12 Langkah Membentuk Manusia Cerdas
Penulis : Rajendra Kartawiria
Jumlah Muka surat : 224Sinopsis
Ada otak, ada hati... anugerah Ilahi buat yang mengerti
Akal fikiran tiada fungsi... apabila kosong jiwa dan rohaniOtak adalah salah satu organ tubuh yang membantu kita memahami, menginterpretasikan, mengolah, menterjemah maklumat manakala hati pula lebih kepada ilustrasi spiritual. Otak hanyalah selonggok sel yang tiada fungsi sekiranya tiada rohani. Namun akal dan fikiran juga adalah bukti wujudnya jiwa. Ini kerana sifat seorang khalifah pada jiwa manusia membolehkan kita berfikir mengenai sesuatu yang abstrak. Kerana otak manusia dapat menganalisa dan menilai. Kerana otak juga manusia menjadi kreatif dan inovatif. Akal dan otak jugalah yang menjadi perantara bagi manusia mengenali Tuhannya.
Kolaborasi otak dan hati bukti kebesaran Ilahi.
Buku ini memperlihatkan kajian berkenaan perkaitan antara peranan otak dan hati serta langkah-langkah yang perlu diambil dalam melahirkan manusia cerdas akal dan rohaninya. Bagi membantu pembaca memahami dengan lebih mendalam, penulis menyenaraikan kaedah praktikal berserta contoh dan rujukan daripada Quran.
Buku ini sesuai bagi bacaan para pelajar, guru-guru ataupun mana-mana individu yang berminat mengetahui dengan lebih dalam berkenaan cara-cara bagi meningkatkan potensi kita sebagai manusia. Yang pasti, di akhir buku ini anda akan memahami bagaimana manusia yang hebat itu berasal dari jiwa dan akal yang satu!
Isi Kandungan
Pendahuluan
Langkah 1 : Keselarasan Otak dan Hati
Sistem Badan
Mensyukuri Keunggulan
Langkah 2 : Meluruskan Peranan Otak dan Hati
Menyelaraskan Sistem
Menyatu Kehidupan Alam
Keseimbangan Otak Kiri-kanan
Langkah 3 : Tingkatan Penggunaan Otak dan Hati
Tiga Bahagian Otak
Tiga Tingkat Penggunaan Hati
Tunggu Seketika
Langkah 4 : Membongkar Kebekuan Otak dan Hati
Lepaskan Belenggu Paradigma
Perluas Perbezaan Toleransi
Menatap Masa Hadapan
Merancang Kebenaran dan Kebaikan
Mencairkan Otak
Langkah 5 : Menapak Keimanan
Langkah 6 : Membangunkan Persepsi
Menyatukan Persepsi Diri
Membangun Persepsi Positif
Langkah 7 : Memahami Perilaku
Langkah 8 : Siapa yang Menggerakkan Otak
Langkah 9 : Taraf Otak dan Hati
Kesamarataan Antara Wanita dan Lelaki
Kesamarataan Antara Orang Muda dan Warga Tua
Kanak-kanak Bawah Umur
Semua Manusia adalah Sama
Langkah 10 : Mengasah Otak dan Hati
Asah Otak Buatan (Artificial)
Asah Otak Semula Jadi
Kecerdasan Sembahyang
Sedikit-sedikit Lama-lama
Menjadi Bukit
Langkah 11 : Kecerdasan Otak dan Hati
Kecerdasan Otak
Kecerdasan Hati
Berfikir Lateral
Membaca Mestilah Memahami
Langkah 12 : Mengembangkan Budaya
Cita-cita Bersama
Informasi dan Komunikasi
Kuasa
Kualiti Keputusan
Sistem
PenutupPTS Millennia Sdn BhdNo posts found
New post
Bestsellers
Categories

