Penulis : Zulkifley Hamid, Abdullah Hassan, Jumlah Muka surat : 208 Pages
Sinopsis
Inilah buku yang dapat dijadikan rujukan asas dalam mempelajari ilmu psikolinguistik dan perlu dipunyai oleh semua pelajar, guru dan pensyarah bahasa Melayu.
Buku Aplikasi Psikolinguistik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa ini mengemukakan huraian pelbagai teori secara mendalam, khususnya teori-teori yang terdapat dalam disiplin ilmu psikolinguistik. Kandungan buku ini turut menyatakan secara jelas bagaimana teori-teori yang terdapat dalam disiplin psikolinguistik dapat diterapkan dalam pelbagai peringkat perancangan dan pelaksanaan program pendidikan bahasa.
Buku ini ditulis dalam enam belas bab. Bab pertama yang merupakan bab pengenalan memberikan takrif dan skop kajian bidang psikolinguistik. Bab ini juga menghuraikan bagaimana ilmu psikolinguistik dapat diaplikasikan dengan berkesan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Bab dua, tiga dan empat menghuraikan pelbagai aspek yang berkaitan dengan proses kefahaman atau pentafsiran makna. Bab dua menghuraikan tahap-tahap dalam pem-prosesan maklumat bahasa, termasuklah beberapa teori pem-prosesan maklumat.
Bab tiga memfokuskan penghuraian pada masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pendengar dan pembaca semasa memproses maklumat atau input bahasa. Bab empat pula membandingkan dua kaedah pemprosesan input bahasa, iaitu secara semantik dan pragmatik.
Bab kelima mengemukakan pandangan golongan behavioris dan mentalis dalam menghuraikan proses yang berlaku semasa kanak-kanak memperoleh bahasa pertama mereka. Bab keenam menghuraikan pandangan yang ter-kandung dalam hipotesis nurani, juga turut mengemukakan hujah-hujah dan bukti-bukti kajian yang menyokong hipotesis ini. Bab ketujuh pula mengemukakan pandangan golongan behavioris yang menolak hujah-hujah yang telah dikemukakan dalam hipotesis nurani.
Bab kelapan menghuraikan secara tuntas hubungan di antara teori-teori linguistik dan kaedah-kaedah pengajaran bahasa. Bab kesembilan menghuraikan Teori Pembelajaran Pelaziman, dan bagaimana teori ini dapat diterapkan dalam perancangan dan pelaksanaan program pendidikan bahasa. Bab kesepuluh pula menghuraikan Teori Pembelajaran Kognitif, dan bagaimana teori ini dapat diterapkan dengan berkesan dalam perancangan dan pelaksanaan program pendidikan bahasa, khususnya bahasa Melayu.
Bab kesebelas menghuraikan konsep kesahan psikologi, dan bagaimana konsep ini dapat diaplikasikan semasa kita merancang dan melaksana sesuatu program pengajaran dan pembelajaran bahasa. Bab kedua belas menghuraikan secara jelas perbezaan antara program pendidikan bahasa sebagai bahasa pertama dan program pendidikan bahasa sebagai bahasa kedua.
Bab ketiga belas khusus menghuraikan bagaimana hasil kajian dalam bidang psikolinguistik dapat diterapkan dalam program pendidikan bahasa peringkat awal. Bab keempat belas pula menghuraikan takrif, tujuan dan prinsip pendidikan pemulihan, khususnya pendidikan pemulihan bahasa.
Bab kelima belas menghuraikan aspek-aspek yang ber-kaitan dengan pendidikan bahasa Melayu sebagai bahasa asing, khususnya yang berkaitan bahan dan perkaedahan pengajaran. Bab yang keenam belas merupakan bab terakhir yang menghuraikan pelbagai isu dalam perancangan dan pelaksanaan program pendidikan bahasa Melayu di Malaysia.
Buku ini sesuai ditelaah oleh pelbagai golongan pembaca, khususnya mereka yang terlibat dalam bidang linguistik dan pendidikan bahasa. Kandungan buku ini memberikan pelbagai maklumat dan panduan kepada para pensyarah dan guru bahasa, khususnya pensyarah dan guru bahasa Melayu. Mudah-mudahan buku ini dapat menyumbang ke arah menyuburkan ilmu psikolinguistik dan pendidikan bahasa di negara ini, khususnya, dan di alam Melayu seluruhnya serta di peringkat antarabangsa, umumnya.
