Penulis : Salehuddin Md. Dahlan Jumlah Muka surat : 240
Terkini, lengkap dan relevan sebagai panduan kerjaya serta rujukan para guru, kaunselor, pelajar dan ibu bapa.
“Bacaan wajib untuk mereka yang berminat menyertai kor perkhidmatan elit ini.” -Muhammad Hazam bin Hajanan, Pegawai Tadbir dan Diplomatik-
Penghasilan buku ini bermula apabila ramai rakan taulan yang mengalami kesukaran memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang dianggap cukup berprestij dan elit.
Namun apa didapati oleh penulis adalah kekurangan maklumat tentang perkhidmatan ini. Untuk itu adalah diharapkan maklumat di dalam buku ini dapat membantu para pembaca yang berminat memasukinya.
Buku ini secara ringkasnya membicarakan PTD mengikut aspek-aspek seperti sejarah kerjaya, bidang tugas, kelayakan yang diperlukan, keistimewan-keistimewaannya dan tokoh-tokoh kerjaya.
Sebenarnya jasa dan sumbangan para pegawai Tadbir dan Diplomatik ini cukup banyak untuk diperkatakan. Malah ia kerap dirujuk dalam buku-buku teks sejarah. Oleh kerana buku-buku ini tidak menyebut secara spesifik jawatan pegawai awam tersebut, maka ramai yang tidak mengetahui skim perkhidmatan ini.
Malah dalam pengalaman penulis, kecemerlangan individu dalam perkhidmatan ini menyebabkan tenggelamnya nama perkhidmatan tersebut.
Sumbang bakti mereka hanya dapat dilihat di belakang tabir pentadbiran negara dan menyerahkan para pemimpin negara memainkan peranan di barisan hadapan kerajaan.Untuk itu buku ini mampu menerangkan kepada para pembaca sekalian berkaitan peranan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di dalam sejarah Malaysia.
Selain itu buku ini juga akan memberi sedikit sebanyak maklumat berkaitan pendidikan yang diperlukan beserta bantuan-bantuan yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran.
Pendek kata ia akan membimbing para pembaca daripada peringkat sebelum memohon kerjaya ini hinggalah berjaya disahkan dalam perkhidmatan. Untuk itu buku ini sesuai kepada para pembaca yang masih di bangku sekolah hinggalah ke peringkat memohon kerjaya.
Isi Kandungan
Sekapur Sirih Bahagian 1: Sejarah dan Pengenalan Bab 1: Sejarah Kerjaya Kronologi Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Catatan Diari PTD Bab 2: Definisi dan Pengenalan Kerjaya Bab 3: Pendapat Pakar Bahagian 2: Kelayakan dan Institusi Berkaitan Bab 4: Syarat dan Kelayakan Syarat Pelantikan Kriteria-kriteria Pilihan Bab 5: Biasiswa dan Pinjaman Direktorat Biasiswa/Pinjaman Bab 6: Institusi Berkaitan Kursus Berkaitan Bab 7: Cara-Cara Memohon dan Tip Bahagian 3: Peluang Kerjaya Bab 8: Skim Perkhidmatan Bab 9: Faedah dan Kelebihan Bab 10 : Skala dan Syarat Kenaikan Gaji Imbuhan, Elaun dan Kemudahan Senarai Kemudahan Penetapan Kelayakan Serta Kadar Elaun dan Kemudahan
Bahagian 4: Bidang Tugas PTD Bab 11 : Bidang Tugas Bahagian 5: Peperiksaan Khas Bahagian 6: Organisasi Berkaitan Bab 12: Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Bab 13: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia Bab 14: Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Bahagian 7: Penempatan PTD Bahagian 8: Cabaran dan Isu PTD Bab 15: Cabaran PTD 108 Bahagian 9: Maklumat Bonus Bab 16: Sepuluh Tokoh – Tokoh Pilihan PTD Bab 17: Agensi-Agensi Penempatan PTD Bab 18: Waktu Bekerja Bab 19: Suasana Pejabat Bab 20: Pakaian Bab 21: Jenis-Jenis Penghargaan Bab 22 : Personaliti PTD Bab 23: Latihan PTD Bab 24: Pelan Latihan PTD Bahagian 10: Harapan Pemimpin Penutup Bicara Appendik Bibliografi