Loading...

Hantar Percuma

HARGA BUKU PBAKL 2014

Doa Ajaran Rasul

Doa Ajaran Rasul

: 978-967-5137-28-0


Old price: RM14.00  

Price: RM11.90

You save: RM2.10 (15%)
-15%
Delivered in 1-3 business days
10 days

Setiap doa yang ditampilkan dalam buku ini disertai dengan sebab hadis dikeluarkan (asbabun wurud). Selain itu, ia dilengkapi dengan penjelasan daipada pelbagai sumber, bahkan didukung dengan ayat al-Quran.

Kelebihan lain daripada buku ini adalah terletak pada sumber doa. Sebahagian besar doa di dalam buku ini direkodkan oleh Bukhari dan Muslim. Kemudian, bagi melengkapinya, sebahagian doa dipetik daripada Kutub Tis’ah (Sembilan kitab rujukan hadis) iaitu Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Sunan at-Tirmizi, Sunan an-Nasa’i, Sunan Ibnu Majah, Musnad Imam Ahmad, Sunan ad-Darimi dan Muwatta’ Imam Malik.

Dengan membaca doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah ini, diharap mampu membantu para pembacanya bertemu jalan merentas masalah keluar yang menimpanya.

 

PENGANTAR
Mengapa Kita Perlu Berdoa

BAHAGIAN 1
Doa Memohon Keampunan dan Perlindungan
Doa Istighfar yang Utama
Doa Berlindung Daripada Malapetaka
Doa Berlindung Daripada Penyakit Hati dan Berlindung daripada Kekalahan
Doa Berlindung daripada Kematian
yang Mengerikan
Doa Berlindung daripada Azab Kubur, Bakhil dan Ujian

Doa Berlindung daripada Cubaan Hidup dan Mati

Doa Berlindung daripada Dosa dan Kesengsaraan

Doa Memohon Keampuanan daripada Kebodohan
Berlindung daripada Murka Allah
Doa Berlindung daripada Kezaliman dan Dizalimi
Doa Mohon Perlindungan daripada Kesan Negatif Sesuatu Perbuatan
Doa Perlindungan daripada Bencana Hilangnya Kenikmatan
Doa Dipelihara daripada Seksa Neraka
Doa Sebelum Tidur
Doa Mohon Ketakwaan Dibaca Ketika Sujud
Doa Mohon Perlindungan daripada Hati yang
Tidak Khusyuk dan Doa Yang Tidak Terkabul
Doa Mohon Perlindungan daripada Keburukan Budi Pekerti
Doa Perlindungan daripada Penyakit yang Buruk
Doa Berlindung daripada Bencana Kelaparan dan Khianat

BAHAGIAN 2
Doa Hidup Bersama Nabi
Doa Di Waktu Pagi - Memohon Keredaan Tuhan

Doa Hendak Tidur
Doa Bertasbih Menjelang Tidur
Doa Bangun Tidur
Doa Ketika Mimpi Buruk - Memohon Perlindungan daripada Gangguan Syaitan
Doa Sebelum Makan
Doa Selepas Makan dan Minum (1) - Bersyukur dan Memohon Ampun
Doa Selepas Makan (2) - Mohon Kecukupan
Doa Ketika Dijamu - Mohon Berkat, Keampunan dan Kasih Sayang
Doa Memakai Pakaian
Doa Melihat Cermin - Mohon Akhlak Baik
Doa Bagi Penderita Penyakit
Doa Masuk Tandas
Doa Mengunjungi Orang Sakit dan Mengubati Penyakit
Doa Menjelang Kematian
Doa Semasa Cemas
Doa Ketika Melihat Ribut dan Hujan
Doa Mohon Diberikan Hikmah dan Ilmu
Doa Memohon Kehidupan Baik yang Tidak Terputus
Doa Ketika Bersin

Doa Memohon Kebiasaan Bersyukur dan Ingat Kepada Allah
Doa Dapat Menjaga Ajaran Allah
Doa Memohon Kebaikan
Doa Mohon Tetap Iman
Doa Ketika Hujan
Doa Ketika Mendengar Petir
Doa Mohon Kesihatan Badan dan Iman
Doa Mohon Petunjuk dan Takwa

BAHAGIAN 3
Doa-Doa Keluarga
Doa Panjang Umur, Ramai Anak dan Doa Harta yang Berkat
Doa Pasangan Pengantin
Doa Semasa Bersama
Doa Kesejahteraan - Doa yang Sering Dibaca oleh Nabi
Doa Mohon Petunjuk dan Jalan yang Lurus
Doa Memohon Kecukupan Harta yang Halal - Memohon Selesai daripada Hutang
Doa Memohon Cinta - Doa Nabi Daud

