Penulis : Yahya Othman Jumlah Muka surat : 216 Pages
Sinopsis
Buku ini ditulis bagi membincangkan aspek trend pengajaran dan pembelajaran bahasa dengan memberi tumpuan pada penguasaan kemahiran bahasa iaitu lisan, membaca, menulis, aplikasi komputer dalam pengajaran, pemikiran kritis dan kreatif serta pentaksiran bahasa.
Buku ini menyentuh pelbagai aspek berkaitan trend pengajaran dan pembelajaran bahasa. Tumpuan utama perbincangan adalah pada pelaksanaannya di dalam bilik darjah.
Perbincangan awal meliputi konsep pengajaran dan pembelajaran bahasa dengan huraian pada bahasa mengikut pelbagai dimensi. Di samping itu, perbincangan meliputi pelaksanaan kemahiran bahasa iaitu kemahiran lisan, membaca dan menulis.
Kemahiran lisan adalah pemangkin kepada penguasaan kemahiran bahasa lain yang perlu dikuasai. Aspek itu dihuraikan berdasarkan kepentingan terutamanya bagi tujuan ber-komunikasi.
Trend dalam pengajaran lisan kini banyak ditumpukan kepada aspek fungsional yang menekankan keperluan berhubung bagi memperoleh maklumat dan ilmu.
Penulis juga membincangkan kemahiran membaca yang perlu dikuasai oleh pelajar secara formal. Trend pengajaran membaca yang dibincangkan di dalam buku ini juga berfokus pada keperluan membaca bagi pemahaman menggunakan fungsi kognitif dan metakognisi.
Perbincangan aspek kemahiran menulis dilakukan dengan mengambil kira kepentingan kemahiran itu dikuasai bagi tujuan melahirkan idea dan penyampaian maklumat. Penulis mem-bincangkan aspek penyelidikan yang dilakukan dalam bidang penulisan.
Di samping itu, buku ini juga memberikan penekanan pada kepentingan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran bahasa.
Aspek kemahiran berfikir yang menjadi satu trend penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa juga dibincangkan dalam buku ini. Penulis memberikan keutamaan penggunaan kemahiran itu dalam pengajaran membaca di samping peng-gunaan pemikiran kreatif.
Penulis juga membincangkan aspek pentaksiran bahasa yang digunakan dalam menilai hasil pembelajaran pelajar.
Akhir sekali, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Universiti Putra Malaysia yang memberi peluang bercuti sabatikal yang memudahkan saya menyiapkan buku ini. Di samping itu, saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri, Hajah Zaharah Bachek serta anak-anak yang sering memberikan perangsang dan semangat kepada saya menulis buku ini.
Yahya Othman Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor Darul Ehsan.
Isi Kandungan
Prakata Bab 1 Pengajaran Bahasa Melayu: Trend dan Cabaran
Bab 2 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Pengajaran Bahasa Pembelajaran Bahasa Kesimpulan
Bab 3 Kemahiran Mendengar Mendengar secara Interaktif Mendengar secara Tidak Interaktif Bagaimana Hendak Berlatih Mendengar? Strategi Meningkatkan Kemahiran Mendengar Kesimpulan
Bab 4 Kemahiran Bertutur Masalah Sebutan Penutur yang Lemah Masalah Penguasaan Bertutur Masalah Perbualan Tidak Lancar Kesimpulan
Bab 5 Pemahaman Membaca Pemilihan Bahan Bacaan Strategi Membina Kemahiran Budaya Membaca Pembaca yang Berjaya Strategi Membaca yang Efektif Kesimpulan
Bab 6 Metakognisi dalam Membaca Konsep Metakognisi Membaca dan Metakognisi Kajian-kajian Berkaitan Kesimpulan
Bab 7 Pendekatan Kolaboratif dalam Pengajaran Membaca Rasional Pendekatan Kolaboratif dalam Pengajaran Membaca Cadangan Pelaksanaan Pengajaran Kesimpulan
Bab 8 Kemahiran Menulis Menulis adalah Proses Memberi Respons Menulis adalah Proses Komunikasi Menulis adalah Ekspresi Kendiri Menulis adalah Bersifat Sejagat Menulis Ditadbir oleh Peraturan Menulis adalah Proses Pembelajaran Aliran Pemikiran berkaitan Penulisan Kesimpulan
Bab 9 Menulis sebagai Keterampilan Berbahasa Prinsip Penulisan Kemahiran Kecil yang Perlu Dikuasai Faktor yang Mempengaruhi Penguasaan Kemahiran Menulis Pendekatan dalam Penulisan Kesimpulan
Bab 10 Penguasaan Menulis dalam Bahasa Kedua Apa yang Ditulis? Sistem Menulis yang Berbeza Perbandingan antara Kemahiran Bertutur dan Menulis Perbandingan Menulis untuk Belajar dan Berkomunikasi Ketepatan adalah Penting Selalu Menulis Strategi Membina Kemahiran Menulis Kesimpulan
Bab 11 Mengajar dan Menyelidik Kemahiran Menulis Mengajar Penulisan Kini Trend Penyelidikan Penulisan Pandangan Ekspresif Pandangan Kognitif Kesimpulan
Bab 12 Penguasaan Perbendaharaan Kata Pendekatan Terus Pendekatan Tidak Langsung Kesimpulan
Bab 13 Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran Bahasa Temu Duga dalam Pembelajaran Sikap Pelajar pada Internet Isu Penggunaan Internet dalam Pembelajaran Multimedia dalam Pengajaran Bahasa Peranan Bahan Multimedia dalam Pengajaran Komputer dan Pengajaran Menulis Isu Aplikasi Komputer dalam Pengajaran Bahasa Melayu Kesimpulan
Bab 14 Kemahiran Berfikir dalam Pembelajaran Bahasa Konsep Kemahiran Berfikir Membaca dan Berfikir Strategi Mengajar Berfikiran Kritis dalam Kefahaman Membaca Kesimpulan
Bab 15 Kreativiti dalam Pengajaran Bahasa Isu Kreativiti Kepentingan Kreativiti Menggalakkan Kreativiti Mengajar Menjadi Kreatif Kreativiti dalam Pengajaran Bahasa Kesimpulan
Bab 16 Pentaksiran Bahasa Melayu Pengujian Pengukuran Penilaian Tujuan Ujian Jenis-jenis Skala yang Digunakan dalam Pengujian Jenis-jenis Penilaian Klasifikasi Ujian Jenis-jenis Ujian Bahasa Pentaksiran Kendiri Mengapa Pentaksiran Kendiri? Cadangan Pelaksanaan Contoh Penilaian Kendiri Generik Kesimpulan Rujukan