Kalimah Cinta Suci
APAKAH makna sebenar sebuah CINTA? Persoalan itu sering singgah mengetuk pintu hati. Hisham Izzudin yang keliru. Antara kasih suci terhadap Nur Aisyah dan egonya ingin memiliki hati Suhailah. Kerana keliru itu juga dia diterjah pada kemelut yang menggugah rasa. Kalau benar Suhailah yang di hati, wajarkah pula dia mengkhianati sesucinya kasih Nur Aisyah?
Lalu… setelah kata putus diucap, Nur Aisyah kembali mencari cinta sejati. Air mata menjadi saksi dalam pencarian. Melepaskan Hisham Izzudin tidak kan sekali-kali menutup pintu hati. Cinta yang datang sekali itu lebih indah dan hakiki. Itulah cinta sebenar yang dicari-cari. Dia kembali mendakap cinta itu dalam senyuman dan air mata.
Walau ada hati yang pernah terluka. Walau butir air mata tidak sempat diseka. Perjalanan hidup mesti diteruskan. Wajarkah kecewa dan penyesalan menguburkan segala yang dicita? Lalu… di manakah noktahnya sebuah impian? Persoalan cinta yang sungguh abstrak… Jawapannya ditemukan dalam pencarian mereka meniti titian cinta suci.
PTS Millennia Sdn BhdNo posts found
New post
Bestsellers
Categories

