Penulis : Seri Lanang Rohani, Razali Ayob, Zulkifli Osman, Abdullah Hassan, Jumlah Muka surat : 360
Sinopsis
Inilah buku yang dapat dijadikan rujukan asas dalam mempelajari ilmu linguistik, dan perlu dipunyai oleh semua pelajar, guru dan pensyarah bahasa Melayu.
Bidang Sintaksis adalah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan ayat. Sintaksis bukan saja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Unsur- unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa, dan frasa. Penulisan buku ini berhasrat bagi menguraikan secara yang lebih jelas unsur-unsur utama yang berkenaan.
Buku ini ditulis dengan menggunakan pendekatan tatabahasa pedagogi bagi memudahkan pembaca memahami unsur-unsur tatabahasa yang dibincangkan. Contoh-contoh penggunaan bahasa Melayu dikutip daripada bahan-bahan korpus yang sebahagian besarnya berbentuk digital.
Usaha ini diharapkan dapat memberikan contoh penggunaan bahasa Melayu yang autentik dan berdasarkan konteks yang sebenarnya. Oleh sebab bahan asal tidak sesuai dengan keperluan mengajar, maka kebanyakannya disesuaikan bagi memudahkan kefahaman.
Buku ini dibahagikan kepada 62 bab yang setiap satunya mengkhusus kepada satu-satu aspek yang berkaitan dengan bidang sintaksis bahasa Melayu. Bab 1 hingga 15 memberi tumpuan kepada proses binaan ayat dalam bahasa Melayu secara keseluruhannya, manakala bab 16 hingga 45 memberi tumpuan yang lebih terperinci terhadap unsur-unsur yang berkaitan dengan binaan ayat, iaitu binaan frasa dan klausa.
Seterusnya bab 46 hingga 62 membicarakan aspek kata tugas yang membantu binaan ayat dalam bahasa Melayu. Buku ini turut menyediakan latihan-latihan yang bertujuan memahirkan pengguna bahasa dalam bidang sintaksis.
Akhir sekali, buku ini diharapkan dapat membantu guru dan pelajar semua peringkat pengajian bagi mendalami lagi bidang sintaksis bahasa Melayu. Semoga buku ini turut memberi manfaat kepada semua pengguna bahasa yang lain.
Isi Kandungan
Kata Pengantar Ayat, Klausa Dan Frasa Subjek dan Predikat Unsur-unsur Subjek Unsur-unsur Predikat Pola-pola Ayat Tunggal Susunan Ayat Tunggal Ayat Majmuk Ayat Majmuk Gabungan Ayat Majmuk Pancangan Ayat Majmuk Campuran Ayat Majmuk Pasif Jenis-jenis Ayat Bangun Ayat Wacana Proses Menerbitkan Ayat Mengenali Perkataan Jenis dan Inti Frasa Frasa Nama dan Fungsi dalam Ayat Unsur Frasa Nama Binaan Frasa Nama Susunan Unsur Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Adverba dalam Frasa Kerja Mengenali Kata Kerja Kata Kerja Tak Transitif Beza Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap daripada yang Berpelengkap Mengenali Kata Kerja Transitif Bangun Kata Kerja Kata Kerja: Bangun Aktif dan Pasif Bangun Aktif dan Pasif untuk Orang Pertama, Kedua dan Ketiga Kata Kerja Transitif dan Bangunnya Kata Kerja Sengaja dan Tak Sengaja Menerbitkan Kata Kerja Transitif Menggandakan Kata Kerja Kata Kerja Majmuk Menerbitkan Bangun Kata Kerja Transitif Frasa Adjektif Binaan Frasa Adjektif Jenis Kata Adjektif Kata Adjektif Pancaindera Kata Bantu dalam Frasa Adjektif Unsur Penguat dalam Frasa Adjektif Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat Kata Tugas Kelompok Kata Tugas Frasa Sendi Kata Sendi Kata Hubung Kata Seru Kata Tanya Kata Perintah Kata Pembenar Kata Pangkal Ayat Kata Bantu Kata Penegas Kata Nafi Kata Pemeri Kata Arah Kata Bilangan Kata Adverba Kata Penekan Kata Pembenda Bibliografi Senarai Singkatan Data Korpus Indeks