Tentu Anda Ingin Tahu
- Bagaimana individu biasa yang mempunyai pendapatan biasa-biasa sahaja mampu menjadi jutawan?
- Rahsia pengurusan kewangan peribadiu bagi menghasilkan simpanan bernilai jutaan ringgit pada waktu yang paling sesuai.
- Panduan pelaburan yang murah, mudah dan menguntungkan.
Buku ini ada jawapannya
Penghargaan
Prakata
Fasa Pertama
MENGKAYAKAN DIRI
Kaya Hak Kita
Makna Kaya
Kaya Jiwa
Jangan Terkeliru
Strata Kehidupan
Angin Perubahan
Fasa Kedua
MENGKAYAKAN ILMU
Ilmu Kaya
Penampilan Diri
Konsisten
Sentiasa Memperbaiki
Peluang
Pemikiran Kreatif
Fasa Ketiga
MENGKAYAKAN WANG
Langkah Asas Menjadi Kaya
Sara Hidup
Simpanan daripada Pendapatan
Pendapatan RM2,000
Pendapatan RM5,000
Pendapatan Sampingan Luar Jangka
Takdir
Hutang
Penjual Burger Jutawan
Usahawan Berpengetahuan
Sasaran
Berkongsi Jutawan
Fasa Keempat
MENGKAYAKAN HARI EMAS
Kesilapan Perlu Dielakkan
Bersara Jutawan
Disiplin Jutawan
Andalah Jutawan Itu
Apakah Perbezaan antara Menjadi Kaya dan Menjadi Miskin?
Bezanya, lebih baik kita menjadi seorang yang kaya daripada menjadi insan yang miskin. Terlalu banyak kebaikan yang dapat kita lakukan dengan kekayaan. Lebih baik kita mati sebagai orang kaya yang tidak menyusahkan orang lain daripada mati dalam kemiskinan yang terpaksa meninggalkan beban kos pengebumian sendiri kepada waris kita. Lebih baik bergaduh hal harta berjuta daripada hal sekeping roti kerana pastinya orang kaya masih mampu makan sedap dan memberi makan anak-anak namun masih tetap kaya. Hanya mungkin kurang kaya sedikit selepas membayar upah kepada peguam-peguam yang ada.
Jangan lupa orang kaya juga dapat membantu beratus orang miskin dan dengan izin Allah jua bertambah kayalah pahala orang kaya kerana tangan memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.
Apabila berpeluang menikmati kekayaan, jangan pula dilepaskan dan jangan sesekali menolak rezeki dan makna sebenar kekayaan. Hanya orang yang berputus asa, kecewa, dan kosong jiwa sahaja mengatakan kekayaan membawa bencana. Bukankah menjadi miskin bencananya menimpa lebih berganda. Jangan kita berputus asa, kecewa dan mengosongkan jiwa kita kerana semua orang berhak kaya dan berpotensi menjadi kaya. Bersama-samalah kita mencari ilmu dan berusaha menjadi kaya dan meletakkan kekayaan sebagai landasan supaya hidup bahagia dan senang di dunia dan akhirat.
Di samping itu, jangan kita sentiasa menentukan ukuran kekayaan itu daripada wang ringgit dan harta benda. Ukurlah daripada sudut yang lebih luas, universal, seperti daripada sudut keperibadian, kemasyarakatan, kebajikan, ketuhanan selain daripada kewangan.
Setiap orang mempunyai keupayaan menjadi kaya. Hanya pengukuran kekayaan kita yang berbeza-beza. Pekerja berpendapatan RM500 sebulan mengatakan “aku akan kaya” apabila mendapat pendapatan RM5,000 sebulan. Pekerja profesional berpendapatan RM5,000 sebulan berasa masih belum cukup kaya lagi dan menyatakan menjadi kaya apabila berpendapatan hingga RM15,000 sebulan. Peniaga yang meraih keuntungan RM15,000 sebulan berasa masih belum cukup kaya dan menetapkan sasaran mengiktiraf kaya hanya apabila dapat memperoleh pendapatan satu juta setahun. Tetapi yang peliknya, masih terdapat jutawan-jutawan yang belum mengiktiraf dirinya kaya-raya selagi belum bertaraf tinggi daripada jutawan kerana bagi mereka menjadi jutawan sahaja belum cukup.
Jangan lupa anak kita pada suatu hari akan mengatakan, “Abah, hari ini along kaya sebab along dapat RM5. Acik yang bagi.” Janganlah kita hairankan keadaan ini kerana pada tanggapan kanak-kanak yang masih mentah, kaya itu adalah memiliki lebih daripada apa yang dimiliki sebelumnya.
Lazimnya, kita menganggap kaya adalah sesuatu yang lebih daripada apa yang kita miliki semalam. Hari ini saya mempunyai wang seringgit dan lebih kaya daripada semalam kerana semalam saya mempunyai 50 sen. Dalam apa jua keadaan, tanggapannya masih berbentuk relatif. Pemilik rumah dua tingkat dianggap lebih kaya daripada pemilik rumah teres setingkat tetapi tidak cukup kaya apabila dibandingkan dengan pemilik rumah banglo. Begitu juga memiliki kereta mewah buatan Eropah jauh lebih kaya daripada pemilik kereta buatan Malaysia.

Bestsellers
Information
Categories
Hubungi Staf Bookcafe (Isnin - Jumaat : 9.00 Pagi - 5.45 Petang)
|
Zulkifli Abdullah (En. Zul)
Email : zulkifli@pts.com.my YM : zul.malc@yahoo.com HP : 016 - 6618 159 |
Muhammad Husaini Senin (En. Husaini)
Email : husaini@pts.com.my HP :
016 - 6615 262
|
Nurdianah Bt Abdul Kadir Malim (Cik Diana)
Email : diana@pts.com.my HP : 016 6611 972
|







