Penulis : Rashidah Mat Nor Jumlah Muka surat : 208
Terkini, lengkap dan relevan sebagai panduan kerjaya serta rujukan para guru, kaunselor, pelajar dan ibu bapa.
Menjelang tahun 2010, negara memerlukan 45,748 profesional dalam bidang perubatan iaitu doktor, ahli farmasi dan doktor pergigian berdasarkan nisbah 600 pesakit bagi seorang doktor.
Permintaan yang tinggi dalam bidang perubatan ini mewujudkan peluang kerjaya yang besar kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang pelajaran.
Meskipun kerjaya dalam bidang perubatan menjanjikan masa depan yang cerah, kerana kerja sentiasa menanti namun pada akhirnya nilai insani iaitu bagaimana membangunkan insan dalam diri seorang doktor itulah merupakan sesuatu yang penting bagi setiap pelajar.
Sebagai doktor atau sebutan rasmi dalam perkhidmatan awam, Pegawai Perubatan tidak seharusnya dilihat sebagai satu bidang kerjaya yang ‘glamour’ sahaja.
Tugas dan tanggungjawab doktor sebenarnya memerlukan pengorbanan, minat mendalam serta semangat yang jitu kerana doktor berkhidmat untuk masyarakat. Kegigihan dan kecekalan dalam usahalah yang dapat menyumbang kepada kejayaan bagi mereka yang benar-benar berminat menceburkan diri dalam bidang perubatan ini sehingga berjaya menjadi doktor.
Antara yang dinyatakan di dalam buku panduan kerjaya ini ialah institusi pengajian yang menawarkan pengajian bidang perubatan, syarat-syarat kemasukan, penajaan, laluan kerjaya dan sebagainya.
Walau bagaimanapun semua maklumat yang dinyatakan di sini tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa oleh institusi pengajian yang menawarkan atau pihak yang berkaitan.
Isi Kandungan
Pengenalan Prakata
Bahagian 1: Sejarah dan Pengenalan
Bab 1 : Sejarah Kerjaya Bab 2 : Definisi dan Pengenalan Kerjaya Bab 3 : Pendapat Pakar
Bahagian 2: Kelayakan dan Institusi Berkaitan
Bab 4 : Syarat dan Kelayakan Bab 5 : Biasiswa dan Pinjaman Bab 6 : Institusi Berkaitan - IPTA/IPTS berkaitan - Kursus yang berkaitan Bab 7 : Cara-cara Memohon
Bahagian 3: Peluang Kerjaya Bab 8 : Skim Perkhidmatan - Syarat pelantikan - Syarat kenaikan pangkat - Tempoh percubaan Bab 9 : Faedah dan Kelebihan Bab 10 : Skala Gaji dan Elaun
Bahagian 4: Bidang Tugas
Bab 11 : Bidang Tugas
Bahagian 5: Organisasi Berkaitan
Bab 12 : Organisasi Berkaitan (Badan atau persatuan yang berkaitan)
Bahagian 6: Maklumat Tambahan
Bab 13 : Tokoh berkaitan Bab 14 : Bentuk penghargaan Bab 15 : Personaliti yang perlu ada