Penulis : Hamidah Mat, Maszlee Malik, Jumlah Muka surat : 160 Pages
Sinopsis
“Allah menghendaki kemudahan pada kamu dan tidak mahu kesukaran ke atas dirimu” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Penulis menghuraikan permasalahan ini berserta contoh dan membicarakan pelbagai perkara lain lagi berkenaan kesesuaian hukum mengikut waktu dan keadaan setempat. Buku ini membuka dimensi baru bagi umat Islam dalam kehidupan kontemporari dan memberikan alternatif mudah bagi mengamalkan Islam di mana sahaja. Bentuk penyampaiannya yang bersahaja dan ringan tidak seperti buku-buku fikah tradisional yang lain.
Buku ini sesuai dijadikan panduan dan menjadi rakan setia bagi umat Islam yang ingin bermusafir dan juga bermastautin di luar negara. Dengan mengambil kira pendapat-pendapat ulama dan pendapat mazhab-mazhab lain disertai dengan dalil dan perbincangan, penulis mengharapkan supaya buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh segenap lapisan masyarakat.
Isi Kandungan
Isi Kandungan
Pendahuluan: Dasar-Dasar Fikah Luar Negara Mukaddimah Empat Faedah Membaca Buku Ini Babi Susahkan Kehidupan Muslim Fikah Semasa Bermusafir Udara (1): Mengapa Tidak Menyapu Khuf? Fikah Semasa Bermusafir Udara (2): Bolehkah Menyapu Stoking dan Kasut? Rukhsah Jamak Solat yang Dipinggirkan Fikah Qasar Solat 1 Fikah Qasar Solat 2: Persoalan Berkaitan Qasar Bilangan Sah Solat Jumaat Khutbah yang Efektif Imam Wanita bagi Solat Jumaat Pakaian Lelaki Islam Pakaian Wanita Islam Hukum Bertindik dan Bertatu Kewajipan Menyampaikan Islam Saya Pilih Koshe Mencari Hari Kekasihku Mereka yang Rugi dan Mereka yang Untung pada Tahun Baru