Loading...

Hantar Percuma

Pesta Buku Online 2014

Menjana Program Pembimbing Rakan Sebaya

Menjana Program Pembimbing Rakan Sebaya

: 978-967-5226-13-7


Old price: RM28.50  

Price: RM25.65

You save: RM2.85 (10%)
-10%
Out-of-stock
10 days
Add to wish list

Menyediakan maklumat dan panduan lengkap bagi memahami, memantau serta melaksanakan program PRS di sekolah. Kandungannya merangkumi konsep asas PRS, ujian-ujian psikologi, psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja, kemahiran asas, modul LDK, input-input latihan lanjutan serta penilaian program latihan PRS. Panduan lengkap untuk kaunselor, Guru Bimbingan dan Kaunseling serta para pentadbir sekolah.

Kandungan
Prakata ix
Bahagian 1 Konsep Asas Pembimbing Rakan Sebaya 1
Mulanya Pembimbing Rakan Sebaya 3
Definisi dan Konsep Asas Program 7
Strategi Pelaksanaan Program 15
Perancangan Strategik Program PRS 27

Bahagian 2 Ujian-Ujian Psikologi 37
Ujian Konsep Kendiri 39
Soal Selidik Imej Kendiri 43
Ujian Ciri-Ciri Personaliti Agresif 47
Ujian Psikologi Geometrik 50
Inventori Personaliti Junior Eysenck (IPJE) 54
Inventori Personaliti Warna (IPW) 64
Ujian Tekanan Personaliti 70

Bahagian 3 Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja 73
Definisi Konsep 75
Teori Psikologi Perkembangan 82
Perkembangan dan Pertumbuhan 87
Isu Kanak-Kanak dan Remaja 93

bahagian 4 Kemahiran-Kemahiran Asas 111
Kemahiran Asas Komunikasi 113
Pelbagai Andaian Pada Manusia 120
Kemahiran Asas Menolong 133
Kaunseling Ringkas Berfokus Penyelesaian (KRBP) 146

Bahagian 5 Modul Latihan dalam Kelompok 155
Konsep Latihan dalam Kelompok (LDK) 157
Modul Latihan Asas PRS 159
Modul Tingkah Laku Tegas 183
Modul Orientasi Pelajar Baru 189

Bahagian 6 Input-Input Latihan Lanjutan 201
Mengurus Tekanan 203
Kemahiran Menyelesaikan Masalah 218
Kemahiran Membuat Keputusan 225
Kemahiran Tegas Diri 234
Kemahiran Pengucapan Awam 255

Bahagian 7 Penilaian Program 261
Ujian dan Penilaian 263
Penilaian Program Latihan PRS 275
Kesimpulan 279
Lampiran 281
Bibliografi 295
Indeks 301

Perancangan Strategik Program PRS

Perancangan strategik adalah komponen yang penting dalam peng­urusan strategik. Pengurusan adalah proses sosial yang dibentuk bagi mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli organisasi dalam mencapai matlamat ataupun objektif yang di­kehendaki (Edaris, 2004). Pengurusan melibatkan tiga elemen iaitu pengurus ataupun pemimpin, pengikut ataupun subordinat dan matlamat organisasi.
Istilah strategi bermaksud rancangan yang teratur bagi mencapai matlamat (Kamus Dewan, 2005). Strategik pula bermaksud perkara yang dilakukan mengikut strategi yang disusun. Perancangan strategik adalah proses merancang hala tuju organisasi tertentu bagi mencapai matlamat organisasi itu dalam tempoh masa tertentu. Organisasi ataupun unit yang dimaksudkan adalah Pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah.
Pengurusan strategik adalah proses formulasi, pelaksanaan dan penilaian tindakan yang memastikan organisasi berjaya mencapai matlamatnya. Menurut Edaris (2004), perancangan strategik dianggap sebagai tulang belakang kepada pengurusan strategik. Perancangan strategik perlu mengambil kira persoalan berikut:

1. Bagaimanakah hasrat itu dapat dicapai?
2. Bilakah hasrat itu dapat dicapai?
3. Untuk siapakah semua ini dilaksanakan?

Malek (2007) memaparkan garis panduan bagaimana membina pe­rancangan strategik bagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Perbincangan seterusnya tertumpu kepada kaedah membina perancangan strategik pasukan PRS di sekolah. Model perancangan strategik yang dipaparkan adalah berdasarkan latar sekolah menengah dan ia sebahagian daripada perancangan strategik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang juga menjadi sebahagian daripada pe­rancangan strategik sekolah. (hanya sebahagian sedutan daripada bab ini)

Cara Beli Buku Online

Hubungi Bookcafe

Newsletter

Bulk Order

Ain Mai

bookcafe footer