Dengan izin Allah, katak itu pun bersuara. �Wahai tuan hamba, apakah yang kamu fikirkan dengan ibadat yang baru setahun itu? Adakah tuan tahu, saya sudah tinggal di hutan ini lebih daripada 60 tahun? Adakah kamu mengira setahun itu sudah cukup bagi kamu mengatakan kamu sudah beriman kepada Allah?� Apakah yang berlaku seterusnya? Apakah yang menyebabkan pemuda itu insaf? Bagaimanakah seekor haiwan dapat mengajar manusia? Miliki buku kecil ini. Anda akan tahu kesudahannya. Di dalamnya juga terhimpun kisah-kisah manusia yang pernah melakukan kesilapan. Mereka tersilap kerana mereka terlupa, lalai atau jahil. Namun, mereka lekas bertaubat dengan memperbaiki kesilapan dan memohon ampun. Orang yang bertaubat mempunyai faedah yang banyak. Moga kita sama-sama menginsafinya. Selamat membaca! Muhd Nasruddin Dasuki adalah seorang penulis. Beliau banyak menghasilkan karya dalam bentuk novel dan cerpen. Beliau juga pernah menerima beberapa anugerah dalam bidang penulisan ini. Pengalaman sebagai wartawan dan editor banyak membantu beliau membuka perniagaan sendiri kini.