Penulis : Norlia Othman, Hasyati Hassan, Aziah Abdul Ghani, Rokiah Mat Jusoh, Jumlah Muka surat : 166
Terkini, lengkap dan relevan sebagai panduan kerjaya serta rujukan para guru, kaunselor, pelajar dan ibu bapa.
Buku Kerjaya sebagai Kaunselor ini memuatkan pelbagai maklumat kerjaya sebagai kaunselor merangkumi latar belakang kerjaya, kelayakan jawatan hinggalah kepada bidang tugas sebagai kaunselor.
Kandungan buku ini bukan sahaja dapat membantu pelajar dan guru-guru berkaitan kerjaya kaunselor tetapi juga memberi manfaat kepada ibu bapa dalam usaha mereka membantu membimbing hala tuju kerjaya anak-anak mereka.
Di samping itu, diharapkan dengan terhasilnya buku ini dapat menimbulkan rasa minat lebih ramai individu berkecimpung dalam kerjaya ini.
Banyak pihak yang bekerjasama dalam penghasilan buku ini. Segala informasi dan bahan-bahan berkaitan akhirnya berjaya dikumpul hasil kerjasama daripada pihak-pihak yang terbabit.
Diharapkan dengan penghasilan buku ini dapat dijadikan sebagai petunjuk kepada guru dan pelajar khasnya bagi meneroka alam kerjaya sebagai kaunselor.
Isi Kandungan
Prakata
Sejarah dan Pengenalan Bab 1: Sejarah Kerjaya Bab 2: Definisi dan Pengenalan Kerjaya Bab 3: Pendapat Pakar
Kelayakan dan Institusi yang Berkaitan Bab 4: Syarat dan Kelayakan Bab 5: Biasiswa dan Pinjaman Bab 6: Institusi Berkaitan Bab 7: Cara-cara Memohon
Peluang Kerjaya Bab 8: Skim Perkhidmatan Bab 9: Faedah dan Kelebihan Bab 10: Skala Gaji dan Elaun
Bidang Tugas Bab 11: Bidang Tugas Organisasi Berkaitan Bab 12: Organisasi Berkaitan
Maklumat Tambahan Bab 13: Tokoh Berkaitan Bab 14: Bentuk Penghargaan Bab 15: Personaliti yang Perlu Ada