PSQ; Rahsia Personaliti Unggul membongkar rahsia kecemerlangan individu yang digelar personaliti unggul dalam sejarah. Menggunakan gabungan pendekatan psikologi dan spiritual, penulis mendedahkan satu per satu rahsia personaliti unggul. Di sinilah terbongkarnya rahsia permulaan kajian psikologi personaliti, maklumat personaliti daripada perspektif Islam, konsep perubahan secara holistik dan rahsia personaliti terhebat sepanjang zaman.
Penghargaan
Prakata
Pengenalan
Manusia dan Personaliti
Psikologi Spiritual
BAB 1 : Apa Itu Personaliti?
Salah Faham Terhadap Personaliti
Teori-teori Personaliti Utama
Kajian Terhadap Personaliti
BAB 2 : Psikologi Personaliti: Bagaimana
Ia Bermula?
Bapa Psikologi Personaliti
Revolusi Teori Personaliti
Personaliti Barat dari Kaca Mata Timur
BAB 3 : Personaliti daripada Perspektif Islam
Integrasi Psikologi dan Islam
Sumber Psikologi Personaliti dalam Islam
BAB 4 : Keajaiban Personaliti Manusia
Umar Khattab: Daripada Zalim kepada Alim
Al-Ghazali: Perjalanan Mencari Hidayah
BAB 5 : Iman dan Personaliti
Barat Akhirnya Akui Keperluan Spiritual
Iman Merangsang Tingkah Laku Positif
BAB 6 : Konsep Manusia dalam Quran
Roh dan Jasad
Akal
Jiwa dan Nafsu
Peringkat-Peringkat Psiko-Spiritual
Matlamat Penciptaan Manusia
BAB 7 : Bolehkah Kita Mengubah Diri?
Mengapa Sering Gagal Ubah Haluan Hidup?
Faktor Pembentukan
Faktor Pencetus
Faktor Perubahan
Faktor Penguat
BAB 8 : Pembentukan Personaliti Manusia
Setiap Manusia adalah Unik
Dicampak ke Darat Menjadi Permata, Dicampak
ke Laut Menjadi Pulau
Kita Mempunyai Pilihan
BAB 9 : Arah Tuju Hidup
Kepentingan Misi Hidup
Kenderaan Menuju Matlamat
Ibadat yang Utama
Hubungan Hala Tuju dan Usaha
BAB 10 : Mengubah Apa yangAda dalam Diri
Jihad: Kuasa Dalaman yang Luar Biasa
Bukti Kehebatan Semangat Jihad
BAB 11 : Takwa
Takwa Merintis Keadilan
Takwa Membuka Jalan Keluar
Syarat Mencapai Ketakwaan
BAB 12 : Perspektif Baru dalam Hidup
Hubungan Sikap dan Tingkah Laku
Perbezaan Personaliti
BAB 13 : Jenis Personaliti
Personaliti ‘Pemikir’
Personaliti ‘Pencinta’
Personaliti ‘Pendamai’
Kedinamikan Personaliti
BAB 14 : Mengenal Jenis Personaliti Saudara
Nora yang Memendam Perasaan
Fauzi Si Pembela
Amin yang Suka Mengelak
Saudara yang Mana Satu?
