Loading...

Hantar Percuma

HARGA BUKU PBAKL 2014

Panduan Menjadi Fasilitator Efektif

Panduan Menjadi Fasilitator Efektif

: ISBN 983-3585-06-X


Old price: RM23.50  

Price: RM19.97

You save: RM3.53 (15%)
-15%
Out-of-stock
10 days
Add to wish list

Penulis : Hamdan Abb Kadir, Madon Mawel, Syed Hussin Jaafar,
Jumlah Muka surat : 232


Sinopsis

Buku ini memuatkan semua maklumat yang diperlukan oleh fasilitator yang efektif. Antara yang dimuatkan dalam buku kecil ini adalah ciri-ciri seorang fasilitator, bengkel latihan bagi fasilitator, jenis-jenis fasilitator, fasilitator sebagai perunding dan perantara serta alat bantu bagi proses Latihan dalam kumpulan (LDK).

Panduan Menjadi Fasilitator yang Efektif ditulis khusus untuk pemimpin pelajar sekolah dan pusat pengajian tinggi, guru-guru, pensyarah, ibu bapa, jurulatih, fasilitator kursus, moderator, penceramah dan pembaca-pembaca yang berminat memahami bagaimana menjadi fasilitator yang berkesan.

Penjelasan secara mudah diberikan mengenai kefasilitatoran dan bagaimana mengendalikannya secara efektif. Selain memberi pendedahan mengenai maksud fasilitator, penulis juga memberi huraian mengenai beberapa kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang fasilitator. Peranan dan kualiti diri fasilitator juga diberi liputan yang sewajarnya.

Di samping itu terdapat juga ruang untuk meneliti interaksi dalam kumpulan. Aspek ini mungkin menarik perhatian ramai. Perkongsian pengalaman luas ketiga-tiga penulis ini dalam kursus seperti Kursus Kefasilitatoran, Motivasi, Pengurusan Stres, Attitude Reengineering, Kaunseling, Smart Learning, Keibubapaan Profesional, Penyeliaan Berkesan dan lain-lain sama ada di sektor kerajaan atau swasta amat bermakna dalam menghasilkan buku ini.

Sepuluh peratus daripada royalti buku ini sudah dikhaskan oleh penulis untuk usaha-usaha kebajikan. Semoga penglibatan pembaca sebagai masyarakat Malaysia prihatin kepada usaha ini diberkati dan didahului dengan ucapan tahniah. Akhir sekali didarapkan buku ini akan menjadi panduan yang bermakna kepada pembaca yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan usaha-usaha kefasilitatoran mahu pun berhajat menjadi seorang fasilitator yang efektif dalam apa jua program yang dijalankan. Semoga ilmu ini dapat dikongsikan dan dikembangkan untuk membantu manusia menjadi insan.

Isi Kandungan

Prakata

Mukadimah Kefasilitatoran

Bahagian 1
Bab 1: Pengenalan Fasilitator
Bab 2: Siapa Fasilitator?
Bab 3: Ciri-Ciri Fasilitator
Bab 4: Penerokaan
Bab 5: Insan Sepadu dan Seimbang
Bab 6: Bengkel Latihan bagi Fasilitator
Bab 7: Kelebihan Fasilitator
Bab 8: Persekitaran untuk LDK
Bab 9: Mencapai Objektif Peserta
Bab 10: Kawalan Fasilitasi
Bab 11: Model Kefasilitatoran yang Lebih Baik
Bab 12: Mengenal Pasti Penyampaian Verbal
Bab 13: Kemahiran Mendengar
Bab 14: Fasilitator Kumpulan
Bab 15: Kumpulan LDK
Bab 16: Kelayakan
Bab 17: Pengalaman Fasilitator
Bab 18: Sifat Fasilitator
Bab 19: Kod Etika Fasilitator
Bab 20: Matlamat yang Mahu Dicapai oleh Fasilitator
Bab 21: Tujuh Kecekatan Fasilitator
Bab 22: Jenis-Jenis Fasilitator

Bahagian 2
Bab 23: Fasilitator Sebagai Perunding
Bab 24: Fasilitator Sebagai Perantara
Bab 25: Menangani Kumpulan Secara Praktikal
Bab 26: Reaksi Fasilitator
Bab 27: Kumpulan Fasilitator
Bab 28: Keperluan Terhadap Fasilitator
Bab 29: Sinergi Kumpulan
Bab 30: Konflik
Bab 31: Fasilitator sebagai Perantara dalam Konflik
Bab 32: Langkah Supaya Peserta Sentiasa Bertenaga
Bab 33: Suasana LDK
Bab 34: Alat Bantu
Bab 35: Menguasai Mesej Bukan Lisan
Bab 36: Interaksi dengan Ahli Pelbagai Ragam
Bab 37: Asas Kefasilitatoran Perkembangan Kefasilitatoran
Bab 38: Perbincangan Kumpulan
Bab 39: Kontrak
Bab 40: Bagaimana Fasilitator Berperanan
sebagai Pembangun
Bab 41: Proses Fasilitasi dan Fasilitator Dalaman
Bab 42: Proses Fasilitasi Kumpulan
Bab 43: Pergantungan
Bab 44: Dimensi Perancangan
Bab 45: Penentangan
Bab 46: Kesimpulan

Rujukan

Cara Beli Buku Online

Hubungi Bookcafe

Newsletter

Bulk Order

Ain Mai

bookcafe footer