Seindah Senyuman: Kisah-kisah Nabi Muhammad Bersama Masyarakat
Penulis : Mohamad Asri Ahmad, Abdul Hakim Ahmad
Jumlah Muka surat : 176Sinopsis
Sejarah hidup Nabi Muhammad merentas setiap sudut kehidupan manusia. Cara hidup, pergaulan, cara bergurau, perkahwinan dan segala perlakuan insan istimewa ini menjadi sandaran dan contoh ikutan seluruh insan. Kehidupannya sama seperti kita manusia biasa. Ada suka dan duka. Ada luka dan nanah. Ada fitnah dan mehnah. Ada cemburu dan dusta. Semuanya tiada beza. Apa yang pasti, Nabi Muhammad itu utusan dan kekasih Allah
Berpaksikan kepada cinta kepada insan agung, Nabi Muhammad, maka lahirlah buku ini. Kisah-kisah sejarah kekasih Allah ini diadaptasikan sedemikian rupa bagi mengidolakan peribadi insan mulia ini. Bagai seorang kekasih yang asyik-maksyuk, penceritaannya mengimbau kehidupan masa kini. Kehidupannya sama seperti kita manusia biasa. Ada suka dan duka. Ada luka dan nanah. Ada fitnah dan mehnah. Ada cemburu dan dusta. Semuanya tiada beza. Apa yang pasti, Muhammad itu adalah utusan dan kekasih Allah.
Sejarah hidup beliau merentas setiap sudut kehidupan manusia. Cara hidup, pergaulan, cara bergurau, perkahwinan dan segala perlakuan insan istimewa ini menjadi sandaran dan contoh ikutan seluruh insan. Hanya yang tidak mengenal erti kebenaran sahaja takut dengan bayang-bayang sendiri apabila disebutkan nama Muhammad di hadapan mereka. Kepimpinan dan kehambaan insan yang bernama Muhammad ini bukan sahaja dijadikan sumber kajian, malah diteladani dan dihayati sepenuhnya oleh manusia yang tidak seagama dengan beliau.
Maka buku yang sedang anda tatap adalah usaha kecil penulis mendaulatkan kembali keagungan Islam yang pernah memerintah 3/4 daripada dunia.PTS Publications & Distributors Sdn BhdNo posts found
New post
Bestsellers
Categories

