Loading...

Hantar Percuma

HARGA BUKU PBAKL 2014

50 Tokoh Islam yang Mengubah Dunia

50 Tokoh Islam yang Mengubah Dunia

: 978-983-3603-17-6


Old price: RM14.90  

Price: RM12.66

You save: RM2.24 (15%)
-15%
Out-of-stock
10 days
Add to wish list

Kehadiran mereka dalam sejarah dunia bukan kehadiran yang ‘biasa-biasa’.
Kehadiran mereka  mengubah dunia, mengembalikan sinar harapan umat, bagi menyaksikan umat Islam kembali dihormati, dimartabatkan sebagai khaira ummah yang diidam-idamkan.
Sumbangan dan pengorbanan mereka mewakili tawa dan rintihan umat, sepertimana kehilangan mereka juga meninggalkan bekas yang mendalam dalam sanubari umat.
Mereka adalah permata yang menyinari sepanjang zaman, menyuluh jalan generasi hadapan, untuk kembali ke pangkuan Tuhan, menuju alam akhirat yang dijanjikan.

Bahagan 1: Tokoh Intelektual
Bab 1: Mohammad Iqbal
Bab 2: Badi’uzzaman Sa’id Nursi
Bab 3: Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba)
Bab 4: Mustafa as-Siba’i
Bab 5: Sayyid Sabiq
Bab 6: Ahmad Deedat
Bab 7: Fazlur Rahman
Bab 8: Ismail Raji al-Faruqi
Bab 9: Zulkifli Muhammad
Bab 10: Kalim Siddiqui
Bab 11: Syed Muhammad Naquib al-Attas
Bab 12: Malik Babiki Badri
Bab 13: Fathi Yakan
Bab 14: Syed Hossein Nasr
Bab 15: Adnan Oktar (Harun Yahya)
Bab 16: Zakir Naik

Bahagian 2: Tokoh Ulama       
Bab 17: Idris al-Marbawi
Bab 18: Syed Abu A’la al-Mawdudi
Bab 19: Malik bin Nabi
Bab 20: Abdul Qadir Audah
Bab 21: Haji Abdul Malik Karim Amrullah       
Bab 22: Muhammad al-Ghazali
Bab 23: Syeikh Mutawalli Sya’rawi
Bab 24: Mustafa Masyhur
Bab 25: Sa’id Hawa
Bab 26: Abdullah Nasih Ulwan
Bab 27: Yusuf al-Qardhawi
Bab 28: Nik Abdul Aziz Nik Mat
Bab 29: Haron Din   

Bahagian 3: Tokoh Pejuang Agama
Bab 30: Umar al-Mukhtar
Bab 31: Muhammad Yusof Ahmad
Bab 32: Izzuddin al-Qassam
Bab 33: Ruhollah Khomeini
Bab 34: Hasan al-Banna
Bab 35: Syed Qutb
Bab 36: Umar al-Tilmisani
Bab 37: Zainab al-Ghazali
Bab 38: Abdullah Azzam
Bab 39: Ahmad Yassin
Bab 40: Hassan Nasrallah
Bab 41: Sayyid Muqtada al-Sadr

Bahagian 4: Tokoh Politik
Bab 42: Muhammad Ali Jinnah
Bab 43: Muhammad Natsir
Bab 44: Burhanuddin al-Helmi
Bab 45: Necmettin Erbakan
Bab 46: Hasan Turabi
Bab 47: Amien Rais
Bab 48: Anwar Ibrahim
Bab 49: Recep Tayyip Erdogan
Bab 50: Ahmadinejad

Yusuf al-Qardhawi dilahirkan pada 9 September 1926 di desa Shafth Turaab, Mesir. Ayahnya meninggal dunia semasa beliau berusia dua tahun dan bapa saudaranya menjadi penjaganya selepas peninggalan ayahnya.

Pendidikan
Sebelum berusia 10 tahun, Yusuf berjaya menghafaz Quran. Beliau memperoleh pendidikan awal di Maahad Thanta dan Maahad Tsanawi. Beliau adalah lulusan Universiti al-Azhar dalam bidang Usuluddin. Selepas menamatkan ijazah sarjana muda beliau pada tahun 1952, beliau melanjutkan pengajian di universiti yang sama. Namun, beliau terpaksa meninggalkan Qatar pada tahun 1961 akibat tekanan pemerintah pada masa itu. Beliau memperoleh ijazah doktor falsafah pada tahun 1973. Semasa muda, beliau menjadi pengikut Imam Hasan al-Banna dan ahli gerakan Ikhwanul Muslimin. Beliau pernah dipenjara ketika berusia 23 tahun iaitu pada 1949 oleh pemerintah Mesir dan tiga kali lagi selepas penerbitan karya beliau, Antara Ulama dan Penjahat pada tahun 1956.

Pendidik
Yusuf adalah khatib dan pendidik. Beliau diberi kepercayaan bekerja di Kementerian Hal Ehwal Agama Mesir. Beliau diberi kepercayaan memegang jawatan Dekan di Fakulti Syariah, Universiti Qatar yang beliau sendiri bangunkan. Beliau juga adalah Pengarah, Pusat Kajian Sunnah dan Sejarah di Universiti Qatar. Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi dan Ahli Majlis Akademik Sains Islam, Universiti al-Amir’ Abd al-Qadir, Algeria. Beliau juga dilantik menjadi Penasihat Hal Ehwal Islam kepada Kementerian Hal Ehwal Islam Algeria. Di Eropah, beliau memegang jawatan Ketua Majlis Penyelidikan dan Fatwa Eropah.

Cara Beli Buku Online

Hubungi Bookcafe

Newsletter

Bulk Order

Ain Mai

bookcafe footer