Isi Kandungan
Prakata
1.Pengenalan Pengenalan Takrif Linguistik Takrif Psikologi Takrif Psikolinguistik Penyelidikan dalam Bidang Psikolinguistik Aplikasi Ilmu Psikolinguistik dalam Bidang Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Ringkasan Soalan-soalan Latihan
2.Kefahaman Bahasa Pengenalan Tahap-tahap dalam Proses Pemahaman Tahap Pertama: Menanggapi Maklumat Deria dan Pengecaman Kata Tahap Kedua: Pembentukan Frasa dan Ayat Tahap Ketiga: Melihat Makna Ayat dalam Wacana Ingatan dan Proses Pemahaman Teori-teori Pemprosesan Maklumat Teori Transformasi Generatif Teori Strategi Ringkasan Soalan-soalan Latihan 3.Keterhadan Ingatan dan Masalah Pemahaman Pengenalan Masalah-masalah Pemahaman Masalah Pemahaman yang Berpunca daripada Ketaksaan Leksikal dan Struktur Masalah Pemahaman yang Berpunca daripada Kerencaman Struktur dan Proposisi Ayat Masalah Pemahaman yang Berpunca daripada Kegagalan Mengintegrasikan Maklumat dalam Sesebuah Wacana Masalah Pemahaman yang Berpunca daripada Ketidakwujudan dan Keterasingan Kosa kata Ringkasan Soalan-soalan Latihan
4.Kaedah Pragmatik dalam Pentafsiran Makna Pengenalan Penganalisisan Makna Pragmatik Implikatur Praandaian Lakuan Tuturan Perbincangan Ringkasan Soalan-soalan Latihan
5.Pemerolehan Bahasa Pertama Pengenalan Paradigma dalam Disiplin-disiplin Ilmu Pertentangan Pendapat antara Golongan Mentalis dan Behavioris Penguasaan Sistem Fonologi Huraian Mentalis dan Behavioris tentang Penguasaan Sistem Fonologi Pemerolehan Sintaksis Tahap Telegraf Tahap Morfem Tahap Transformasi Huraian Behavioris dan Mentalis tentang Penguasaan Sistem Sintaksis Ringkasan Soalan-soalan Latihan
6.Hipotesis Nurani dan Hujah-hujah yang Menyokongnya Pengenalan Hipotesis Nurani Hujah-hujah dan Bukti-bukti yang Menyokong Hipotesis Nurani Bukti-bukti daripada Kajian yang Dijalankan dalam Kerangka Teori Penetapan Parameter Bukti-bukti daripada Kajian dalam Bidang Bahasa Isyarat Perbahasan di Sekitar Isu Kepapaan Rangsangan Bukti-bukti daripada Kajian Terhadap Mental Leksikon Ringkasan Soalan-soalan Latihan
7.Dakwaan-dakwaan daripada Dua Bidang Kajian yang Menentang Hipotesis Nurani Pengenalan Dakwaan-dakwaan daripada Penyelidikan yang Dijalankan dalam Kerangka Teori Perkaitan (Connectionism) Menilai Pandangan Ahli-ahli Teori Perkaitan Dakwaan-dakwaan daripada Penyelidikan yang Dijalankan dalam Kerangka Idea ‘Motherese’ Menilai Pandangan yang Dikemukakan dalam Kerangka Idea ‘Motherese’ Ringkasan Soalan-soalan Latihan
8.Hubungan Antara Teori Linguistik Dengan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Pengenalan Pandangan Ahli-ahli Linguistik tentang Bahasa dan Fungsi Bahasa Hubungan di antara Teori Linguistik dan Kaedah Pengajaran Bahasa Ringkasan Soalan-soalan Latihan
9.Teori Pembelajaran Pelaziman dan Pengajaran Bahasa Pengenalan Teori Pembelajaran Pelaziman Secara Umum Teori Pelaziman Klasik Teori Pelaziman Klasik dan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Rumusan tentang Pelaziman Klasik Teori Pelaziman Instrumental Teori Pelaziman Instrumental dan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Ringkasan Soalan-soalan Latihan
10.Teori Kognitif dan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Pengenalan Pandangan Ahli‑ahli Kognitif tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran Teori Kognitif dan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Ringkasan Soalan-soalan Latihan
11.Konsep Kesahan Psikologi dan Pengaplikasiannya dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Pengenalan Konsep Kesahan Psikologi Pengajaran Bahasa yang Sejajar dengan Konsep Kesahan Psikologi Ringkasan Soalan-soalan Latihan
12.Perbezaan Antara Program Pendidikan Bahasa Pertama dan Bahasa Kedua Pengenalan Pemboleh Ubah Bangsa dalam Pendidikan Bahasa Pendidikan Bahasa Melayu dalam Menangani Masalah Alaf Baru Ringkasan Soalan-soalan Latihan Nota Hujungan Pengenalan Prinsip-prinsip Pendidikan Peringkat Awal
13.Psikolinguistik dan Pendidikan Peringkat Awal Perbezaan antara Proses Penguasaan Kemahiran Pertuturan dan Bacaan Takrif Membaca Prinsip-prinsip Pengajaran Membaca Pendekatan dalam Pengajaran Membaca Permulaan Pendekatan Membina atau Sintesis Kaedah Abjad Kaedah Suku Kata Kaedah Fonik Kaedah Pandang dan Sebut Pendekatan Cerakinan atau Analisis Kaedah Perkataan Kaedah Frasa Kaedah Kalimat Perbincangan Ringkasan Soalan-soalan Latihan Nota Hujungan
14.Pendidikan Pemulihan Pengenalan Takrif dan Tujuan Pendidikan Pemulihan Pendidikan Pemulihan Bahasa Melayu Prinsip-prinsip dalam Pendidikan Pemulihan Bahasa Ringkasan Soalan-soalan Latihan
15.Pendidikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing Pengenalan Konsep Bahasa Pertama, Bahasa Kedua dan Bahasa Asing Bahasa Melayu dalam Dunia Global Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama, Bahasa Kedua dan Bahasa Asing Bahan Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing Aspek Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing Ringkasan Soalan-soalan Latihan 16.Isu-isu dalam Pelaksanaan Program Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia Pengenalan Hambatan dan Permasalahan Strategi Pemudahan Tugas Isu-isu yang Berkaitan dengan Guru Masalah Menyatukan yang Terpisah Ketidakseimbangan Bahan dan Fokus Pengajaran Ringkasan Soalan-soalan Latihan Nota Hujungan Rujukan