Penulis : Hairunnaja Najmuddin, Jumlah Muka surat : 225
Sinopsis
Menghuraikan teori-teori pemilihan kerjaya, menjelaskan penggunaan alat ukuran psikologi bagi mengukur personaliti dan minat serta menerangkan langkah-langkah praktikal membimbing remaja memilih pendidikan dan kerjaya.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, yang memberi petunjuk, ilham dan kekuatan kepada penulis bagi menyempurnakan penulisan buku ini.
Buku ini ditulis dengan harapan dapat membantu para ibu bapa, penjaga, guru, kaunselor ataupun sesiapa sahaja yang bertanggungjawab membimbing para pelajar yang muda mahupun golongan remaja membuat pilihan yang tepat bagi pendidikan mahupun kerjaya masa depan mereka. Di se-panjang penulis bertugas sebagai kaunselor di UIAM, penulis kerap kali berdepan dengan pelajar-pelajar yang berasa ragu-ragu dengan pilihan pengajiannya, yang tidak tahu peluang kerjaya masa depannya, yang berhasrat menukar kursus pengajian ataupun yang berkira-kira hendak meninggalkan terus pengajiannya disebabkan hilang minat untuk belajar dan banyak lagi kerenah lain.
Penulis berminat menulis tajuk ini berdasarkan kepada pengalaman mengendalikan perkhidmatan bimbingan kerjaya kepada pelajar-pelajar di universiti tempat penulis bekerja dan penglibatan penulis dalam program berkaitan penerokaan kerjaya. Penulis juga mempunyai sedikit pengetahuan dan pengalaman mengendalikan beberapa alat ujian psikologi yang berkaitan dengan kerjaya dan memahami teori-teori berkaitan kerjaya yang dipelajari sewaktu belajar di peringkat Master Sains (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Putra Malaysia (UPM). Penulis percaya, pengetahuan dan pengalaman yang tidak seberapa itu dapat dimanfaatkan oleh para pembaca jika penulis dapat menulis dan menyusunnya semula dalam sebuah buku yang menggunakan bahasa yang mudah, ringkas dan menarik.
Pada kesempatan ini penulis ingin memberi penghargaan dan penghormatan kepada Prof. Madya Dr. Sidek Mohd Noah, pensyarah subjek-subjek PBK536 Perkhidmatan Maklumat Kerja-ya dan PBK550 Penilaian Dalam Kaunseling, dan En Yusof Ahmad, pensyarah subjek PBK525 Kaunseling Kerjaya Gunaan, yang membuka jalan kepada penulis bagi memahami banyak perkara-perkara penting dalam perkhidmatan bimbing-an dan kaunseling kerjaya. Mereka berdua adalah pensyarah yang baik, yang tidak pernah kedekut bagi berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan dan sering kali memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada penulis, meskipun penulis tidak lagi menjadi pelajar di dalam kelas mereka.
Penulis juga ingin merakamkan penghargaan kepada individu-individu yang berikut yang banyak membantu pe-nulis bertahan dalam kerjaya sebagai kaunselor, iaitu Prof. Dr. Datin Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Prof. Dr. Dato’ Mohamed Asin Dollah, Tuan Haji Wan Mohd. Hilmi Wan Kamal, Prof. Madya Dr. Rahmattullah Khan Abd. Wahab Khan, Dr. Aminah Haji Hashim, Pn. Ainon Mohd, En. Khairulzain Abd. Rahman, En. Abd. Malek Abdul Hadi, En. Shedek Abu Bakar, En. Syed Ahmad Azam Syed Mohd, En. Rafiezal Mohd. Eusoff, En. Khairol Anuar Masuan, Pn. Khairani Abd. Hamid, Cik Hanizam Abdul Ghani, Pn. Roslinda Alias dan Cik Hasnah Wardati Sulimin. Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada En. Abdul Razak Abu Bakar, Timbalan Dekan, Jabatan Kepimpinan dan Latihan (LTD) yang sentiasa memberi galakan supaya penulis menyiapkan tulisan ini dan semua kakitangan jabatan LTD terutamanya En. Zabidi Nasan, Ustaz Mohd. Sharif Hashim, Pn Kalsom Wan Adam dan Pn. Asniza Mamat yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik kepada penulis.
Dalam usaha menyiapkan buku ini, penulis sebenarnya menerima banyak gangguan, tekanan dan kesukaran yang menjejaskan tumpuan menaip draf manuskrip buku ini di komputer, mengarang, membaca dan meneliti buku-buku rujukan yang berkaitan. Syukur alhamdulillah, di sepanjang tempoh masa paling sukar yang penulis lalui sejak dahulu sehingga kini isteri penulis, Dr. Solehah binti Haji Yaacob dan anak-anak Muhammad Auni, Muhammad Imdad dan Syifa’ Yasmin sentiasa menjadi sumber inspirasi dan semangat yang mendorong penulis menyiapkan penulisan ini hingga ke akhirnya. Kasih sayang dan penghargaan penulis tidak pernah lupa untuk diabadikan buat mereka semua.
Kepada semua pembaca budiman, diucapkan salam hormat dan selamat membaca.
Hairunnaja bin Hj Najmuddin Jabatan Kepimpinan dan Latihan, Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Jalan Universiti, 46350 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.