Anugerah Buat Ayah dan Ibu
Penulis : Hani Aliza Abdullah,
Jumlah Muka surat : 144 PagesSinopsis
Pengalaman peribadi ibu-ibu yang terkandung di dalam buku ini memberikan gambaran sebenar pahit manis kehamilan dan kelahiran. Di samping itu, pelbagai pengalaman sebenar kehamilan serta cabaran yang perlu sesetengah ibu bapa lalui menjadi inspirasi untuk bakal-bakal ibu yang mungkin menghadapinya.
Buku ini mengumpulkan kisah-kisah anugerah Tuhan yang sangat tidak ternilai kepada hamba-hambanya iaitu anak. Buku yang bertajuk Anugerah Buat Ayah dan Ibu ini mengumpulkan di antaranya cerita dan pengalaman peribadi ataupun yang tersayang oleh ahli-ahli kumpulan Ummiku Sayang. Di antaranya adalah kisah mengenai seorang ibu yang mendapati dirinya hamil selepas hanya empat bulan melahirkan anak sulung, kisah-kisah pengalaman ibu yang hamil dan segala komplikasi yang terpaksa dihadapi demi melihat dan mencurah kasih kepada bayi lambang cinta ibu dan ayah yang bakal dilahirkan.
Juga kisah pengalaman seorang ayah yang mendapat anak yang pertama, di mana dalam keghairahan menerima cahaya mata, si ayah juga perlu mula memikirkan mengenai peranannya sebagai ayah dan merancang masa depan permata hatinya. Tersemat juga bagaimana perasaan ibu yang menanti kelahiran seorang putera tetapi hasrat belum kesampaian, serta susah payah ibu melahirkan secara pembedahan.
Tidak ketinggalan, buku ini turut memuatkan pelbagai panduan bagi membantu para ibu bagi melayari keindahan kehamilan dan kelahiran dengan mudah dan jayanya.
Kelahiran adalah seperti suatu keajaiban dan segala pengalaman keajaiban dan kehalusan perasaan yang beserta dengan kehadiran cahaya mata ini yang dapat dikompilasikan, kita kongsi bersama melalui buku ini.Isi Kandungan
Prakata
Setulus Kasih
Bahagian 1
Kehamilan dan Cabarannya
Bab 1 Bukti Cinta Kita
Cerita 1: Antara Doa dan Harapan
Cerita 2: Rezeki Darinya Jua
Cerita 3: Inilah Takdirku
Cerita 4: Dugong Berjaya Jua
Bab 2 Kau yang Istimewa
Cerita 5: Keajaiban Kekuasaan Yang Esa
Cerita 6: Debaran dalam Penantian
Kembar Tiga
Cerita 7: Akhirnya Kesampaian
Bintang Digamit
Bab 3 Sayang Hanya Dikau
Cerita 8: Dalam Sendu Aku Reda
Cerita 9: Tidakku Duga Kau Pergi Jua
Cerita 10: Hanya Sementara...
Cerita 11: Pasrah Merinduimu
Cerita 12: Patah Tumbuh Hilang Berganti
Cerita 13: Menanti di Pintu Syurga
Tip Ringkas untuk Ummi Tersayang
Pemakanan Ibu Menjamin Kesihatan Anak
Bahagian 2
Kelahiran yang Dinanti-nantikan
Bab 4 Pengorbananku Hanya Untukmu
Cerita 14: Badai Melanda, Kuharungi Jua
Cerita 15: Uri Melekat!
Cerita 16: Suka dalam Duka
Cerita 17: Tidak Sabar Bertemu Bonda
Cerita 18: Hanya untuk Seketika
Bab 5 Hari Ini dalam Sejarah
Cerita 19: Ghairah Anak Pertama
Cerita 20: Bilakah Kita akan Bersua?
Cerita 21: Buat Ketiga Kali
Cerita 22: Khasiat Berharga
Akar Siti Fatimah
Tip Ringkas untuk Ummi Tersayang
Tanda-tanda Anda Sudah Bersedia
untuk Bersalin
Bahagian 3
Potpuri Kehidupan Ibu
Bab 6 Dari Hati Kecil Ibu
Cerita 23: Pahlawan Cilik yang Pintar
Cerita 24: Deritamu Deritaku Jua
Cerita 25: Dekat Tetapi Jauh
Cerita 26: Tolong... Hendak Pakai Apa?
Tip Ringkas untuk Ummi Tersayang
Petua untuk Menyelesaikan Masalah
Kaum IbuPTS Millennia Sdn BhdNo posts found
New post
Bestsellers
Categories

