Penulis : Danial Zainal Abidin, Jumlah Muka surat : 268
Sinopsis
Buku ini ditunggu-tunggu kerana ia ditulis oleh seorang pengamal perubatan moden yang menerangkan bukti-bukti saintifik berkenaan amalan-amalan kesihatan Nabi Muhammad.
Dr. Danial membuktikan perubatan Islam secara saintifik dengan mengemukakan penemuan-penemuan sains semasa, baik yang dihasilkan oleh ahli-ahli sains Islam mahupun Barat, atas prinsip Islam menerima hikmah dan ilmu pengetahuan yang baik daripada mana-mana sumber.
Lazimnya buku-buku perubatan Islam ditulis oleh mereka yang lulus bidang pengajian Islam di mana buku-buku seperti itu hanya menerangkan ayat-ayat suci dan doa-doa. Faktor inilah yang menyebabkan individu-individu berpendidikan moden sangsi akan kemujaraban perubatan Islam. Mereka mahukan buku perubatan Islam yang berkomunikasi dengan mereka berdasarkan hujah-hujah rasional dan saintifik.
Doktor yang mengarang buku perubatan Islam tetapi tidak menerangkan ayat-ayat suci dan doa-doa, lazimnya karya seperti itu disangsikan oleh individu-individu yang berpendidikan aliran Islam kerana mereka meragui penguasaan ilmu agama si pengarang.
Karya Dr. Danial Zainal Abidin ini begitu meyakinkan kerana beliau fasih dalam bahasa Arab dan mempunyai pengetahuan agama yang mendalam.
Isi Kandungan
Prakata
1. Konsep Perubatan Islam 2. Makanan Halal dan Berkhasiat 3. Senaman dan Kesihatan Fizikal 4. Menjauhi Bahaya Rokok 5. Menjauhi Bahaya Pencemaran 6. Menjauhi Bahaya Televisyen 7. Tidur adalah Ibadah 8. Seks yang Halal adalah Ibadah 9. Menangani Stres 10. Penemuan Saintifik pada Bahaya Babi 11. Penemuan Embriologi dan Quran 12. Penemuan Saintifik Rahsia Lalat 13. Berbekam Masih Relevan? 14. Adakah Klon Halal? 15. Epilog