Penulis : Ahmad Baharuddin Abdullah Jumlah Muka surat : 224
Terkini, lengkap dan relevan sebagai panduan kerjaya serta rujukan para guru, kaunselor, pelajar dan ibu bapa.
Menentukan kerjaya adalah satu dilema yang dihadapi oleh sebahagian besar pelajar terutamanya mereka yang akan mengambil peperiksaan seperti SPM ataupun STPM. Untuk berjaya dalam hidup, penentuan dan pemilihan kerjaya perlu dilakukan seawal yang mungkin, ini membolehkan persediaan secukupnya dilakukan bagi memastikan cita-cita tercapai. Malah terdapat banyak buku-buku di pasaran yang menerangkan perihal kaedah pemilihan kerjaya dan kerjaya terbaik.
Tetapi agak kurang buku-buku yang diterbitkan menfokuskan kepada sesuatu bidang secara spesifik. Untuk itu buku ini dihasilkan dengan lebih memperincikan dan menekankan keperluan dan kemahiran akademik yang perlu dimiliki oleh pelajar bagi memasuki sesuatu bidang dan dalam kes ini melibatkan bidang kejuruteraan. Bidang kejuruteraan amnya dikaitkan dengan kerjaya jurutera, tetapi sebenarnya lulusan bidang kejuruteraan juga layak memasuki bidang lain seperti pemasaran, perniagaan dan sebagainya.
Buku ini juga menyenaraikan institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta yang menawarkan kursus-kursus kejuruteraan. Selain itu syarat-syarat dan keperluan secara umum juga diberi sebagai panduan kepada pelajar, tetapi syarat-syarat ini biasanya berubah mengikut keadaan dan keperluan sesebuah institusi pengajian.
Dalam mempraktikan amalan kejuruteraan, seseorang jurutera itu mempunyai kod etika yang perlu diikuti, ia adalah bagi memastikan mutu kerjaya yang dihasilkan adalah terbaik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Buku ini juga membincangkan cabaran-cabaran yang perlu ditempuhi sebelum dan semasa bergelar jurutera.
Diharap buku ini sedikit sebanyak memberi maklumat kepada pelajar yang sedang membuat pilihan kerjaya dan lebih dapat meningkatkan lagi minat pelajar kearah meramaikan lagi bilangan jurutera selaras dengan cita-cita menjadi negara maju melalui k-ekonomi menjelang 2020.
Isi Kandungan
Prakata
Bahagian 1 Kerjaya Pilihan Bab 1 : Memilih Kerjaya Berdasarkan Minat Bab 2 : Memahami Jenis-jenis Kerjaya Bab 3 : Keperluan Negara kepada Jurutera
Bahagian 2 Sumbangan Islam dalam Kejuruteraan Bab 4 : Sumbangan Tamadun Islam Bab 5 : Tokoh-tokoh Islam dalam Kejuruteraan
Bahagian 3 Bidang Kejuruteraan Bab 6 : Bidang Kejuruteraan Secara Umum Bab 7 : Kejuruteraan Aeroangkasa Bab 8 : Kejuruteraan Mekanikal Bab 9 : Kejuruteraan Bahan Bab 10 : Kejuruteraan Industri Bab 11 : Kejuruteraan Pembuatan Bab 12 : Kejuruteraan Automotif Bab 13 : Kejuruteraan Marin Bab 14 : Kejuruteraan Pertanian Bab 15 : Kejuruteraan Makanan Bab 16 : Kejuruteraan Kimia Bab 17 : Kejuruteraan Awam Bab 18 : Kejuruteraan Elektrik dan Elektrikal Bab 19 : Kejuruteraan Petroleum Bab 20 : Kejuruteraan Perlombongan Bab 21 : Kejuruteraan Nuklear
Bahagian 4 Institusi Pengajian Tinggi Bab 22 : IPTA yang Menawarkan Kursus Kejuruteraan Bab 23 : IPTS yang Menawarkan Kursus Kejuruteraan
Bahagian 5 Tip pelajar, cabaran dan etika jurutera Bab 24 : 10 Tip untuk Pelajar Kejuruteraan Bab 25 : Cabaran Jurutera Bab 26 : Etika Jurutera