Doa-doa di dalam al-Quran adalah reduksi Allah, Maha Pencipta kepada utusannya. Oleh kerana ia diambil terus daripada al-Quran, secara langsung ia terlepas daripada nilai-nilai yang berbau khurafat. Sebuah buku yang lengkap memuatkan doa-doa yang mustajab dan lebih dianjurkan. Ia bersifat praktis dan berguna sepanjang hidup. Di sini terletak keistimewaannya.
Buku ini dirancang khas. Setiap doa diberi penjelasan singkat dan padat. Kemasannya dibuat dengan menarik. Setiap doa dimuatkan penjelasan, sebab turun ayat (asbabun nuzul), faedah, keutamaan, tafsir, dan siapa nabi yang menggunakan doa tersebut. Ditambah pula hadis Nabi Muhammad yang menyokongnya. Pada bahagian yang lain, buku ini dilengkapi dengan lampiran teks-teks doa yang memudahkannya di bawa ke mana-mana.
Pengantar Penulis
Bahagian Pertama:
Pengantar Untuk Berdo’a
Pengertian Do’a
Adab Berdo’a
Fadhilat Berdo’a
Waktu Mustajab
Doa Yang Diterima
Hubungan Antara Do’a, Qadha’ Dan Qadar
Do’a Tidak Diterima. Apakah Sebabnya?
Bahagian Kedua:
Do’a Mohon Keselamatan Dan Perlindungan Daripada Bahaya
Do’a Memohon Perlindungan Daripada Bahaya Sihir Dan Sebagainya
Do’a Memohon Perlindungan Daripada Godaan Syaitan
Do’a Memohon Dilepaskan Daripada Azab Neraka
Do’a Memohon Dijauhkan Daripada Penderitaan
Do’a Memohon Perlindungan Daripada Hidup Bersama Orang Zalim
Do’a Memohon Dijauhkan Daripada Golongan Yang Melakukan Dosa
Do’a Tawakkal Dan Dijauhkan Daripada Fitnah
Do’a Memohon Keampunan, Husnul Khatimah Serta Dijauhkan Daripada Azab Neraka
Do’a Memohon Kebaikan
Do’a Memohon Keselamatan Keluarga
Do’a Memohon Lingkungan Yang Baik
Do’a Keselamatan Dan Memohon Tempat Tinggal Yang Indah Di Syurga
Do’a Dijauhkan Daripada Sifat Dengki
Do’a Sapu Jagad – Memohon Kebaikan Di Dunia Dan Di Akhirat
Do’a Naik Kenderaan – Memohon Keselamatan Semasa Dalam Perjalanan
Bahagian Ketiga:
Do’a Memohon Keampunan Dan Taubat Para Nabi
Do’a Memohon Keampunan Untuk Kedua Ibu Bapa I
Do’a Memohon Keampunan Untuk Kedua Ibubapa II Dan Kebinasaan Kebinasaan Terhadap Orang Zalim
Do’a Memohon Keampunan Dan Ditetapkan Pendirian
Do’a Memohon Keampunan Dan Rahmat
Do’a Taubat Nabi Adam a.s. – Mohon Dihapuskan Dosa
Do’a Taubat Nabi Nuh a.s. – Menyedari TerbatasnyaPengetahuan Manuusia
Do’a Taubat Nabi Yunus a.s. – Melepaskan Daripada Kesulitan
Do’a Taubat Nabi Musa a.s. I – Gagal Semasa Berdakwah
Do’a Taubat Nabi Musa A.s. II – Memohon Keampunan Terhadap Kesilapan
Bahagian Keempat:
Do’a-Do’a Supaya Dikekalkan Dalam Islam Dan Ditetapkan Iman Dalam Hati
Do’a Memohon Kesabaran Dan Ditetapkan Dalam Islam
Do’a Memohon Supaya Keluarga Tetap Dalam Islam
Do’a Menguatkan Iman
Do’a Memohon Ditetapkan Pendirian Dan Dimasukkan Ke Dalam Umat Nabi Muhammad Saw.
