Loading...

Promosi Baca@Ramadan

Wakaf Buku

Bidadari Paderi

View larger image

: 978-983-3892-24-2

Old price: RM24.50  

Price: RM20.82

You save: RM3.68 (15%)
-15%

In stock

2 points

Jauhari, lahir dalam masyarakat Minangkabau yang kuat memegang adat sewaktu berkembangnya gerakan Ulama dalam tempoh masa 1800-1830an. Sebagai ketua gerakan Ulama yang bermimpi membangun masa depannya, dia bernikah dengan Nilam, seorang guru mengaji yang dikaguminya. Namun, mimpi itu menjadi mimpi ngeri kerana satu kumpulan jahat yang menyebabkannya diusir keluar dari kampung.

 

Kisah seorang anak muda yang terpaksa menjalani kehidupan dengan pelbagai dugaan. Sejak kecilnya, Jauhar kehilangan kedua orang tuanya yang menjadi mangsa ketidakpuasan hati penduduk kampung apabila ayahnya menyertai Ulama. Baginya kehidupan perlu diteruskan. Dia mahu membalas budi baik datuk dan neneknya dengan menjual kayu bakar demi memperoleh pendapatan bagi sesuap nasi di samping menjaga mereka dengan baik. Kehidupan mereka sederhana sahaja.

Namun, jauh di sudut hatinya, dia terpikat pada gadis bernama Nilam. Seorang gadis kaya-raya dan berasal daripada keturunan yang baik. Perasaan itu hanya disimpan dalam hati kerana menyedari dia dan Nilam umpama langit dengan bumi.

Jauhar memang pandai mempertahankan diri hinggakan Imam Mudo menasihatkannya supaya menyertai Ulama bagi mempertahankan negeri daripada serangan Belanda yang semakin hampir dengan kampung mereka. Namun, Jauhar tidak bersetuju kerana mahu menjaga kedua datuk dan neneknya terlebih dahulu. Oleh kerana Jauhar adalah pemuda yang disanjungi gurunya iaitu Imam Mudo, bapa saudara kepada Nilam, maka ramai pemuda lain iri hati dengannya. Pelbagai cara dilakukan Bujang dan konco-konconya bagi menyakiti Jauhar supaya tidak dapat memiliki Nilam hingga mereka terpaksa bermandi darah. Akibat daripada pertelagahan, Jauhar dituduh membunuh Bujang hingga dia dijatuhi hukuman dibuang negeri dan tidak dibenarkan pulang ke kampung.

Dugaan demi dugaan dihadapi dan kali ini paling memeritkan. Jauhar dituduh mengedar ganja dan ditangkap kerana membawa ganja kering di pelana kudanya ketika menuju ke Payakumbuh. Niatnya yang baik mahu membantu Manjo yang bermasalah dan keluarganya itu daripada ancaman Pendekar Hitam akhirnya memerangkap dirinya sendiri. Hukumannya itu membawa Jauhar ke tali gantung. Di samping itu, berita ini diketahui Imam Mudo dan tanpa usul siasat terus membatalkan perancangan mahu menikahkan Nilam dengan Jauhar. Jauhar dibebaskan saat-saat akhir oleh keterangan Manjo yang kelihatan tidak berdaya kerana diseksa oleh Pendekar Hitam.

Selepas kematian Rafiah, isteri Jauhar ke tangan Belanda kerana berbakti mempertahankan negara bersama-sama ayah dan ibunya, Jauhar hanya berserah atas pemergian isteri bersama-sama kandungannya. Namun, Nilam juga bersendirian apabila tunangnya Salim ditimpa bencana selepas memakan pisang goreng yang diletakkan racun oleh Johan kerana iri hati dan mahu memiliki Nilam. Jodoh Jauhar dan Nilam memang sudah ditentukan sejak awal. Hasan dan Husein adalah cahaya mata pasangan ini.
Johan menjadi tali barut Belanda apabila mengkhianati penduduk kampung dengan membuka jalan kepada musuh. Di samping itu angkara iri hati kerana tidak dapat memiliki Nilam, Hasan menjadi korban dan si ibu tidak dapat melawan nafsu amarah dengan kehilangan putera yang dikasihinya. Dengan tidak menggunakan kewarasan akal, Nilam memberanikan diri berhadapan dengan Johan yang ketika itu dia sudah dikelilingi tentera Belanda. Dendam membara tidak kira masa, Nilam akhirnya terkorban.

“Bererti orang Ulama kalah, Gaek?” tanya Husain. “Jadi sia-sia ayah dan ummi meninggal?”

“Tidak, nak. Ayah dan ummimu tidak meninggal secara sia-sia. Insya-Allah mereka mati syahid. Ulama tak mati. Mereka akan terus hidup di hati kita. Kamu, Husain, hendaklah terus berjuang. Teruskan perjuangan ayah, ummi, dan datukmu. Ulama tak mati, nak. Asal kamu menghidupkan mereka di hatimu.”