Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah ini mempunyai tiga keistimewaan. Pertama ia ditulis dengan mematuhi semua rumus tatabahasa dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008). Ini dilakukan bagi membolehkan ia digunakan dengan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dengan keperluan mengajar tatabahasa Melayu di sekolah menengah. Kedua, ia ditulis dengan menggunakan data daripada penggunaan bahasa Melayu sebenar dalam bentuk digital. Oleh sebab itu segala imbuhan, perkataan, frasa, klausa dan ayat yang digunakan sebagai contoh dalam buku ini adalah diambil dari data sebenar. Ini bermaksud, semua contoh ini betul-betul wujud dalam bahasa Melayu. Ketiga, semua bab dilengkapi dengan latihan bagi membolehkan gguru mengajarkan setiap aspek penggunaan bahasa itu dalam bilik darjah. Latihan itu membolehkan guru dan murid menguasai semua aspek tatabahasa dengan mudah.
Dr Abdullah Hassan adalah Profesor Emeritus di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak (sejak 2001). Sebelum ini, beliau adalah Pensyarah dan Profesor Bahasa Melayu di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang(1972-1997); dan Profesor Komunikasi di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur (1997- 2001)
PTS Professional Publishing Sdn Bhd
19-06-2009, 11.11 AM
"assmkum. tak boleh nak komen sebab belum baca lagi. cari kat kedai buku pun tak ada. boleh bantu saya dapatkan buku Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah dan Humor dalam Pengajaran. T/kasih."