BAB 15 : Memulakan Perubahan
Peringkat Personaliti Asas
Peringkat Personaliti Khusus
Peringkat Personaliti Lonjakan
Peringkat Personaliti Cemerlang
Peringkat Personaliti Unggul
BAB 16 : Keperluan dan Keutamaan Hidup
Perbezaan Hierarki Keperluan Maslow dan Keperluan Islam
BAB 17 : Daripada Tahu kepada Mahu
Keseimbangan antara Ilmu, Iman dan Amal
BAB 18 : Merancang Hidup Berdasar
Kekuatan Diri
Tujuh Kecerdasan Manusia
Proses Menuju Matlamat
BAB 19 : Pengajaran dari Alam
Kepayahan Si Rama-Rama
Nilai Berlian
Pokok yang Rendang
Dosa dan Kesannya
BAB 20 : Halangan-halangan Kejayaan
Dua Jenis Dosa
Punca-punca Dosa
Cara Menghindari Dosa
BAB 21 : Aplikasi Personaliti Unggul
Rahsia A-B-C di Tempat Kerja
Rumahku Syurgaku
BAB 22 : Bergaul dengan Sesiapa Sahaja
10 Tip Memudahkan Pergaulan
BAB 23 : Petua Supaya Disenangi
BAB 24 : Personaliti Unggul Muhammad
bin Abdullah
Kelahiran yang Membawa Rahmat ke Seluruh Alam
Dilindungi daripada Sikap Materialistik
Muhammad Sebagai Suami
Muhammad Sebagai Bapa
Muhammad Sebagai General Tentera
Muhammad Sebagai Ketua Negara
BAB 25 : Pelan Strategik Untuk Berubah
Proses Mengenali Fitrah
Proses Mengenali Diri dan Orang Lain
Senarai Semak Tindakan Pembaharuan Diri
Bibliografi
Biodata Penulis
Manusia dan Personaliti
Sesungguhnya personaliti manusia adalah ciptaan Tuhan yang maha kompleks. Ia adalah salah satu rahsia dan keistimewaan yang dianugerahkannya kepada manusia bertujuan untuk membuatkan kita berfikir. Hanya manusia yang mahu memahami dirinya akan memahami hikmah dan hakikat kehidupan di alam maya ini. Suatu perkara yang mudah tetapi ramai yang tidak melakukannya.
Ayat-ayat di dalam Quran menegaskan bahawa sesuatu yang menimpa manusia adalah berpunca daripada diri sendiri, dengan izin Allah. Jika kita mahu berjaya, ia bergantung kepada diri sendiri. Jika kita gagal juga, ia bergantung kepada diri sendiri. Pendek kata, manusialah yang membuat pilihan di dalam hidupnya. Pilihan itu dipulangkan semula kepada kita sebagai makhluk yang boleh berfikir.
Justeru, manusia perlu mengenali ‘diri’ sendiri. Manusia perlu berusaha mengubah ‘diri’ sendiri. Akhirnya, manusia akan mengakui yang ia berupaya memilih untuk berjaya. Semuanya bergantung kepada diri sendiri.
Psikologi Spiritual
Ilmu bagi mengenali diri terkandung dalam bidang psikologi. Namun, ilmu psikologi sahaja belum memadai bagi mengorek rahsia penciptaan manusia jika tidak disuluh dengan ilmu wahyu yang berasal dari Quran. Ilmu wahyu dapat menerobos sempadan spiritual, bukan sekadar di peringkat fizikal ataupun biologi sebagaimana disiplin ilmu psikologi fundamental.
‘PSQ’ adalah satu pendekatan yang dibawa melalui buku ini bagi memperkenalkan semula diri manusia daripada sudut spiritual, dengan menekankan kepada beberapa konsep asas manusia seperti jiwa, nafsu dan fitrah. Pendekatan ‘PSQ’ juga menjelaskan hubung kait antara manusia dan hubungan manusia dengan penciptanya. Oleh kerana personaliti manusia bukan sahaja bergantung kepada persepsi diri tetapi juga bergantung kepada persepsi orang lain, maka bagi mencapai personaliti yang unggul, Quran menurunkan panduan bermasyarakat.
Panduan bermasyarakat ini turut dimuatkan di dalam buku ini sebagai pelengkap kepada pelan merekayasa diri. Walau apa pun nama pendekatan yang diberikan, yang utamanya adalah untuk kembali kepada asas, siapa diri kita di sisi Pencipta?

Bestsellers
Information
Categories
Hubungi Staf Bookcafe (Isnin - Jumaat : 9.00 Pagi - 5.45 Petang)
|
Zulkifli Abdullah (En. Zul)
Email : zulkifli@pts.com.my YM : zul.malc@yahoo.com HP : 016 - 6618 159 |
Muhammad Husaini Senin (En. Husaini)
Email : husaini@pts.com.my HP :
016 - 6615 262
|
Nurdianah Bt Abdul Kadir Malim (Cik Diana)
Email : diana@pts.com.my HP : 016 6611 972
|







