. Mereka tiba di sektor yang ditetapkan. Arman dan krewnya turun dari kapal angkasa untuk menyelesaikan urusan dengan lelaki yang mahukan Faridah Hanum. Dalam perjalanan, Arman bertembung dengan perempuan tua yang datang menarik bajunya dan membebel mengenai ‘empat pusaka kemusnahan’. Arman tidak mempedulikan perempuan tua itu. Selepas bertemu lanun yang mahukan Faridah Hanum itu, Arman berubah fikiran. Dia kasihankan Faridah Hanum. Mereka lari dari situ. Kapal angkasa mereka dikejar kumpulan lanun itu tetapi mereka berjaya melepaskan diri.


Pahlawan Adamus

: 978-967-5136-46-7

RM19.90
 
RM14.92
-25%

In stock

SEBUAH DUNIA IMAGINASI MENJADI NYATA Semuanya bermula ketika dia terjumpa sebuah buku. Buku itu membawanya ke alam yang tidak terduga. Alam ini... More


Saga Empayar Kristal : Armada Azur

: 978-967-5136-28-3

RM18.00
 
RM13.50
-25%

In stock

PTS Fortuna Sdn Bhd

 

 

 

Setahun selepas Garuda melanggar Qadaha, luka yang berdarah mula
sembuh dan kedamaian mula kembali. Namun, percaturan kuasa bermakna
Kerajaan Angkor tidak mungkin berdiam diri. Kali ini mereka cuba
menjarah Pulau Azur demi menguasai bekalan kristal dengan
mempertaruhkan armada terhebat mereka. Dalam masa yang sama, Empayar
Aziziah dan Empayar Han juga turut diuji keampuhannya.
 
Pewaris takhta Empayar Nilam, Putera Fauzi & Tengku Arafiah terheret
sama dalam kekacauan ini. Kemudian muncul pula musuh dalam bayangan,
membuat onar di merata tempat. Adakah akan muncul sinar dalam kancah
kegelapan kuasa ini?


Sayap Adinila

: 978-983-192-200-2

RM19.00
 
RM14.25
-25%

In stock

PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Kerajaan Angkor menemui kapal udara bernama Garuda lalu digunakan bagi menyerang Empayar Nilam. Engku Rahman, Gabenor wilayah Qadaha sudah ditawan dan dijadikan tebusan. Kerajaan Angkor mengugut bagi membunuh Engku Rahman sekiranya Empayar Nilam gagal memenuhi permintaan mereka dalam masa sebulan.  Permintaan mereka: Rajawali Merah dan Rajawali Biru.  Putera Fauzi dan pasukannya memulakan misi mencari kedua-dua kapal udara ciptaan Adinila itu. Namun, mereka ada muslihat lain bagi menyelamatkan Engku Rahman.  Berjayakah mereka dalam misi itu?


Stingarden

: 978-967-5136-37-5

RM13.90
 
RM10.42
-25%

In stock

PTS Fortuna Sdn Bhd

Dari mana Rashid Bulan mendapat nama?

Siapa Sepiah mata smokey?

Kenapa abah dia buat tandas?

Stingarden adalah himpunan fiksyen dan separa fiksyen juga tidak pasti fiksyen atau bukan fiksyen. Entri-entri yang pernah atau belum pernah disiarkan menerusi blog Sinaganaga, pemenang pelbagai anugerah weblog tempatan. Pandangannya di dalam melihat dunia kadang-kala dari arah yang tidak kita sangka. Dalam duka hidup, dia nampak sinar kelucuan, dalam kelucuan, dia nampak sinar kelucuan.

Stingarden ubat untuk hati-hati yang resah, tidak kisah sesiapapun.


Takluk Jagat 1: Bisikan Ariasha

: 978-983-192-237-8

RM25.00
 
RM18.75
-25%

In stock

PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Senjata keramat yang dimiliki mempengaruhinya. Hati yang baik dan pemurah telah dikelabui dendam. Pada saat itu kekuatannya meningkat berkali-kali ganda. Anak matanya berubah daripada hitam kepada kelabu. Dia bersumpah akan menghapuskan sesiapa sahaja yang dambakan Takluk Jagat, termasuk keluarganya sekali, demi melindungi kaum Bunian. Dan pemimpin kaum Bunian turut bersumpah akan sedaya upaya menunaikan apa sahaja permintaannya.


Takluk Jagat 2 (Amukan Indera Bumi)

: 978965136047

RM24.00
 
RM18.00
-25%

In stock

PTS Fortuna Sdn Bhd

Sang Penunggu, Pengawal dan Penghalang Kebangkitan yang baru ditabalkan itu masih belum berpuas hati. Dihulurkan tangan kirinya dan dengan segera Indera Bumi berubah bentuk. Ukiran-ukirannya menjalar membentuk zirah di tangan kirinya. Namun, ia tidak berhenti di situ. Ukiran-ukiran itu terus menjalar sehingga meliputi bahagian hadapan dan belakang dadanya, sehingga kelihatan seperti sebahagian baju zirah yang berkilauan.

Di medan tempur, angkatan Sedinggi dan Dasyuria bekerjasama. Melupakan segala sengketa lama. Mereka dibantu kaum Bunian dan Pemusnah Jiwa. bersabung nyawa menentang Sigorong di Wilayah Dakawa…


Transgenesis

: 9879675136023

RM24.00
 
RM18.00
-25%

In stock

PTS Fortuna Sdn Bhd

Teknologi memindahkan genetik haiwan dan tumbuhan kepada embrio yang diklonkan daripada manusia sudah ditemui. Kini pakar genetik boleh mencipta manusia dengan kelebihan istimewa. Manusia dengan deria hidu sensitif seperti anjing, misalnya. Ataupun, manusia yang boleh menghasilkan makanan sendiri melalui fotosintesis. Inilah yang dilakukan oleh pakar genetik di Institut Trans-DNA, secara rahsia.

Sehinggalah segala-galanya terbongkar, apabila subjek eksperimen yang terbebas dari makmal mula membunuh orang awam....

Dalam Transgenesis: Bisikan Rimba, Amir Husaini menggabungkan bakat penulisan luar biasa dan pengetahuan saintifik menakjubkan bagi menghasilkan fiksyen sains thriller yang hebat lagi mendebarkan!


Tunnels - Terowong

: 978-983-3892-06-8

RM29.90
 
RM22.42
-25%

PTS Litera Sdn Bhd

Tunnels, sebuah novel fantasi yang dikenali sebagai ‘The next Harry Potter’ di Britain. Mengisahkan seorang remaja yang menemui dunia yang hilang jauh di bawah perut bumi di kota London. Ia adalah salah satu karya best seller di Britain pada tahun lalu dan bakal difilemkan tidak lama lagi. Kini Tunnels telah di lesenkan untuk diterjemah ke dalam 34 bahasa asing.

 

 

Out of stock