Hari ini ramai orang ingin menjadi BINTANG. Mahukah anda menjadi BINTANG? Bukan di pentas, bukan di televisyen tetapi di hadapan Tuhan
Prakata
Nasihat Penulis
Bahagian 1: Bersyukur sebagai Muslim
Bersyukur sebagai Muslim
Bersyukur kerana Sifat Kemanusiaan
Kepentingan Manusia Berbanding
Makhluk Lain
Bersyukur kerana Keislaman Diri
Muslim adalah Manusia Terbaik
Menjaga Diri daripada Perkara yang Merosakkan Iman
Bahagian 2: Membuktikan Diri Sebagai Muslim
Bersihkan Hati
Hiasi Kata-kata
Perbuatan yang Bermanfaat
Beribadah dengan Sebaik-baiknya
Sentiasa Memperbaik Diri
Menghormati Ibu Bapa
Membina Rumah Tangga
Memberi Manfaat kepada Orang Lain
Mencintai Dakwah dan Jihad
Bekerja dengan Bersungguh-sungguh
Membina Ukhwah dan Silaturahim
Menjaga Kesihatan, Penampilan dan Kekuatan Fizikal
Menggunakan yang Halal
Wawasan Global dan Universal
Bahagian 3: Agenda Hidup Muslim
Agenda Hidup Muslim
Agenda Harian, Bulanan, Tahunan dan Seumur Hidup
Sekiranya kita lihat bintang di langit, mana satukah yang menarik perhatian? Sudah tentu bintang yang paling cerah, paling indah dan paling hebat sinarannya. Oleh sebab itu, ramai orang hari ini ingin menjadi ‘bintang’ supaya dapat menarik perhatian setiap mata yang memandang.
Quran menjelaskan, umat Islam laksana bintang yang bertaburan di dada langit. Umat Islam adalah umat terbaik. Dalam erti kata lain, semua Muslim dan Muslimah adalah BINTANG. Bukan bintang di pentas, bukan bintang di televisyen tetapi bintang pada pandangan Tuhan. Namun, tidak semua bintang mendapat perhatian Tuhan. Bintang yang paling indah sahaja yang mendapat sepenuh perhatian, rahmat dan keredaannya. Bintang itu adalah MUSLIM TERBAIK.
Menjadi Muslim Terbaik menawarkan segala aspek yang diperlukan oleh individu bagi merealisasikan status Muslim terbaik. Ia bermula dengan apresiasi kepada iman yang dikecapi seterusnya diikuti dengan penterjemahan diri selaku Muslim dalam tutur bicara, tingkah laku, pergaulan, tindakan dan agenda kehidupan.
Walau siapa pun kita dan di mana kita berada, kita berpeluang menjadi BINTANG Muslim terbaik. Mulakanlah ia sekarang bagi kehidupan yang lebih gemilang di dunia dan akhirat.

Bestsellers
Information
Categories
Hubungi Staf Bookcafe (Isnin - Jumaat : 9.00 Pagi - 5.45 Petang)
|
Zulkifli Abdullah (En. Zul)
Email : zulkifli@pts.com.my YM : zul.malc@yahoo.com HP : 016 - 6618 159 |
Muhammad Husaini Senin (En. Husaini)
Email : husaini@pts.com.my HP :
016 - 6615 262
|
Nurdianah Bt Abdul Kadir Malim (Cik Diana)
Email : diana@pts.com.my HP : 016 6611 972
|