Doa Keluar daripada Majlis - Doa Selepas
Membaca al-Quran

BAHAGIAN 4
Doa-doa BerkaitanKehidupan Sosial dan Politik
Doa Ketika Peperangan Berlaku Mohon Kehancuran Musuh
Doa Memohon Kesedaran Orang yang
Menzalimi Kita
Doa Kebaikan untuk Orang Lain
Doa Ketika Orang Bersedekah
Doa Mohon Perlindungan daripada Gangguan Kaum Musyrikin
Doa Qunut Perang
Doa Mohon Azab bagi Kaum Kafir
Doa Mengubah Kebencian Menjadi Rahmat
Doa Kepasrahan dan Tawakal
Doa Selepas Perang dan Perjalanan

BAHAGIAN 5

Doa-doa Berkaitan dengan Sembahyang
Doa Waktu Subuh - Antara Wuduk dan Sembahyang Subuh
Doa Selepas Wuduk
Doa Selepas Azan
Doa Masuk dan Keluar Masjid - Memohon Rahmat dan Kemuliaan
Doa Sembahyang Istikharah
Doa Menyimpan Harta Karun di Syurga
Doa Memohon Peningkatan Kualiti Hidup
Doa Sentiasa Ingat dan Syukur
Doa Perjanjian Masuk Syurga
Doa Mohon Ilmu, Rezeki dan Amal Makbul - Selepas Sembahyang Subuh

BAHAGIAN 6
Menyingkap Tabir Kegelapan Malam
Doa Terbangun di Tengah Malam

Doa Sembahyang Tahajud
Doa Sembahyang Malam - Dibaca Menjelang Subuh
Doa Malam Qadar
Doa Penutup Segala Doa

Tentang Penulis

Mengapa Kita Perlu Berdoa

Manusia mempunyai fitrah ‘berharap’ kepada kekuatan yang lebih besar, yang kemudian melahirkan sikap ‘memuja’ sejak sekian lama. Perjuangan mencari Tuhan bermula sejak zaman Nabi Ibrahim. Apabila Nabi Ibrahim menyedari dirinya lemah baginda mencari sesuatu yang lebih kuat. Pada zaman animisme dan dinamisme, ‘kekuatan’ dilihat pada pokok-pokok besar, batu-batu besar atau tempat-tempat lain yang dianggap mempunyai kuasa yang hebat.

Manusia sentiasa mencari ‘kekuatan’, lalu di­utuskan para nabi dengan lembaran kitab bagi menyampaikan ajaran yang lebih jelas. Seterusnya diturunkan Kitab Suci bagi memberi petunjuk kepada  manusia untuk  bertindak dan mendekatkan diri kepada Allah. Salah satu cara adalah dengan berdoa. Melalui Kitab Suci, manusia diajarkan untuk sentiasa berdoa.
Doa adalah media komunikasi dengan Allah. Bahkan kandungan bacaan dalam sembahyang juga adalah bacaan-bacaan doa yang dikirimkan kepada Allah.
Manusia yang tidak memerlukan doa adalah manusia sombong. Contoh manusia sombong di dunia adalah Firaun. Semasa hampir dengan kematiannya, Firaun memohon kepada Allah supaya menolongnya kerana menyedari tidak ada lagi kekuatan lain yang dapat menolongnya. Namun, doanya sudah terlambat, Tuhan tidak lagi mengampuninya supaya menjadi pengajaran kepada manusia sesudahnya.

Orang yang tidak mahu berdoa akan dimasukkan ke Neraka Jahanam. Allah menyatakan dalam surah al-Mukmin ayat 60.
“Berdoalah kepadaku, nescaya akan ku­perkenankan. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembahku akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.”
Doa boleh dilakukan melalui berbagai cara termasuk melalui zikir dan wirid. Sebuah hadis yang direkodkan oleh Tirmizi menyebut, “Orang yang tidak berzikir mengingat Allah pada setiap detik yang dilaluinya adalah orang yang rugi  pada hari akhirat. Terserahlah kepada Allah sama ada mahu menyeksanya atau mengampunkannya.”

Melalui sebuah hadis lain disebutkan, “Tuhan malu sekiranya tidak mengabulkan permintaan hamba-hambanya. Maka kita hendaklah sentiasa berlumba-lumba untuk meminta kepadanya.”
Doa mempunyai tahap, adab, susunan dan strategi tersendiri. Doa tidak semestinya dengan Bahasa Arab walaupun Bahasa Arab adalah bahasa yang mempunyai kelebihannya sendiri berbanding bahasa lain kerana ia adalah bahasa al-Quran.

Cara Beli Buku Online

Hubungi Bookcafe

Newsletter

Bulk Order

Ain Mai

bookcafe footer