Penulis : Abdullah Hassan, Jumlah Muka surat : 297
Sinopsis
Inilah buku yang dapat dijadikan rujukan asas dalam mempelajari ilmu linguistik dan perlu dipunyai oleh semua pelajar, guru dan pensyarah bahasa Melayu. Buku ini juga perlu disimpan dalam semua perpustakaan awam dan peribadi.
Buku Linguistik Am adalah buku yang saya tulis pada tahun 1980 dan diterbitkan oleh syarikat Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Buku ini diulang cetak hampir pada setiap tahun hinggalah ke cetakan kesepuluh pada tahun 1992.
Buku ini disunting semula bagi memenuhi keperluan pelajar sekarang. Sebagai pengarang edisi pertama, saya berterima kasih kepada syarikat Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. yang memberi layanan yang istimewa kepada saya dan juga bermurah hati melepaskan hak menerbitkan buku ini bagi membolehkannya diterbitkan semula melalui syarikat PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Ada empat perkara yang dilakukan apabila buku ini disunting semula. 1. Isi buku ini disusun semula bagi memenuhi keperluan semasa pelajar bahasa Melayu. Empat bab terakhir iaitu, Bab 16 Pemerolehan Bahasa, Bab 17 Pembelajaran Bahasa, Bab 18 Prinsip dan Kaedah Pengajaran Bahasa, dan Bab 19 Prinsip dan Kaedah Pengujian Bahasa, dikeluarkan. Bab-bab ini akan saya masukkan ke dalam buku linguistik gunaan yang diperluas menjadi sebuah buku baru berkenaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
2. Bahasa yang digunakan dalam buku ini disunting semula dengan mengambil kira indeks bacaan. Bagi menurunkan indeks bacaan, ayat-ayat yang digunakan dipendekkan. Frasa kerja digunakan bagi menggantikan kata nama yang abstrak. Contoh-contoh yang digunakan juga diambil daripada bahasa-bahasa yang diketahui oleh pelajar-pelajar di Malaysia. Ini diharapkan dapat memudahkan para pelajar memahami topik-topik penting dalam linguistik am.
2. Bab-bab yang panjang dalam buku edisi pertama dipecah-kan menjadi bab-bab pendek yang mudah dibaca. Oleh sebab itu, buku ini mengandungi 20 bab sekarang. Bahan-bahan lama juga digantikan dengan bahan baru. Perbincangan dalam buku ini juga mengambil kira isu-isu bahasa semasa.
3. Selepas setiap bahagian dalam setiap bab, disediakan soalan ulang kaji bagi membantu pelajar memahami linguistik am dengan lebih berkesan.
Setelah menjalankan perkara-perkara di atas, sekarang buku ini mengandungi 20 bab yang membincangkan lima judul besar. Bahagian pertama, iaitu Bab 1, 2 dan 3, memperkenalkan bidang linguistik, definisi linguistik, membincangkan ciri-ciri bahasa dan sejarah perkembangan linguistik. Bahagian kedua, iaitu Bab 4, 5, 6, 7, dan 8 membincangkan fonetik dan fonologi. Bahagian ketiga, iaitu 9, 10, dan 11 membincangkan morfologi. Bahagian keempat, iaitu Bab 12, 13, 14, 15, dan 16 membincang-kan sintaksis. Bahagian kelima, iaitu Bab 17, 18, dan 19. Bab 20 adalah bab penutup yang membincangkan kaitan linguistik dengan bidang-bidang ilmu lain.
Semoga Linguistik Am akan dapat membantu pelajar-pelajar dan guru-guru bahasa Melayu dalam meningkatkan pendidik-an bahasa Melayu.
