Penulis : Abg. Saifuddin Abg. Bohari, Jumlah Muka surat : 196
Sinopsis
Cerita ini diolah berdasarkan kisah benar pejuang kemerdekaan di Sibu, Sarawak. Beliau adalah Rosli Dhoby. Semuanya bermula apabila Sarawak diserahkan kepada kerajaan Inggeris sebagai ‘Jajahan Mahkota’ pada 1 Julai 1946.
Rakyat Sarawak bangun menentang sehingga lahirnya gerakan anti-cession. Rukun Tiga Belas ditubuhkan secara rahsia dengan diketuai oleh Awang Rambli. Matlamat utama Rukun Tiga Belas adalah mencapai kemerdekaan dengan cara agresif memandangkan semua usaha cara baik yang dijalankan selama ini tidak membawa sebarang hasil. Rosli Dhoby dimaklumkan mengenai pergerakan rahsia itu oleh Bujang Suntong. Awang Rambli memujuk Rosli Dhoby melaksnakan satu tanggungjawab iaitu membunuh Gabenor Sarawak iaitu Sir Duncan George Stewart semasa lawatannya ke Sibu. Akhirnya, Rosli Dhoby dibantu Morshidi Sidek melaksanakan tugas itu dengan harapan pembunuhan itu membawa kepada kemerdekaan. Pada 3 Disember 1949, terjadilah peristiwa berdarah itu. Rentetan pembunuhan itu, Rosli Dhoby, Morshidi Sidek, Awang Rambli dan Bujong Suntong dihukum gantung.