Loading...

Islamic Law


Apa Itu Islam?

: 9789675137013

RM23.00   RM19.55
-15%
In stock
PTS Islamika

"Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya."

Islam tidak terbatas kepada Rukun Islam dan ibadah rutin sahaja sepertimana yang difahami oleh sebilangan manusia. Ia sebenarnya lebih luas. Di dalamnya terkandung ilmu akidah, konsep kehidupan di dunia dan akhirat, syariat, syiar, akhlak dan pelbagai lagi bidang ilmu yang berkaitan dengan kehidupan individu.

Bagaimanakah menjadi Muslim yang sempurna di sisi Allah? Meyakini Islam sebagai akidah yang benar, mengamalkan syariat Islam yang betul dan menghiasi diri dengan akhlak yang baik. Sukarkah melakukannya? Benarkah sukar menjadi hamba Tuhan?

Buku di tangan anda ini merungkai persoalan ini. Anda mendapat gambaran tentang Islam secara menyeluruh apabila membacanya. Menyajikan pemahaman yang komprehensif dan mencakupi segala aspek kehidupan manusia. Buku ini patut dimiliki dan dibaca oleh sesiapa sahaja sebagai panduan dalam kehidupan, menuntun ke arah mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

10 days

Islam Yang Mudah

: 978-983-192-235-4

Out-of-stock
RM27.00   RM22.95
-15%
PTS Islamika

Buku ini memilih bagi membincangkan tiga isu praktikal yang berlaku dalam masyarakat. Isu Hubungan Silang Jantina dalam masyarakat. Isu Hubungan Silang Agama dalam masyarakat dan Isu Hubungan Silang Mazhab dalam masyarakat. Ketiga-tiga isu ini dibincangkan secara ringkas dengan mengemukakan hujah, sama ada ayat al-Quran, hadis ataupun hujah syarak lain. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan tidak terlalu terikat dengan laras bahasa fikah klasik.

Dalam banyak su, hukum yang menjadi khilaf (perselisihan) pendapat mazhab alam buku ini mengemukakan tarjih atau pendapat pilihan sebagai bantuan kepada pembaca bagi memilih pendapat yang sepatutnya diamalkan. Namun, tarjih ini bukan bersifat fatwa. Ia hanya tarjih yang dibuat berdasarkan pendapat yang lebih kuat hujahnya ataupun pendapat yang lebih mampu menjana maslahat, menyelesaikan masalah dan sesuai dengan keadaan semasa, sekalipun mungkin pendapat itu pendapat yang terpencil dan dianggap lemah.

Perbincangan mengenai ketiga-tiga isu ini adalah relevan kerana ia melibatkan isu yang dihadapi oleh semua individu dalam masyarakat, sama ada dia seorang Islam atau bukan Islam. Semua yang membaca buku ini akan merasainya, walau pun tidak semua, tetapi sebahagian besar persoalan yang selalu menerjah benak kita
mengenai ketiga-tiga isu ini dijawab buku ini.

Dalam isu Hubungan Silang Jantina, bahagian ini menjelaskan konsep aurat, batas-batas aurat yang berlainan jantina, sejantina, aurat antara keluarga mahram dan keluarga bukan mahram, aurat anak-kanak dan wanita warga tua. Perkara yang menarik, buku ini membincangkan berkenaan aurat silang jantina antara keluarga
bukan mahram, yang dapat dikatakan tidak pernah disentuh secara langsung oleh mana-mana penulisan dalam bahasa melayu. Isu aurat silang jantina keluarga bukan mahram adalah isu yang jarang dan kurang diambil perhatian oleh masyarakat.

Isu aurat pandang dan aurat sentuh adalah satu lagi isu yang jarang disebut dalam masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Masyarakat mungkin sensitif isu pendedahan aurat, tetapi isu memandang dan menyentuh anggota aurat kurang diambil serius. Buku ini membincangkan hukum masalah ini dengan jelas, termasuk hukum melihat adegan-adegan seks. Isu tabarruj pula asing bagi masyarakat Islam di Malaysia, malah istilah tabarruj itu sendiri tidak pernah diketahui ataupun didengar oleh majoriti wanita Islam, sedangkan hukum haram bertabarruj jelas dinyatakan dalam al-Quran. Dalam era kemunculan pereka-pereka fesyen busana muslimah yang tumbuh seperti cendawan di musim hujan ini, isu tabarruj penting difahami oleh wanita Islam supaya mereka tidak terjebak ke dalam dunia tabarruj yang nyata melanggar larangan Allah.

Pergaulan silang jantina dalam masyarakat hari ini sebenarnya melampaui batasan. Anak-anak muda dan dewasa juga terlibat. Kesan buruk daripada pergaulan bebas ini ditandai oleh hubungan-hubungan sumbang mahram dan perlakuan zina yang berleluasa dalam masyarakat. Bertepuk tampar antara jantina yang berlawanan sudah menjadi perkara yang terlalu biasa. Ia seolah-olah bukan satu dosa lagi. Siapa pun tidak mampu menafikan hakikat ini. Punca terbesar gejala negatif ini adalah kurang pengetahuan mengenai isu pergaulan silang jantina, ajnabi ataupun mahram. Ramai yang kurang jelas dimanakah sebenarnya batas pergaulan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan Islam. Di samping itu, terdapat juga golongan yang sempit pendiriannya mengenai isu pergaulan. Buku ini menjelaskan isu ini dalam kadar yang mencukupi bagi panduan dalam pergaulan silang jantina dalam masyarakat.