Isi Kandungan
Prakata Edisi Kedua 1: Linguistik dan Perkembangannya 1.1 Pengenalan 1.2 Definisi Linguistik 1.3 Linguistik Deskriptif 1.4 Permulaan Linguistik
2: Bahasa 2.1 Bahasa Sebagai Alat Berkomunikasi 2.2 Bahasa Manusia dan Cimpanzi Bernama Washoe 2.3 Bahasa Komunikasi Beruk 2.4 Ciri-ciri Bahasa Manusia
3: Kedudukan Bahasa Melayu di Dunia 3.1 Keluarga Bahasa Dunia 3.2 Keluarga Bahasa Melayu 3.3 Asal Usul Bahasa Melayu 3.4 Kajian Terhadap Bahasa Nusantara
4: Fonetik 4.1 Bidang Kaji Bunyi 4.2 Fonetik 4.3 Organ Pernafasan 4.4 Organ Sebutan 4.5 Kaedah Mengkaji Fonetik
5: Mendeskripsi Bunyi Segmental 5.1 Mensegmen dan Mengklasifikasi Bunyi 5.2 Bunyi Vokal 5.3 Menghasilkan Bunyi Konsonan 5.4 Klasifikasi Bunyi Konsonan 5.5 Bunyi-bunyi Bahasa Melayu 5.6 Transkripsi
6: Fonologi 6.1 Fonem dan Fonologi 6.2 Kaedah Mengenal Pasti Fonem 6.3 Analisis Fonologi Segmental 6.4 Kelainan dan Variasi 6.5 Bunyi Suprasegmental 6.6 Fitur-fitur Distingtif Bahasa Melayu
7: Vokal dan Konsonan Segmental Bahasa Melayu 7.1 Fonem Bahasa Melayu 7.2 Fonem Vokal 7.3 Fonem Konsonan 7.4 Konsonan Pinjaman
8: Sistem Ejaan 8.1 Ejaan 8.2 Jenis Ejaan 8.3 Ejaan Rumi Baharu 8.4 Mengeja Unsur Bahasa
9: Golongan Perkataan 9.1 Apa Itu Golongan Perkataan? 9.2 Beberapa Tradisi Penggolongan Perkataan 9.3 Kriteria Menggolong Perkataan 9.4 Usaha Menggolong Perkataan Bahasa Melayu
10: Morfologi 10.1 Morfologi dan Unsur-unsur Morfologi 10.2 Menganalisis Morfem 10.3 Kaedah Mendeskripsi Morfologi 10.4 Mendeskripsi Binaan Morfologi Bahasa Melayu 10.5 Morfem dan Kata 10.6 Morfofonologi
11: Menerbitkan Perkataan 11.1 Kaedah Menerbitkan Perkataan 11.2 Pengimbuhan 11.3 Menerbitkan Kata Melalui Penggandaan 11.4 Menerbitkan Kata Melalui Pemajmukan
12: Sintaksis 12.1 Apa Itu Sintaksis? 12.2 Hubungan Posisi 12.3 Hubungan Berdampingan 12.4 Hubungan Kepertukaran 12.5 Jenis Binaan Sintaksis 12.6 Unsur Terdekat
14: Pola-pola Dasar Ayat 14.1 Pengenalan 14.2 Pola Ayat Dasar Arbak Othman 14.3 Pola Ayat Dasar Asmah Hj. Omar 14.4 Pola Ayat Dasar Tatabahasa Dewan 14.5 Pola-pola Ayat Majmuk
15: Jenis dan Fungsi Ayat 15.1 Pengenalan 15.2 Ayat Berita 15.3 Ayat Tanya 15.4 Ayat Perintah 15.5 Ayat Seru 15.6 Fungsi Ayat
16: Transformasi Generatif 16.1 Pengenalan 16.2 Konsep-konsep Asas Tatabahasa Transformasi 16.3 Kebolehan dan Perlakuan 16.4 Komponen-komponen Tatabahasa Transformasi
18: Semantik Tradisional 18.1 Struktur Makna 18.2 Sinonim 18.3 Antonim 18.4 Polisim 18.5 Hiponim 18.6 Makna Tak Seimbang antara Bahasa
19: Semantik Moden 19.1 Pengenalan 19.2 Sumbangan Sarjana Semantik Abad ke-20 19.3 Perkembangan Semasa Ilmu Semantik
20: Bidang antara Disiplin Linguistik 20.1 Pengenalan 20.2 Lingustik Gunaan 20.3 Linguistik Sejarah 20.4 Linguistik Perbandingan 20.5 Sosiolinguistik 20.6 Perancangan Bahasa 20.7 Neurolinguistik 20.8 Penguasaan Bahasa Pertama 20.9 Pembelajaran Bahasa Kedua 20.10 Bidang-bidang Lain