Buku ini memaparkan skop kerja yang meluas dalam bidang farmasi. Masa depan dan prospek dalam bidang farmasi ini amat cerah. Bagi menjadi ahli farmasi, pelajar perlu memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Farmasi dari universiti tempatan ataupun luar negara. Kos, pembiayaan dan tempat bukan halangan untuk belajar kerana buku ini turut memaparkan institusi yang diiktirar dan tawaran biasiswa atau pinjaman kepada pelajar.
Buku ini turut memandu pembaca bagi memulakan langkah pertama yang betul supaya cita-cita bagi menceburi bidang ini kesampaian. Syarat-syarat kelayakan turut diterangkan supaya dapat memberikan gambaran awal kepada pembaca bidang ini.
Selain berpeluang bekerja di sektor perkhidmatan awam sebagai Pegawai Farmasi, pelajar juga dapat menjawat pelbagai jawatan lain yang berkaitan dengan bidang farmasi. Semua jawatan berkaitan dihuraikan di dalam buku ini.
Rashidah Mat Nor adalah Pegawai Perhubungan Pelanggan di Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.
PTS Professional Publishing Sdn Bhd
05-05-2009, 10.10 AM
"BOLEH X SAYA NAK NO. TELEFON PENULIS BUKU INI RASHIDAH MAT NOOR?"