Isu berkaitan hubungan silang agama dalam masyarakat adalah isu semasa yang penting dan relevan dibincangkan. Banyak soalan-soalan yang ditimbulkan disebabkan oleh kekeliruan tentang isu pergaulan silang agama dalam masyarakat. Bahagian ini menjelaskan isu-isu penting mengenai silang agama iaitu hukum
asal hubungan antara orang Islam dan bukan Islam. Ia menjelaskan hak dan kewajipan imbal balik antara orang Islam dan bukan Islam. Diperjelaskan juga pandangan Islam mengenai isu-isu kejiranan, perkahwinan, berkongsi hari raya, kediaman setempat dan serumah antara orang Islam dan bukan Islam. Bahagian ini juga menjawab soalan-soalan mengenai hukum orang Islam mendoakan orang bukan Islam, menggunakan perkakas orang bukan Islam, memakan binatang sembelihan bukan Islam dan hukum orang bukan Islam memakan daging akikah dan korban orang Islam.

Selain itu, isu terikat dengan mazhab fekah tertentu juga ketara dalam masyarakat Islam. Di Malaysia, majoriti umat Islam terikat dengan mazhab Syafi`ie. Keterikatan dengan pandapat satu mazhab ini menimbulkan perkara negatif dalam masyarakat. Buku ini berusaha menjelaskan kepada pembaca isu hubungan silang mazhab
dengan menjelaskan sebab kemunculan mazhab-mazhab dalam Islam. Ia adalah perkara tabi`ie yang tidak sepatutnya menjadi punca perpecahan, sebaliknya menjadi rahmat dan pengkayaan kepada fikah Islam.

Buku ini membimbing pembacanya membuat pendirian yang betul dalam menghadapi isu perselisihan pendapat antara mazhab. Begitu juga, ia mengenai adab dan akhlak muslim dalam mendepani isu khilaf mazhab. Buku ini memberitahu pembaca, dalam isu hubungan silang mazhab ada aliran dalam masyarakat yang mengajak kita bertaklid dengan satu mazhab sahaja dan menganggap menerima pendapat mazhab lain sebagai satu kesalahan. Ada pula aliran yang berkempen
mengajak masyarakat supaya tidak bermazhab, atas dasar tidak bermazhab adalah amalan para salafusoleh.

Buku ini menjelaskan, kedua-dua pendirian itu benar. Bertaklid dengan mazhab tertentu dibolehkan, malah dituntut bagi mereka yang ilmunya belum mencapai tahap yang boleh membuat tarjih. Tidak bermazhab dibolehkan bagi mereka yang ilmunya mencapai tahap ijtihad, bukan bagi semua orang. Malah, mujtahid tidak dibenarkan bertaklid (berpegang) dengan mazhab lain. Buku ini menambah pendirian ketiga yang boleh diambil iaitu; pendirian tidak terikat dengan satu mazhab sahaja. Pendirian ini boleh diambil oleh mereka yang ilmunya mencapai tahap tarjih yang mampu membuat pilihan antara pendapat mazhab, sama ada pilihan itu dibuat berdasarkan hujah yang kuat, pendapat yang mampu menjana maslahat ataupun menolak mudarat, pendapat yang sesuai dengan keadaan semasa ataupun mengemukakan pendapat lain dengan alasan dan hujah tersendiri.

Perkara yang menarik, penulisan buku ini mengambil pendekatan yang menepati tuntutan azimah dan rukhsah dalam melaksanakan hukum syarak. Azimah menuntut pelaksanaan hukum tanpa tolak ansur dalam apa keadaan sekalipun, susah ataupun senang, disukai ataupun dibenci, tiada sebarang keringanan. Rukhsah
membenarkan hukum syarak dilaksanakan dengan membuat pilihan melakukan yang lebih ringan. Memilih yang azimah sahaja bukan perlaksanaan hukum syarak paling sempurna. Memilih yang rukhsah sahaja bukan cara perlaksanaan hukum syarak yang betul. Yang betul dan sempurna adalah melaksanakan azimah pada tempatnya dan memilih rukhsah pada tempatnya. Inilah pendekatan buku ini.

Oleh itu, kadangkala pembaca merasakan pendirian buku ini agak ketat dan kadangkala pendiriannya agak ringan. Walau bagaimanapun, isu yang dibincangkan buku ini banyak membantu pembaca dalam memahami ketiga-tiga isu yang dibincangkan. Buku ini sesuai dibaca pelbagai peringkat usia dan status dalam masyarakat.

10 days

Mengurus Harta Pusaka

: : 978-967-369-046-6

RM23.50   RM19.97
-15%
In stock
Masalah pembahagian harta pusaka adalah salah satu daripada isu semasa dalam masyarakat yang sepatutnya diberikan perhatian oleh para pewaris yang terlibat.... More
10 days

Cara Beli Buku Online

Tawaran Harian Bookcafe

Tawaran Hujung Minggu

Promosi Haji

Zulkifli Abdullah

Zulkifli Abdullah (En. Zul)
Email :
zulkifli@pts.com.my
YM :
zul.malc@yahoo.com
HP :
016 - 6618 159

En. Husaini

Muhammad Husaini Senin (En. Husaini)
Email :
husaini@pts.com.my
HP :
 016 - 6615 262

Cik Diana

Nurdianah Bt Abdul Kadir Malim (Cik Diana)
Email :
diana@pts.com.my 
HP :
016 6611 972