Menjadi Ibu Bapa Genius Petua Luqman al-Hakim
Penulis : Syarif Hade Masyah
Jumlah Muka surat : 176"Selesai sahaja saya membaca buku ini, seolah-olah saya berada di sebuah kompleks perniagaan 'Mega Mall Luqman Al-Hakim'. Ungkapan dan nasihat Luqman disusun indah oleh penulis seperti susunan perhiasan kompleks dan barangan jualan yang merambangkan mata untuk saya membelinya. Semuanya berkualiti dan rugi sekiranya tidak diambil dan mengamalkannya. Buku ini juga memberikan jawapan kepada saya mengenai Al-Hakim'nya Luqman ini." -Pak Utih, Jurulatih Program Mahligai Kasih di Malaysia dan Singapura.
Anak-anak adalah permata hati yang menyerikan mahligai kasih bahagia. Lahirnya mereka daripada ketulusan dua hati yang berkasih dan ditaut dengan ikatan perkahwinan Detik-detik nan indah tergambar di wajah si ibu dan si ayah ketika menyambut kelahiran yang tersayang ke dunia. Terasa lengkap kehidupan ini dengan kehadiran mereka.
Namun begitu, berapa ramaikah di antara kita yang sudah memampatkan ilmu keibubapaan demi mendidik anak-anak tersayang? Kita pasti, ramai ibubapa yang tercari-cari modul yang efektif dan sesuai untuk mendidik si permata hati. Niatnya hanya satu, agar si anak membesar dengan sempurna dari segenap sudut; fizikal dan juga spiritual.
Luqman Hakim adalah seorang tokoh yang diberikan 'hikmah' oleh Tuhan. Hikmah; iaitu ketepatan dalam berbicara, ketepatan dalam berfikir dan ketepatan dalam bertindak. Keistimewaan dan ketokohannya sentiasa meniti di bibir zaman berzaman. Dari pembesar negara sehinggalah kepada orang biasa-biasa.
Luqman seorang ayah yang penyayang dan bijak. Ketokohannya terserlah dalam mendidik si permata hati. Beliau melihat anaknya dengan pandangan yang penuh kasih sayang. Semua itu dilakukannya supaya si anak tidak jatuh ke dalam jurang kesesatan dan penyelewengan. Luqman selalu menasihati puteranya dengan nasihat yang berstrukturkan integrasi dan antisipasi. Percikan kata-katanya yang penuh hikmah meluncur dari lubuk hatinya menuju ke hati insan yang dinasihati. Ini merupakan sebuah nasihat dari hati ke hati. Tidak ada penjelasan yang boleh menandingi gaya bahasa berhikmah yang dimodifikasi oleh Quran. Akal juga tunduk pada keindahan gaya bahasa yang susunannya diperindahkan oleh Quran. Sebuah gaya bahasa artistik yang patut direnungkan dan diambil pengajaran.
Antara kelebihan yang pasti anda dapati dalam buku ini adalah:
Siapakah Luqman Hakim sebenar? Nabi atau pun orang bijak? Atau hanya sekadar “watak” yang digambarkan di dalam Quran? Kontroversi di kalangan ulama salaf ini mengundang pelbagai pendapat dan pandangan.
Bagaimana Luqman Hakim mendidik anak? Dengan panggilan yang penuh kasih sayang, untaian nasihat yang penuh hikmah, lontaran analogi bagi membimbing anak untuk berfikir, Luqman Hakim bijak mengatur kata-kata dalam membangunkan kefahaman dan jiwa si permata hati.
Isi Kandungan
Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini?
Isi Kandungan
Kata Pengantar
Pendahuluan
Luqman Al-Hakim di dalam Quran dan Hadis
Luqman Al-Hakim di dalam Quran
Luqman Al-Hakim di dalam Hadis
Identiti dan Biografi Luqman Al-Hakim
Nama, Keturunan dan Nama Julukan Luqman Al-Hakim
Masa Hidup Luqman Al-Hakim
Tempat Lahir dan Kewafatan Luqman Al-Hakim
Kerjaya Luqman Al-Hakim
Ciri-ciri Fizikal Luqman Al-Hakim
Identiti Luqman Al-Hakim
Mengenali Luqman Al-Hakim dengan Lebih Dekat
Luqman Al-Hakim: Tokoh Sebenar Bukan Tokoh Fiksyen
Luqman Al-Hakim: Nabi ataupun Orang Bijak?
Kejadian-kejadian Menonjol Sepanjang Hidup
Luqman Al-Hakim
Pertanyaan-pertanyaan yang Dijawab oleh
Luqman Al-Hakim
Berdialog dengan Luqman Al-Hakim
Rahsia Luqman Al-Hakim dalam Mendidik Anak
Kehidupan Berkeluarga Luqman Al-Hakim
Nasihat Luqman Al-Hakim kepada Anaknya
Hikmah-hikmah Luqman yang Ditujukan
untuk Puteranya
Hikmah-hikmah Luqman Al-Hakim
Hikmah Luqman Hakim Mengenai Kesihatan
Penterjemahan Hikmah Luqman Al-Hakim dalam
Bahasa Lain
Hikmah Luqman Al-Hakim dalam Tujuan Umum
Syair Berkenaan Nasihat Luqman Al-Hakim
BibliografiPTS Millennia Sdn Bhd
12-11-2007, 01.55 PMNew post
Bestsellers
Categories