Do’a Memohon Husnul Khatimah
Do’a Memohon Diberikan Petunjuk Dan Rahmat
Do’a Sentiasa Menjaga Sembahyang
Bahagia Kelima:
Do’a-Do’a Keluarga Sejahtera Dan Mensyukuri Ni’mat
Do’a Memohon Keluarga Yang Baik
Do’a Menohon Keturunan Yang Sholeh
Do’a Memohon Keturunan dan Perlindungan Semasa Mendidik Anak
Do’a Mensyukuri Ni’mat Pemberian
Do’a Syukur Kerana Terselamat Daripada Orang Zalim
Do’a Kesyukuran Penghuni Syurga Dan Meminta Petunjuk Ke Jalan Yang Lurus
Bahagian Keenam:
Do’a-Do’a Ilmu Pengetahuan, Politik Dan Kemasyarakatan
Do’a Memohon Ilmu Pengetahuan Dan Dilapangkan Dada
Do’a Memohon Ditambahkan Ilmu Yang Bermanfaat
Do’a Memohon Hikmah Dan Masuk Syurga
Do’a Memohon Diperluaskan Rahmat
Do’a Memohon Kesempurnaan Nur Ilahi
Do’a Memohon Keadilan I
Do’a Memohon Keadilan II
Do’a Memohon Supaya Dicintai Masyarakat
Do’a Memohon Diberi Pemimpin Agama
Do’a Memohon Diberi Kedudukan Mulia
Do’a Memohon Keselamatan Daripada Pemimpin Yang Zalim
Do’a Memohon Kebinasaan Terhadap Orang Yang Melakukan Kezaliman
Do’a Memohon Kebinasaan Harta Orang Yang Zalim
Do’a Tabah Menghadapi Musuh
Do’a Memohon Negeri Aman dan Makmur
Bahagian Ketujuh:
Induk Dari Segala Do’a
Daftar Pustaka
Biodata Penulis
Pengertian Doa
Doa berasal daripada bahasa Arab du‘a’. Dalam al-Quran banyak sekali disebut lafaz du‘a’ ini, yang mempunyai erti yang berbeza-beza antara satu lafaz dengan lafaz yang lainnya. Antara lain: al-‘ibadat, iaitu ibadah makhluk bagi penciptanya, (ibadat al-makhluq li al-khaliq); al-isti’anah atau al-istighatsah, iaitu memohon pertolongan atau bantuan kepada zat yang maha kuasa; al-nida’: memanggil, iaitu panggilan hamba kepada Allah yang maha mendengar; as-su’al, iaitu permintaan atau permohonan daripada makhluk yang rendah kepada pencipta yang maha tinggi.
Ada juga yang memberi pengertian dengan at-tahmid (memuji) dan masih banyak lagi lafaz ad-du’a pada ayat-ayat lain daripada al-Quran yang juga mempunyai maksud yang berbeza-beza. Manakala menurut istilah (terminologi) sebagaimana dikatakan juga oleh ath-Thiby, doa ialah “melahirkan kehinaan dan kerendahan diri dalam keadaan yang tidak berdaya dan tidak mempunyai kekuatan dan kemudiannya menyatakan hajat, keperluan dan kerendahan kepada Allah.” Menurut pengertian amalan keagamaan, doa itu sebagai usaha memanggil Allah dalam rangka mengajukan permohonan kepadanya.
Maka, doa bererti kita menyatakan apa yang dikehendaki kepada Allah bagi mendapatkan manfaat atau menolak kemudaratan.
Berdoa adalah satu ibadah kerana ia adalah penyerahan kepada Allah bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh sebab itu, orang yang berdoa sebaiknya disertai dengan hati yang penuh keikhlasan kepada Allah. Semua lafaz yang diucapkan perlu difahami dan dihayati. Selain daripada itu, orang yang berdoa perlu menyedari dirinya sebagai pihak yang faqir, sepertimana ayat Tuhan yang bermaksud,
“Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam semua perkara.), sedangkan Allah itu, Dialah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
(Surah Fathir, ayat 15)
Ayat ini perlu dijadikan panduan sebelum kita mula berdoa. Kita, bahkan seluruh umat manusia sama ada yang kaya ataupun yang miskin, yang menjadi pegawai ataupun rakyat dan lain-lain perlumenyedari dan meletakkan kedudukan kita sebagai makhluk yang memerlukan (faqir), kerana dalam ayat itu sebenarnya menunjukkan keadaan kita sebagai manusia iaitu makhluk yang faqir.
Sehingga setiap perkataan yang keluar dari pada mulut kita menjadi bernilai kerana diikuti dengan penghayatan dan renungan. Sebab berdoa tanpa memahami erti dan maksud apa yang dibacanya samalah seperti tidak berdoa.Jadi, besarlah kesalahan bagi orang yang menyatakan berdoa itu adalah sikap orang yang lemah, yang bodoh, yang tidak mengetahui jalan mana yangpatut dilalui atau perbuatan yang boleh dikerjakan atau ditinggalkan.
Doa selalu disalahertikan sebagai ‘pelarian’ apabila menghadapi suatu kegagalan. Karl Marx menyatakan agama sebagai candu kerana digambarkan hanya sebagai tempat pelarian bagi orang yang tidak mampu mencapai sesuatu yang ada dalam fikirannya. Doa dalam erti memanggil Allah dalam rangka memohon kepadanya, penting bagi Muslim, kerana doa adalah tanda dia memerlukan Allah dalam kehidupannya. Selain daripada itu, doa adalah alat bagi mendekatkan diri kepadanya.

Bestsellers
Information
Categories
Hubungi Staf Bookcafe (Isnin - Jumaat : 9.00 Pagi - 5.45 Petang)
|
Zulkifli Abdullah (En. Zul)
Email : zulkifli@pts.com.my YM : zul.malc@yahoo.com HP : 016 - 6618 159 |
Muhammad Husaini Senin (En. Husaini)
Email : husaini@pts.com.my HP :
016 - 6615 262
|
Nurdianah Bt Abdul Kadir Malim (Cik Diana)
Email : diana@pts.com.my HP : 016 6611 972
|







